"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, April 8, 2011

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks ke kabinet Jumaat ini...nak 'settle once and for all'

Harapan rakyat negara ini untuk mendapat kebenaran secara telus dan terbuka tentang isu video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan menjadi kenyataan.

Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga portfolio undang-undang memberitahu satu sidang media di bangunan Parlimen pagi Rabu beliau akan membawa cadangan bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja ke mesyuarat kabinet Jumaat ini.


Katanya beliau sendiri akan menyokong cadangan berkenaan.


Beliau berkata isu ini harus di
'settle once and for all' .

Menurut Nazri, penubuhan suruhanjaya itu perlu selepas Datin Seri Wan Azizah Ismail menafikan lelaki terbabit hubungan seks dengan pelacur China dalam video itu adalah suaminya.
Katanya, kerajaan dan orang ramai perlu tahu mengenai kebenaran mengenai siapa dalam video itu selepas penafian Anwar dan Azizah.
Ia juga bertujuan membersihkan nama kerajaan atau UMNO yang kerap dituduh pembangkang terbabit sesuatu isu berkaitan pembangkang.
Menurut beliau, tiada soal peribadi dalam isu ini tetapi disebabkan penafian tersebut, seolah-olah kerajaan terbabit dengan video itu.
“Kita perlu buktikan dan tahu siapa dalam video tersebut.Kenapa (pembangkang) perlu takut. Kerajaan dan BN juga ambil risiko dengan penubuhan suruhanjaya ini,”.
“Kalau bukan (Anwar), ini peluang mudah jadi PM,” katanya Nazri lagi.
Sementara itu ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim memberitahu Agendadaily, adalah tanggungjawab kerajaan mencari kebenaran dalam isu video tersebut.
“Selagi tidak diselesaikan, ini jadi kekalutan pada rakyat. Kita juga tak mahu ini (kekalutan) kerana satu orang (iaitu Anwar),” katanya.
Katanya, tidak ada sebab mengapa pembangkang termasuk pemimpin PKR tidak setuju dengan penubuhan suruhanjaya itu yang bertujuan mencari kebenaran.
“Jika mereka tak mahu, mereka berat sebelah. Sebelum in, mereka yang kerap minta ditubuhkan (suruhanjaya),” ujar beliau.
Bagi Zahrain, rakyat perlu tahu kebenaran dan siasatan suruhanjaya itu kelak akan menjawab segala teka teki siapa lelaki dalam video itu sebenarnya.-Agenda Daily 6/4/1011

1 comment:

  1. Dulu Pakatan Rayat buat majlis bacaan Yassin beramai di Stadium kat Kelantan, anda ingat atau tidak? Sekarang satu demi satu, terbongkar kejahatn yang dibuat oleh Anwar. Mula2, kes ngan Azizan, lepas tu Saiful yang terkini Video klip seks pulak. Restu dari Ilahi la semua itu. Satu per satu Allah tunjuk. Itu pun mereka ini tak sedar lagi kah. Pemimpin macam itu ke kita nak ikut. Memang aku tak nafikan dahulu aku memang penyokong kuat Anwar. Sekarang ini tidak lagi setelah aku kaji semasak-masaknya.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.