Petikan Dari HARAKAH DAILY 10/4/2011:
Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar. Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.
"Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan. "Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini.
Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain. Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.
Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu.
"Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang? "Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana.
Komen:
Kesenangan yang ada di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat hari ini adalah hasil perjuangan BN. Setelah memerintah 3 tahun, janji-janji dalam manifesto pilihanraya dulu pun tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Jika ada pun, ibarat kata pepatah Melayu " Telur sebiji, riuh sekampung". Rakyat Pulau Pinang termasuklah Melayu, Cina dan India sudah muak dengan cakap putar belit CM Pulau Pinang dari Melaka. Dalam pilihanraya umum akan datang, kami rakyat Pulau Pinang mahukan anak Cina Pulau Pinang yang jadi Ketua Menteri.
Rasa macam nak muntah bila membaca kata2 dari Naib Presiden PAS nie.Whatever he said as mentioned above...shows his own stupidity.
ReplyDeleteThink before you talk.