"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, May 31, 2011

Tindakan PAS Pulau Pinang menyebabkan umat Islam terus berpecah!

Dok tak duduk tiba-tiba mesyuarat pemilihan kariah pula yang nak diadakan. Baru sahaja tahun lepas, bahang perebutan jawatan dalam pemilihan AJK kariah masih terasa. Macam mana puak2 tertentu berpakat nak naik orang itu dan perjatuhkan orang ini.  Orang itu orang kita dia orang itu bukan orang kita. Dia ini kita kena sokong sebab dia ini penyokong kuat kita. Ada yang mulai tak bertegur sapa di atas masjid. Mesra sebelum ini sudah semakin lenyap. Bila dah kalah, langsung tangga masjid pun tak dijijaknya. Jika ke surau pun, kena pilih surau orang kita. Kenduri orang kita dan majlis berkhatan beramai-ramai dah jadi orang kita. Orang itu pun Islam dan orang kita pun Islam. Tapi hakikatnya, orang Islam sudah tidak bersatu antara satu sama lain angkara politik kotor.
Politik yang sungguh merugikan orang Islam sendiri. Politik memecah perpaduan orang Melayu dan Islam. Yang rugi adalah orang Islam itu sendiri. Orang Islam semakin lemah kerana tidak bersatu. Apakah rugi jika orang UMNO dan orang PAS bersatu? Apakah ajaran Islam melarang orang Islam PAS dan orang Islam UMNO bersatu? Tidak samakah qiblat solat orang PAS dengan orang UMNO? Apakah solat orang PAS tidak sah bila berimamkan orang UMNO? Haramkah orang PAS berbaik-baik dengan orang UMNO sedangkan dengan kafir harbi seperti DAP boleh pula pemimpin PAS sendiri berpeluk-pelukkan? Politik jangan keterlaluan, biar ada batas waktu tertentu. Belajarlah daripada kejayaan bangsa/kaum lain. Mereka berjaya bukan kerana politik mereka tapi kerana mereka bersatu tanpa mengira apakah anutan agamanya dan pegangan politiknya. Cina MCA dan Cina Gerakan boleh memberi undi kepada DAP kerana calonnya sebangsa dengannya. Tapi bangsa Melayu yang beragama Islam tidak jadi seperti itu. Kenapa umat Islam berpecah dan tidak boleh bersatu? Apakah nasib umat Islam di Malaysia sama seperti umat Islam di Palestin, persengketaan antara puak Hamas dan puak Fatah. Umat Islam terbunuh dan dibunuh hampir setiap hari di dunia. Libya diserang oleh Nato, Pakistan diserang oleh tentera Amerika membunuh Osama Laden. Di Iraq masih berlaku letupan bom berani mati membunuh umat Islam yang tidak berdosa.
Apakah umat Islam di Malaysia pada suatu masa akan jadi seperti itu? Dalam keadaan sekarang, pemimpin-pemimpin parti perlu mencari jalan menyatupadukan umat Islam. Rugikah jika orang UMNO dan orang PAS bersatu?  Apakah umat Islam lebih baik dan lebih terjamin berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri DAP? Dan apakah selama ini umat Islam tertindas dan syiar Islam dihalang sejak di bawah pentadbiran UMNO bersama dengan parti komponen yang lain? Marilah kita semua umat Melayu/Islam tanpa mengira fahaman politik mencari jalan penyelesaian yang terbaik, jangan "Menang sorak, kampung tergadai".


Menguasai masjid merupakan agenda politik PAS Pulau Pinang!

Gila punya kerja kata salah seorang AJK Kariah. Pemilihan untuk apa melainkan ada agenda parti PAS untuk menguasai masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang. Kebanyakan Pengerusi dan AJK Kariah sedia ada amat tidak selesa dengan usaha pihak PAS mengarahkan setiap kariah mengadakan Mesyuarat Agong Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah. Sudah cukup politik di luar telah banyak memecahkan umat Islam di Pulau Pinang. Kebanyakan umat Islam tidak sanggup melihat kita bergaduh dan berpecah sesama sendiri. Masjid merupakan rumah Allah tempat yang boleh menghimpunkan semula umat Islam. Masjid bukan tempat untuk berpolitik. Bukan semua umat Islam menyokong PAS atau UMNO. Jika begitu usahlah masjid dijadikan tempat menyebarkan risalah dan menyampaikan khutbah politik.
Sudah sekian lama, kerajaan BN memerintah, institusi masjid dipelihara dengan cukup baik bebas daripada mana-mana parti politik. Ada imam PAS dan ada imam UMNO. Ramai juga ahli jawatankuasa kariah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan UMNO serta ramai juga yang berkecuali. UMNO tidak pun campur tangan dalam pemilihan ahli kariah begitu dahsyat seperti yang dilakukan oleh pimpinan PAS hari ini. Ada pula pasukan pemantau kononnya dilantik oleh Jawatankuasa MAINPP. Yang pasti badan pemantau ini tidak bebas atau berkecuali. Pengundian dibuat di masjid tapi perlantikan akan dibuat oleh suatu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh YB Salleh Man. Begitulah sistem demokrasi ala-PAS. Demokrasi ciptaan PAS untuk memastikan Pengerusi Kariah dan AJK Kariah pada pemilihan kali ini hanya dikuasai oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sahaja.
Jika Pengerusi dan AJK Kariah terdiri daripada orang-orang kita (orang-orang PAS-DAP-PKR), tak ada masalah lagi kita nak gunakan mimbar masjid untuk kutbah politik seperti masjid-masjid di Kelantan. Tak ada masalah lagi kita nak jemput Ostad2 PAS/DAP/PKR untuk berceramah politik dalam masjid kerana masjid kita yang punya, bukan Allah yang punya. Sementara Pakatan Rakyat  berkuasa, kita akan guna kesempatan ini untuk menguasai masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang secepat yang mungkin. Soal setuju atau tak setuju tak timbul lagi. Ini arahan Majlis Agama Islam, badan yang berkuasa dalam hal ehwal kariah di Pulau Pinang. YDP MAINPP, Ustaz Elias Zakaria sudah tidak ada taring lagi. Pengerusi Kariah tidak boleh mempertikaikan usaha PAS untuk menguasai masjid. Tarikh-tarikh untuk pemilihan jawatankuasa kariah telah dikeluarkan oleh pihak tertentu supaya pihak PAS boleh menghantar kumpulan petugas untuk memantau pelaksanaan pemilihan tersebut. Kumpulan Petugas ini boleh mengambil alih mengendalikan pemilihan itu jika ada kariah gagal melaksanakan pemilihan tersebut. Yang peliknya, pemilihan akan selesai dalam bulan Julai ini tapi perlantikan akan berkuatkuasa 1 Januari 2012. Bagaimana jika AJK Kariah sedia ada telah tidak dipilih, mahukah mereka ini memegang jawatan sehingga 31 Disember 2011? Kenapa tergesa-gesa dibuat pemilihan dalam bulan Jun dan Julai? Inilah antara yang dikatakan pemilihan AJK Kariah mempunyai agenda politik PAS bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.
Jika begitu kehendak parti pemerintah sekarang (DAP-PAS-PKR), eloklah ahli-ahli kariah memulakan kempen rumah ke rumah untuk jawatan-jawatan AJK Kariah. Tua muda lelaki perempuan boleh berkempen untuk menaik dan menjatuhkan puak-puak tertentu. Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mendidik setiap rakyatnya berpolitik. Yang rugi adalah umat Islam yang berpecah. Dua kali umat Islam berpecah. Satu berpecah semasa kempen pilihanraya parti dan satu lagi pemilihan AJK Kariah. Jika begitu caranya, umat Islam di Pulau Pinang sukar bersatu dan saling bermusuh antara satu sama lain. Yang menang jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Bangsa lain, kaum lain semakin bersatu dan semakin kuat. Sebaliknya umat Melayu/Islam semakin berpecah dan semakin lemah. Apakah pemimpin-pemimpin Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya masih sanggup melihat umat Islam berpecah belah sesama sendiri angkara politik kepartian yang melulu?

Saturday, May 28, 2011

PAS dan UMNO bersaing, DAP yang menang!

Keputusan PRU12 tahun 2008, BN menerima tamparan yang paling hebat dalam sejarah politik negara. Selepas itu beberapa pilihanraya kecil masih menunjukkan rakyat memihak kepada pembangkang. Sokongan kepada pembangkang tidak lama, mulai dengan PRK Manek Urai di Kelantan, pengundi-pengundi mulai bijak menilai kepimpinan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri terutama Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Calon PAS di DUN Manek Urai menang dengan jumlah undi yang tipis. Beberapa PRK selepas itu, rakyat mulai menyokong calon BN seperti di DUN Bagan Pinang, N9, Parlimen Kuala Selangor, DUN Galas Kelantan,  DUN Batu Sapi di Sabah, DUN Merlimau di Melaka, DUN Kerdau di Pahang dan DUN Tenang Johor. Kerajaan BN masih dapat mempertahankan kemenangan dengan majoriti 2/3 Sarawak namun DAP berjaya menguasai beberapa kawasan bandar di Sarawak.
Orang Melayu/bumiputera lebih yakin dengan BN. Manakala kaum Cina terutamanya di kawasan-kawasan bandar kekal menyokong pembangkang terutama DAP. Erti kata lain, kaum Cina lebih yakin dengan DAP sebagai sebuah kerajaan daripada BN walaupun selama ini orang Cina menikmati kekayaan dan kemewahan yang melampaui penduduk pribumi sendiri sejak merdeka. Dasar kerajaan BN selama ini perkongsian kuasa melalui gagasan BN dengan beberapa dasar kerajaan rupa-rupanya masih tidak dihargai oleh majoriti kaum Cina sendiri. Dasar kerajaan BN yang begitu terbuka yang memberi kekuatan dan kelebihan kepada kaum Cina dalam semua aspek kehidupan masih tidak memuaskan hati kaum Cina. Kaum Cina masih tidak selesa setelah menguasai ekonomi Malaysia di bandar dan luar bandar, di laut dan darat. Kaum Cina masih tidak berpuas hati kaum sebangsanya menduduki puluh ribuan jawatan-jawatan penting dalam sektor korporat. Manakala ribuan lepasan universiti terutamanya anak-anak Melayu masih tercari-cari pekerjaan dan menganggur beberapa tahun kerana tiada peluang pekerjaan untuk mereka. Tapi anak-anak Cina paling senang dalam dunia, hari ini tamat pengajian di universiti, esoknya sudah ada tempat untuk mereka dalam sektor perniagaan, perdagangan, perkilangan dan sebagainya. Sebaliknya anak Melayu akan menempuhi pelbagai rintangan untuk mendapat sesuatu pekerjaan yang kadang-kadang sengaja diada-adakan untuk menyekat peluang mereka seperti syarat menguasai bahasa Mandarin dan juga pengalaman. Apakah kaum Cina terutamanya pemimpin-pemimpin DAP sedar bahawa rata-rata orang Melayu hari ini semakin terhimpit hidup di negara sendiri? Orang Cina perlu faham bahawa orang Melayu juga berhak untuk menjadi kaya dan senang seperti kaum-kaum lain? Mengapakah bila akhbar Utusan Malaysia mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dikatakan rasis sebaliknya akhbar Cina yang jelas mempertahankan hak kaum Cina tidak pula dianggap rasis? Tidak pernah pun pemimpin UMNO meminta akhbar-akhbar Cina ini diboikot. Sedangkan kerajaan-kertajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor melarang pejabat-pejabat dan agensi-agensi kerajaan negeri melanggan akhbar Utusan Malaysia. Salahkah jika ada pemimpin UMNO dan akhbar-akhbar pro BN bersuara untuk membela nasib bangsa Melayu yang terhimpit? Jika tidak kerana pemimpin UMNO dan akhbar Utusan Malaysia, apakah dapat kita harapkan pemimpin PAS, PKR dan DAP akan membela nasib kaum Melayu di Malaysia ini?
UMNO boleh dianggap sebuah parti keramat yang terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang beragama Islam mengikut perlembagaan negara. Sebusuk-busuk UMNO, hanyalah ia sebuah parti terbukti banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan agama Islam berbanding dengan PAS dan PKR. Walaupun UMNO menghadapi pelbagai dugaan dalam usaha mempertahankan nasib bangsa Melayu tapi ia tetap teguh dan utuh menjadi payung harapan kepada bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu. PAS sanggup memfitnah, mereka-reka cerita, mencipta isu dan sanggup menghina pemimpin negara serta mengeluarkan pelbagai fatwa haram demi untuk kuasa politik. PAS sanggup mengorbankan prinsip asas perjuangan mereka kerana politik. Mereka sanggup menggadaikan prinsip parti kerana menjaga hati dan perasaan kaum Cina. Kerana itulah, maka sudah tidak kedengaran lagi "Kami Sokong Negara Islam", "Kami Sokong Hudud", "Membangun Bersama Ulamak" dan berbagai-bagai lagi yang menunjukkan PAS lebih Islam daripada UMNO.
Masa depan orang Melayu semakin tercabar dan mencabar. UMNO semakin tertekan dalam usaha membela nasib kaum Melayu dan bumiputera apabila pengundi-pengundi Melayu berpecah kepada PAS dan PKR. Suara orang Melayu semakin lemah walaupun orang Melayu merupakan penduduk majoriti di Malaysia. Oleh kerana orang Melayu berpecah sesama sendiri, suara majoriti menjadi minoriti kerana tidak bersatu. Tidak mustahil, bukti sudah ada di Pulau Pinang, Selangor dan Perak semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dulu. Siapakah yang majoriti dan siapakah yang memerintah dan diperintah? Itu sebabnya UMNO bersuara untuk menghulurkan tangan penyatuan dengan PAS bukan kerana UMNO semakin lemah tapi kerana suara orang Melayu dan juga suara umat Islam di Malaysia semakin lemah berbanding dengan kaum-kaum lain. Bila UMNO bercakap pasal perjuangan orang Melayu, UMNO dituduh parti rasis oleh DAP begitu juga PAS boleh diibaratkan sebagai 'duri dalam daging' kepada bangsa Melayu di Malaysia yang turut mendakwa UMNO parti nasionalis dan mengamalkan assobiyah. Orang PAS dan penyokong PAS serta PKR perlu sedar bahawa kita bangsa Melayu mesti ada kebijaksanaan. Jangan ikut rasa kita binasa dan jangan ikut nafsu kita akan lesu. Jangan kita terlalu leka dengan tipu muslihat golongan cauvanist dan komunisme di Malaysia. Bila kita terpedaya, yang pergi dan hilang sudah pasti tidak akan dapat dikembalikan lagi. Tidak hairan kenapa PAS lebih percaya, terlebih suka dengan dasar perjuangan DAP yang jelas menentang Islam berbanding dengan dasar perjuangan UMNO. PAS sama sekali tidak akan menyokong perjuangan UMNO walaupun dia tahu dalam perlembagaan UMNO wujud klausa mempertahankan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai bahasa dan agama rasmi Persekutuan. PAS melawan UMNO bukan kerana agama tapi kerana nafsu politik menguasai perjuangan parti. Jika perjuangan PAS kerana agama kenapa PAS memilih bersama DAP dan PKR sebaliknya melihat UMNO sebagai musuh umpama yahudi? Apakah kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO menyebabkan umat Islam di Malaysia tertekan dan ditindas? Apakah banyak masjid dan surau diroboh oleh kerajaan BN? Azan dilarang seperti di Singapura. Kitab-kitab Injil dalam bahasa Melayu tersebar luas seperti di Indonesia. Kalimah-kalimah Allah sewenang-wenangnya boleh digunakan seperti di Indonesia. Apakah pula Mahkamah Syariah, Universiti Islam, Kolej Islam, sekolah-sekolah agama tidak dibantu oleh kerajaan UMNO malahan diharamkan sama sekali ditubuhkan di Malaysia? Menagapa pula sistem kewangan Islam seperti sistem perbankan Islam, Insurans takaful dan pajak gadai ar-rahnu telah berkembang pesat di Malaysia? Amalan sistem kewangan Islam di Malaysia telah diikhtiraf sebagai yang terbaik di dunia dan dicontohi oleh negara-negara Islam. Kerana UMNO jugalah Lembaga Tabung Haji menjadi badan korporat terbesar di Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global. Kerana UMNO jugalah ramai Melayu/Islam menjadi ahli korporat dalam sektor-sektor korporat negara seperti Petronas, PNB, GLC, Tabung Haji, Bank Islam yang sedikit sebanyak dapat membantu dan membela nasib orang Melayu. Tapi apakah semua itu hasil perjuangan PAS atau DAP?
Hari ini usaha UMNO begitu tertekan kerana ada orang Melayu/Islam sendiri menyokong dan bersekongkol dengan parti yang anti Melayu dan anti Islam seperti DAP. Suara DAP khususnya orang Cina semakin garang. DAP boleh mencabar hak ketuanan Melayu kerana PAS tidak memperjuangkan bangsa Melayu. DAP menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja kerana ada pemimpin PAS sanggup ke gereja dan mempertahankan hak orang bukan Islam (Kristian) menggunakan kalimah Allah. UMNO menegur tentang penggunaan ayat-ayat suci al-Quran di atas pentas politik seolah-olah ayat-ayat suci al-Quran itu tidak diamalkan sebaliknya dipermain-mainkan tapi pemimpin PAS juga membenarkan ayat-ayat suci al-Quran digunakan untuk tujuan politik termasuklah pemimpin DAP yang membaca ayat suci al-Quran secara lintang pukang. Jika beginilah peranan PAS dalam politik orang Melayu ataupun orang Islam di Malaysia hari ini, sudah pasti kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia tidak akan dapat dibela malahan menuju kehancuran. Apakah untungnya PAS bersama DAP dan apakah ruginya jika PAS bersama UMNO? Fikirlah sebelum umat Muhammad tidak terlambat!

Friday, May 20, 2011

Islam tidak dapat ditegakkan jika orang Islam sendiri tidak bersatu!

Politik orang Melayu tak seperti politik orang Cina. Orang Melayu bila terlalu percaya kepada sesuatu parti dia akan tumpah taat setia tanpa berbelah bahagi. Ada pula yang terlalu taksub kepada parti hingga rumahnya dicat hijau dan gambar pemimpinnya diletak dalam rumah atau bilik tidur. Tapi Cina tidak seperti itu. Orang Cina hari ini boleh pangkah BN dan esok dia boleh undi DAP. Orang Cina lebih cerdik daripada orang Melayu. Walaupun orang Cina ada yang beragama Buddha dan Kristian tapi mereka bersatu atas semangat bangsa mereka. Itu sebabnya Cina hari ini cukup kuat dan Cina hari ini berani bangun bersuara. Akhbar berbahasa Cina dan Roket meniup semangat perkauman lebih hebat daripada Utusan Malaysia. Tapi tak ada siapa yang bangun membantah. Kenapa PAS tak berani tegur akhbar Cina dan Roket? Tapi PAS menyertai DAP pula membantah Utusan Malaysia yang konsisten mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan raja2 Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan mengikut perlembagaan.  Mengapa Utusan Malaysia dikatakan salah jika bersuara untuk menjaga kepentingan orang Melayu/Islam? Jika akhbar berbahasa Cina dan Roket pula tidak dikatakan salah jika akhbar2 itu menyuarakan kepentingan kaum Cina? UMNO dituduh parti racist. Jika UMNO racist, aku yakin semua perniagaan besar di bandar2 jadi hak milik orang Melayu, bangunan-bangunan kedai di bandar-bandar bukan milik orang Cina sebaliknya dimiliki orang Melayu. Syarikat-syarikat pengangkutan, pemborongan dan seterusnya peruncitan kebanyakannya dimonopoli oleh orang Melayu. Itulah gambaran yang dapat aku berikan jika UMNO benar-benar racist sejak memerintah Tanah Melayu.  Orang Melayu berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka hari ini kerana orang Melayu masih 'miskin' sedangkan orang Melayu pribumi dan majoriti di Malaysia ini. Salahkah UMNO cuba membela nasib bangsa Melayu tanpa merampas hak kaum lain? Tapi Cina DAP amat bijak disokong pula Melayu PAS yang megah dengan perjuangan Islamnya. Akhirnya Melayu terperosok kerana Melayu berpecah, lemah angkara tidak bersatu. Sebaliknya Cina bersatu dan semakin kuat dan lantang bersuara.
Itu sebabnya DAP boleh memerintah Pulau Pinang kerana Cina MCA dan Gerakan telah belot. Cina hari ini lebih selesa dengan pemerintahan DAP yang jelas menjaga kepentingan kaum Cina. Perniagaan orang Cina bertambah maju. Projek-projek perumahan naik gile hingga ke dalam kampung-kampung tradisional Melayu. Pusat-pusat cyber cafe diberikan lesen operasi 24 jam bukan di bandar tapi di kawasan taman-taman perumahan yang kebanyakannya orang Melayu. Pelanggan-pelanggan cyber cafe sudah tentulah anak-anak Melayu. Yang paling sedih dan kecewanya kita, bila dibuka 24 jam, setiap hari ramailah pelajar-pelajar ponteng sekolah kerana bangun lambat. Siapa yang rugi dan siapa yang untung?
Tidak mustahil suatu hari nanti, pusat karaoke dan night club akan turut dibuka di kawasan-kawasan taman perumahan orang Melayu. PAS tak boleh buat apa2? PAS jadi kuda tunggangan DAP!. PAS hanya boleh melemahkan kesatuan orang Melayu dengan cara menghasut orang Melayu memusuhi UMNO. Sudah berpuluh-puluh tahun PAS sudah menanam sikap kebencian dan permusuhan terhadap UMNO. Namun UMNO tetap utuh dan kembali mendapat sokongan orang Melayu sejak beberapa PRK yang lalu. PAS sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa orang Melayu kembali menyokong UMNO. PAS tetap bersama DAP kerana PAS tahu orang Cina akan menyokong Pakatan Rakyat. Jika orang Cina menyokong Pakatan Rakyat dan Melayu sokong UMNO, apakah PAS mampu menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat? Jawapannya MUSTAHIL, PAS akan terus jadi kuda tunggangan DAP. UMNO akan terus memperjuangan hak ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Biarpun UMNO bersendirian dalam BN, perjuangan orang Melayu/bumiputra tetap dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir. Perjuangan UMNO tidak salah, perjuangan UMNO berlandaskan Islam sebab itu semakin ramai ulamak-ulamak muda menyertai UMNO dan sudah ada pun beberapa pemimpin utama PAS sendiri telah mengisytiharkan diri keluar PAS sebaliknya menyertai UMNO. Yang mengatakan perjuangan UMNO sesat adalah pemimpin PAS dan penyokong PAS yang taksub. Yang mengatakan penyokong PAS akan masuk syurga adalah pemimpin PAS sendiri tapi dalam al-quran tidak sebut pun begitu. PAS hanya sebuah parti politik bukan sebuah mazhab seperti mazhab as-syafie, hambali, maliki dan hanafi. Penyokong PAS belum tentu masuk syurga kerana syarat masuk syurga bukan kerana ianya ahli PAS sebaliknya iman dan amalannya.
Bila UMNO ajak PAS bersatu, dikatakan UMNO sudah terdesak. Sebenarnya kepimpinan UMNO lihat bahawa orang bukan Melayu semakin kuat kerana mereka bersatu. Bagaimana Islam dapat ditegakkan jika orang Islam sendiri tidak bersatu? Bagaimana orang Melayu dapat diberi pembelaan sewajarnya jika orang Melayu sesama sendiri berpecah dan bergaduh sesama sendiri? Sedangkan orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak aspek; pendidikan, ekonomi dan perniagaan dan sebagainya. Tapi kumpulan erdogan dalam PAS enggan sambut tangan persahabatan yang dihulurkan oleh UMNO.  Manakala kumpulan ulamak dalam PAS pula terus berdiam kerana tidak mahu PAS nampak berselisihan faham sesama mereka. Oleh itu perjuangan PAS semakin lama semakin kabur kerana perjuangan PAS lebih mengutamakan politik daripada perjuangan Islam yang sebenarnya. Mungkin itu sebabnya doa PAS puluhan sejak dari dulu lagi tahun tak pernah dikabulkan Allah SWT. Perut DS Najib tak pecah semakin sihat. Tun Mahathir masih hebat boleh berceramah dan pemikirannya masih diperlukan negara dan dunia antarabangsa dan beliau akan sihat tak lama lagi, insyaallah. UMNO pula semakin kuat, beberapa pilihanraya kecil yang lalu didapati orang Melayu/Islam mulai kembali kepada UMNO, kenapa? Sudah berpuluh-puluh solat hajat dianjurkan PAS di masjid, surau, atas padang dan stadium belum pernah dikabulkan Allah. Sebaliknya semakin ramai pula orang Melayu menyertai UMNO, ulamak muda lebih yakin dengan UMNO, bekas-bekas ulamak PAS, Pesuruhajaya PAS Negeri malahan pernah menyertai Dewan Ulamak PAS telah isytihar keluar PAS dan menyertai UMNO. Kenapa? Lu fikirlah sendiri!

Anwar jangan takut jika berada di pihak yang benar!

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah seharusnya tidak gentar menyahut cabaran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk melakukan empat perkara asas sekiranya mereka yakin berada di pihak benar.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, cabaran itu juga penting untuk disahut bagi menolak tuduhan bahawa skandal yang membelenggu Anwar adalah konspirasi semata-mata.
“Jika satu pun daripada empat perkara asas ini tidak mampu mereka lakukan, maka rakyat boleh menilai apakah kebenaran sebenar yang cuba dipertahankan oleh Anwar sekeluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cabaran Mohamad Ezam supaya Anwar sekeluarga melakukan empat perkara asas iaitu bersumpah laknat, membuat ujian pembohongan, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh beliau berbohong.
Empat perkara asas tersebut kata Mohamad Ezam, perlu dilakukan oleh tiga beranak itu bagi membersihkan nama Ketua Pembangkang tersebut, sekali gus menafikan beliau terlibat dalam skandal rakaman video seks.
Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Anwar, Azizah dan Nurul Izzah sudah berada ‘sebelah kaki’ untuk melangkah ke Putrajaya sekiranya sanggup melakukan salah satu daripada empat cabaran tersebut.
Katanya, langkah itu dengan sendirinya akan meletakkan mereka di pihak yang benar serta tertindas sekali gus mendapat sokongan dan simpati rakyat.
Sumber: Utusan Malaysia 20/5/2011

Tuesday, May 17, 2011

Warga pendidik diseru bersama Pakatan Rakyat!

Harakah Daily melaporkan muslimat PAS Pusat Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan. Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’, Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno. “PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat,” ujarnya.
Komen:
Siapa pun boleh cakap. Nak bercakap siapa pun boleh. Nak naik gaji dan nak tambah elaun RM500 atau RM1000 pun boleh bercakap. Pemimpin PAS dan DAP malahan PKR boleh bercakap kepada pengundi2 sebab mereka bukan pemerintah. Bukan mereka yang akan tanggung defisit belanjawan, bukan mereka yang tanggung hutang dan bukan mereka yang tanggung subsidi. Malahan jumlah guru dan pegawai2 pelajaran bukan seratus dua tapi lebih setengah juta orang. Kementerian terbesar dalam kerajaan persekutuan. Bayangkan jika RM500 seorang yang dicadangkan oleh Salbiah Abd Wahab, muslimat PAS Pusat, implikasi kewangan yang ditanggung oleh kerajaan persekutuan (kerajaan PR cuma bercakap sahaja) sangat besar kira-kira RM260 juta bukan RM2 juta atau RM26 juta. Usahlah ditambah-tambah lagi kononnya nak tunjuk bahawa pemerintahan PR lebih bijak daripada BN. Buktikan kejayaan PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Rupa-rupanya lebih teruk lagi, banyak wang rakyat dihabiskan untuk tujuan politik memperkukuhkan cengkaman politik PR. Banyak program lebih bermotifkan politik. Program pendidikan, sukan dan apa pun majlis-majlis kerajaan negeri PR akan dippromosikan dengan bendera-bendera parti. Apakah rakyat semua penyokong dan pengundi parti-parti Pakatan Rakyat? Ini tidak berlaku semasa pemerintahan BN. Pimpinan BN tidak menggunakan program2 kerajaan negeri untuk tujuan politik. Selepas pilihanraya umum, laksanakan mandat yang diberikan oleh pengundi dengan mentadbir dan memerintah negeri dengan adil dan saksama. Baru jadi ahli MPPP dilantik oleh kerajaan PR, sudah tunjuk kuasa menukar seorang kakitangan MPPP dari satu kampung ke tempat kerja yang lebih jauh kerana kakitangan MPPP tersebut menyokong BN. Inilah contoh salah guna kuasa politik melampau dalam kerajaan PR di Pulau Pinang. Bayangkan jika PR memerintah negara sudah pasti DAP, PAS dan PKR akan memastikan kroni2 masing-masing menguasai pentadbiran kerajaan. 
Bersyukurlah apa yang guru-guru nikmati sekarang. Gaji guru sekarang sudah cukup lumayan. Guru novis berkelulusan ijazah sudah beroleh pendapatan gaji dan elaun sudah melebihi RM2000 sebulan. Kerja sebenarnya tidak sampai 8 jam sehari. Satu minggu cuma 5 hari. Cuti penggal berminggu-mingu. Dalam setahun jumlah hari bekerja seorang guru cuma 192 hari sahaja. Jika ada program hari Sabtu pun tidak selalu. Jika ada pun setiap hari seperti tuisyen, guru dibayar sama ada oleh PIBG atau agensi-agensi kerajaan seperti ICU, Perda dan Urus Zakat. Kenaikan pangkat berlaku mengikut senioriti dan merit. Guru yang menyokong kuat PAS juga naik pangkat hingga DG52/DG54 sebagai pengetua cemerlang di Pulau Pinang. Dalam JPN dan PPD ada ramai pegawai yang pro pembangkang tapi pernahkah mereka ini dipersoalkan oleh UMNO? UMNO tidak menguasai kerajaan. UMNO menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat melalui pilihanraya. Yang lebih berkuasa dan boleh mencatur jawatan dalam pentadbiran kerajaan di sekolah, PPD dan JPN bukan Ketua Bahagian UMNO/Gerakan/MCA/MIC sebaliknya pegawai kanan kerajaan. Jika Pegawai Kanan Kerajaan itu pro pembangkang sudah tentu sedikit sebanyak cuba memastikan pegawai/guru yang dilantik mesti sealiran ideologi politik dengannya. Itu sebabnya ramai pejuang-pejuang UMNO di kalangan guru menghadapi kesukaran untuk dilantik sebagai pegawai di PPD/JPN. Pegawai kanan JPN/PPD tidak berminat dengan guru-guru yang kuat dengan UMNO takut mereka ini 'lebih laju' dari ketua jabatan, maklumlah orang politik. Siapa yang ambil tahu kebajikan guru-guru sebagai penyokong kuat UMNO? Bergantunglah kepada siapakah pengetua, PPD dan Ketua Sektor serta Pengarahnya?
Pegawai2 kanan kerajaan sepatutnya bersyukur, tanpa menjadi ahli UMNO sebaliknya menyokong PAS dan PKR tapi berpeluang menjadi Pengetua Cemerlang, Ketua Sektor dan mungkin menjadi Pengarah Pelajaran. Tapi jika kerajaan PR yang memerintah, berani kita katakan semangat kronism dalam pentadbiran kerajaan akan berlaku. Lihatlah apa yang telah berlaku di Terengganu semasa PAS memerintah, pegawai-pegawai pejabat daerah ditukar-tukarkan, apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan tidak berlakukah pentadbiran suku sakat MB TG Nik Ajis? Di Selangor juga berlaku, siapakah yang dilantik berada dalam YPNS dibayar gaji dan elaun beribu-ribu bukankah kroni2 mereka. Kata pepatah Melayu, "Kata dulang paku serpih, kata orang mereka yang lebih". Selamat Hari Guru tahun 2011 dengan tema  ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’.

Saturday, May 14, 2011

Nak kukuhkan politik, PAS cadang adakan Mesyuarat Pemilihan Qaryah di Pulau Pinang

Difahamkan dalam bulan Mei/Jun ini setiap qaryah masjid di Pulau Pinang diarahkan untuk mengadakan mesyuarat pemilihan AJK qaryah. Biarpun belum cukup tempoh, pemilihan AJK Qaryah yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat boleh mengundang perpecahan di kalangan umat Islam. Difahamkan kebanyakan qaryah tidak berminat dengan pemilihan itu kerana boleh membawa perpecahan umat Islam yang semakin serius. Cukuplah apa yang sedang kita hadapi. Janganlah kerana politik kepartian seluruh umat Islam di kampung-kampung dan taman-taman perumahan berpecah sesama sendiri. Jika Jawatankuasa Qaryah sekarang tidak mahu mengadakan pemilihan, PAS melalui Jawatankuasa Pembangunan Qaryah akan turun memastikan pemilihan dapat diteruskan juga tanpa halangan. Hah! begitu hebat sekali kepimpinan PAS hari ini seperti kata pepatah Melayu, "Kera dapat bunga". Dan difahamkan pula, walaupun pemilihan telah berjaya diadakan dan keputusan diperolehi tapi keputusan yang mutlak sebenarnya datangnya daripada suatu jawatankuasa lain yang diketuai oleh YB PAS. Begitulah hebatnya politik PAS hari ini, tak kenal maka tak cinta dan sudah kenal PAS semakin ramai kena auta!
Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, ceramah politik semakin menjadi-jadi. Seolah-olah politik merupakan tuntutan wajib kepada umat Islam. Orang Melayu diperkukuhkan dengan ajaran PAS hampir setiap malam dan siang. Orang Islam cuba ditanamkan semangat berpolitik perpecahan oleh penceramah-penceramah PAS dan PKR. Orang Islam di Pulau Pinang tidak perlu fikir tentang masa depan pelajaran dan pekerjaan anak-anak, orang Islam tidak perlu fikir tentang masalah sosial, tak perlu fikir tentang puluhan ribuan yang keluar universiti memerlukan pekerjaan, tak perlu fikir tentang kenaikan harga rumah, tak perlu bincangkan kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini tidak membina rumah kos rendah. Semua itu menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan. Tanggungjawab pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang ialah menguatkan cengkaman politik untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.   Gunakan kesempatan yang ada untuk menguasai institusi masjid dan surau. Biarlah jawatan-jawatan yang ada di masjid dan surau dipegang oleh orang kita (PAS). Imam-imam UMNO, bilil-bilal UMNO, tok siak UMNO kita cantaskan segera. Biar mereka berambus dari masjid dan surau. Bila kita kuasai masjid dan surau, kita boleh gunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan politik Pakatan Rakyat. Kita boleh gunakan institusi masjid dan surau untuk tujuan politik seperti di Kelantan. Kita boleh kuatkan cengkaman politik kita di kalangan ahli qaryah masjid mahupun surau. Dengan cara ini lama kelamaan UMNO akan lenyap. Begitulah agak-agaknya kenapa kerajaan Pakatan Rakyat sungguh beria-ia sangat hendak adakan mesyuarat pemilihan AJK Qaryah dalam masa terdekat ini. Itu merupakan strategi PAS untuk menguasai masjid di seluruh Pulau Pinang.
Ini bermakna perpecahan umat Islam semakin ketara sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang. DAP dapat menguatkan cengkaman politiknya ke atas orang-orang Cina. Boleh dikatakan hampir keseluruhan orang Cina hari ini tak kira apa pun ideologi politik mereka sama ada Cina itu MCA atau Gerakan atau PKR akan tetap menyokong pembangkang khususnya DAP.  Itulah hasil dan kekuatan yang DAP perolehi sejak wujud Pakatan Rakyat. Tapi apakah PAS dapat menyatukan umat Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya? 
PAS hanya dapat membantu DAP menguatkan kuasa mereka (DAP) dalam kerajaan Pakatan Rakyat. PAS hanya boleh memecahkan kekuatan orang Melayu di Malaysia dan juga di Pulau Pinang. PAS mungkin boleh memastikan UMNO tidak kuat untuk kembali bersama BN memerintah Pulau Pinang. PAS boleh melemahkan kekuatan umat Islam di Pulau Pinang secara tidak langsung membantu  memperkukuhkan politik Cina ideologi komunisme di Pulau Pinang. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan orang Islam. Yang paling untung orang Cina atau bukan Islam kerana mereka semakin bersatu. Soalnya kenapa orang Cina mudah dan boleh bersatu dan mengapa pula PAS dan UMNO tidak boleh bersatu? Yang peliknya, PAS menerima DAP sebagai rakan perjuangan walaupun mengetahui pemimpin DAP, puak kafir harbi yang jelas menentang Islam. Tepuk dada tanya minda!

ISU KEMATIAN TEOH BENG HOCK = ISU KRISTIAN AGAMA RASMI???

Aku tak berniat nak mengganggu perjalanan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja TBH yang sudah pun selesai. Ada asas TBH membunuh diri dengan sebab terlalu tertekan untuk menyelamatkan maruah bos sendiri serta parti DAP.  Keghairahan DAP mempolitik isu kematian TBH jelas mempunyai unsur tersirat atau ada udang di sebalik batu! Dari keterangan saksi-saksi yang dipanggil oleh Suruhanjaya Siasatan Di-Raja, motif lakonan pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu kematian TBH sudah semakin jelas! Pegawai SPRM menjadi sasaran. Penyelewengan dilakukan oleh pemimpin DAP dan DAP cuba disembunyikan. Dato Seri Zahrain, MP Bayan Baru menasihatkan DAP berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian TBH kerana rakyat kini lebih cerdik. [Baca sini]. DAP dan Pakatan Rakyat amat malu..amat malu..amat malu jika DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat dikaitkan dengan penyelewengan wang rakyat dan rasuah kerana selama ini mereka berkempen mengatakan mereka pemimpin paling bersih, pejuang anti rasuah, anti korupsi, anti ISA, memperjuangkan kebebasan bersuara dan bermacam-macam lagi yang diperjuangkan mereka. Pemimpin DAP, PKR dan PAS akan cuba mempertahankan dengan apa jua cara sekalipun sesuatu isu yang boleh memalu dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Bagaimana kes video sek Anwar, pemimpin utama PAS mempertahankan Anwar sebagai individu yang tidak bersalah sebaliknya 'Datuk T' pula yang didakwa bersalah. Yang mencuri tak bersalah, yang memberitahu si anu itu mencuri pula yang bersalah. Begitulah politik kotor pembangkang di Malaysia hari ini. Pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh negara cuba membohongi rakyat bahawa Anwar dianiayai oleh UMNO, UMNO zalim bagi tujuan untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat. Berbanding dengan DAP, kita lihat PAS terlalu bimbang jika berlaku kehilangan Anwar dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dan DAP jelas memerlukan Anwar.
Isu Kristian sebagai agama rasmi persekutuan juga mempunyai senario yang sama dengan kes kematian TBH. Puncanya dari pendedahan dua blog tempatan Bigdog dan Marahku yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia. Utusan Malaysia menjadi mangsa kerana melaporkan berita itu. UMNO dikatakan menjadi dalang di sebalik isu ini kerana Utusan Malaysia adalah milik UMNO. Begitulah hebatnya pemimpin Pakatan Rakyat memainkan isu untuk kepentingan politik mereka. Rakyat perlu sedar bahawa pemimpin Pakatan Rakyat amat bijak memainkan isu sehingga kebobrokan pemimpin dan Pakatan Rakyat dapat dilindungi dan disembunyikan. Jika tidak percaya, kita tunggu seterusnya apakah benar Utusan Malaysia yang bersalah dalam isu ini? Tunggu siasatan oleh pihak PDRM. Pihak manakah, Pakatan Rakyatkah atau UMNO dan BNkah yang bikin ribut dalam negara kita sejak pilihanraya umum 2008? Tunggu dan lihat!

ISU ELAUN SETIAUSAHA JKKKP PULAU PINANG!

Mula-mula saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang dapat meneruskan bayaran elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP di seluruh Malaysia. Elaun mesyuarat JKKKP telah dinaikkan dari RM30 kepada RM50 seorang. Di samping itu setiap JKKKP diperuntukan sebanyak RM1200 untuk urusan pentadbiran JKKKP.

Dengan harapan JKKKP dapat memainkan peranannya yang lebih berkesan sebagai agensi kerajaan Pusat yang paling hampir dengan rakyat. Kenaikan elaun Pengerusi JKKKP hampir sekali ganda dari RM450 kepada RM800 sebulan amat menggembirakan mereka. Semua pengerusi sepatutnya bersyukur kerana elaun sejumlah itu mustahil dapat diberikan oleh mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat.

Oleh itu Pengerusi dan Setiausaha JKKKP hendaklah bekerja lebih gigih supaya masalah rakyat dapat ditangani dengan baik. Paling penting mereka perlu mempertingkatkan usaha memahami masalah rakyat dan segera menanganinya.

Namun begitu ada juga perasaan tidak puas hati di kalangan setiausaha-setiausaha JKKKP yang hadir dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKKP yang diadakan pada 12 Mei 2011 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Difahamkan elaun Setiausaha JKKKP jauh lebih rendah seolah-olah tugas Setiausaha itu tidak begitu penting dalam JKKKP.

Ucapan Dato' Zainol Abidin Osman, Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia dalam majlis tersebut tidak memberi sebab-sebab elaun Setiausaha JKKKP tidak dinaikkan dan mengapa pula elaun Pengerusi JKKKP jauh lebih besar iaitu RM800 sebulan berbanding dengan elaun Setiausaha JKKKP cuma RM200 sebulan?

Sebaik-baik elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKKP tidak begitu besar perbezaannya. Pengerusi mungkin mempunyai tanggungjawab yang lebih besar manakala Setiausaha pula mempunyai tugas yang lebih banyak.

Umumnya mengetahui seorang Pengerusi JKKKP masih boleh dan mampu memegang beberapa lagi pengerusi lain seperti PIBG, Qaryah, Rukuntetangga, Tadika Kemas dan sebagainya. Tapi seorang Setiausaha JKKKP sudah pasti tidak akan sanggup memegang banyak jawatan Setiausaha lain-lain pertubuhan kerana kerja Setiausaha tidak mudah seperti tugas seorang Pengerusi. Saya cuma menyampaikan rasa tidak puas hati beberapa rakan setiausaha JKKKP yang ditemui selepas menerima watikah perlantikan itu.

Mungkin bagi seorang pengerusi JKKKP yang aktif dan bekerja kuat seperti di kawasan saya mungkin wajar menerima sejumlah itu. Sebaliknya pengerusi JKKKP yang jarang berada di kampung dan sebahagian besar tanggungjawabnya terpikul atas bahu Setiausahanya tentulah tidak wajar menerima elaun sebanyak itu.

Sebaik-baiknya nisbah elaun Setiausaha dan Pengerusi JKKKP tidak begitu besar misalnya 3:4 bukannya 1:4. Kata lain elaun Setiausaha RM600 dan elaun pengerusi RM800. Untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan persekutuan adalah lebih baik elaun Setiausaha RM400 manakala elaun Pengerusi cuma RM600 sahaja. Sebenarnya pengerusi JKKKP menikmati lebih banyak 'faedah' berbanding dengan Setiausaha selain elaun yang lebih banyak. Dengan pendedahan ini, rakan-rakan Setiausaha yang bekerja kuat dalam JKKKP (tidak termasuk penulis) ingin merayu agar nisbah elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKKP dikaji semula oleh pihak kerajaan persekutuan

Tuesday, May 10, 2011

Mahasisiswa Islam dan ulamak pro pembangkang memalukan imej Islam di kalangan anggota masyarakat!

Bukan semua mahasiswa hari ini terpelajar. Ada yang mentaliti mahasiswa kita hari ini bertaraf sekolah menengah. Pelajar sekolah menengah ada yang lebih baik daripada mereka. Itulah gambaran yang dapat diberikan kepada sebahagian kecil mahasiswa kita. Siapa mereka itu?
Mahasiswa yang berfikiran sempit dan taksub itu datangnya daripada kumpulan yang mewakili persatuan mahasiswa Islam yang rata-rata pro pembangkang. Perangai dan kelakuan mereka amat memalukan dan boleh menjatuhkan maruah agama Islam sendiri. Oleh kerana daya pemikiran mereka dilemahkan dengan ideologi politik PAS maka segala tindakan mereka menjadi tidak sesuai dan selari dengan ajaran Islam. Yang batu dikatakan permata dan permata dikatakan batu. Fikiran mereka tidak terbuka kerana selalu disumbatkan dengan cerita-cerita UMNO yang dikotorkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Cerita bohong terhadap UMNO dan fitnah terhadap UMNO jadi cerita benar dan bukan fitnah lagi kerana yang menyampaikan cerita itu adalah ustaz dan ustadzah serta ularmak belaka. Mana mereka ini boleh berbohong dan mereka tak akan memfitnah sebab mereka ini adalah ularmak. Apakah ulamak ini jenis Ulama Suu’ atau jahat? 
Ulamak Suu' atau ulamak jahat iaitu orang alim yang tidak bertaqwa dan tidak menyimpan rasa takut terhadap Allah di mana semuanya itu membawa keburukan dan bala serta bencana kepada dirinya sendiri dan menyesatkan pula orang lain sehingga membahayakan mereka Sayyidina Umar bin al-Khottab pernah berkata : ” Suatu hal yang sangat aku bimbangkan ke atas diri kamu atau pun umat ini iaitu seorang fajir iaitu penyeleweng agama yang tajam lidahnya di mana kepetahannya bercakap mempedayakan orang ramai”.
Sayyidina Ali pula pernah berpesan : ” Dua orang yang bakal mematahkan punggungku iaitu seorang alim yang melanggar perintah Allah dan seorang jahil yang mengerjakan ibadat kepada Allah. Yang pertama menjauhkan manusia dengan melanggar perintah Allah manakala yang kedua memperdayakan manusia dengan ibadatnya kepada Allah”

Sunday, May 8, 2011

Gerakan dan MCA perlu faham dengan trend pengundi Cina sekarang!

Sudah tidak dinafikan bahawa rata-rata pengundi Cina di bandar mahupun luar bandar telah menyebelahi kepada calon pembangkang. Ini terbukti melalui beberapa PRK dan pilihanraya Sarawak yang baru lalu. Apakah pengundi Cina tebal dengan semangat perkaumannya kerana parti DAP merupakan sebuah parti yang bijak memainkan isu perkauman. Presiden MCA, Datuk Chua Sok Lek sendiri telah mengeluarkan kata-kata amaran kepada orang-orang Cina bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet jika tiada calon MCA yang menang dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Gerakan dan MCA sepatutnya sudah dapat menelah kekuatan calon mereka dalam PRU yang akan datang. Jika calon-calon mereka akan kalah terutama di kawasan-kawasan majoriti Melayu adalah lebih baik kerusi tersebut diserahkan kepada UMNO. Berdasarkan beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, prestasi calon BN dari UMNO amat memberangsangkan. Oleh itu calon BN dari UMNO wajar diberi peluang bagi kawasan-kawasan majoriti Melayu.  Kuota untuk parti-parti komponen BN dalam PRU13 perlu disemak semula supaya BN kembali kuat dan memenangi PRU13 akan datang. Pemimpin-pemimpin parti komponen BN perlu lebih rasional dan bijak membuat perhitungan bagi memastikan setiap kerusi DUN dan parlimen dimenangi oleh calon BN. Itulah antara persetujuan yang wajar diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Saturday, May 7, 2011

Pas dihina, diperkuda DAP - Zul Noordin

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kedudukan Pas dalam Kabinet bayangan Kerajaan Negeri Sarawak sehingga 'dipaksa' berkongsi portfolio dengan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) jelas memperlihatkan bagaimana parti itu dihina dengan seburuk penghinaan oleh DAP.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, belum pernah dalam sejarah politik negara sebuah parti yang cukup berpengaruh dan berusia lebih 50 tahun diperlakukan sedemikian rupa, tetapi DAP sanggup berbuat demikian kepada Pas.
Katanya, niat DAP untuk menghina Pas jelas apabila satu-satunya portfolio yang diberikan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri, Adam Ahid iaitu Hubungan Antara Agama dan Perpaduan Nasional, terpaksa dikongsi dengan Ali Biju dari PKR.
Sedangkan, kata Zulkifli, baki 15 portfolio lain pula dikuasai sepenuhnya oleh DAP iaitu sebanyak 13 portfolio manakala, portfolio Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar serta Pembangunan Tanah dan Hubungan NCR diberikan kepada wakil PKR tanpa sebarang perkongsian.
"Ini bukan lagi tindakan yang tidak menghormati atau menganaktirikan Pas tetapi ia satu perbuatan yang bertujuan menghina Pas. Jelas DAP hanya memperkudakan Pas, mereka hanya mahu menggunakan jentera parti itu dan mendapat sokongan orang Melayu melalui Pas.
"Kalau dengan apa yang berlaku ini pun pemimpin-pemimpin Pas masih sanggup membutakan mata, memekakkan telinga serta mengunci hati terhadap perbuatan DAP, saya tidak tahulah apa nak cakap," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam sebuah blog http://penyokongpas.wordpress.com menerusi Taring DAP Sudah Nampak juga menganggap pelantikan Ali Biju untuk menjaga kepentingan agama khususnya Islam adalah satu penghinaan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, penghinaan terhadap Pas oleh DAP bukan baru sebaliknya, sudah bermula pada 2008 apabila satu-satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Pulau Pinang, Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman tidak dilantik sebagai Exco oleh Lim Guan Eng.
Dakwa beliau lagi, hal yang sama juga berlaku di Kedah dan Kelantan apabila hasrat kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas untuk menangani isu babi dan judi ditentang keras oleh DAP tanpa sebarang ruang perbincangan.
"Semua tindakan DAP ini konsisten dan bukan baru tahun ini. Pas sebenarnya langsung tidak dipandang oleh DAP. DAP hanya akan baik jika mereka ingin memperalatkan Pas sahaja dan sebaik sahaja kehendak itu tercapai, Pas ditinggalkan," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia 8/5/2011

Friday, May 6, 2011

Kenapa PAS sayangkan Anwar walaupun tahu Anwar adalah pelaku dalam video seks itu?

ACita-cita PAS akan menggantikan UMNO. Usaha menyatupadukan PAS dan UMNO tidak akan berhasil selagi TG Nik Ajis masih ada. Jika PAS bersatu dengan UMNO, PAS akan merasakan UMNO lebih kuat dan PAS semakin lemah. Soal penyatuan Islam itu wajib dan dituntut Islam tidak penting lagi bagi PAS. Paling penting PAS, bunuh UMNO dan PAS dan DAP boleh memerintah negara. Tapi apakah PAS boleh memainkan peranan seperti UMNO dalan BN, tidak mungkin sebab Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh yang tepat. 
Oleh itu PAS akan mempertahankan Anwar bukan pelaku dalam video seks itu walaupun pada hakikatnya pemimpin PAS percaya bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Anwar. Ketiadaan Anwar, Pakatan Rakyat akan jadi lintang pukang. Pimpinan Anwar (walaupun mereka tahu Anwar adalah pelaku dalam video seks itu) sanagt diperlukan. Anwar merupakan pemimpin anugerah tuhan yang boleh menyatukan PAS-DAP=PKR. Jika Anwar disingkirkan alamatnya Pakatan Rakyat akan hadapi masalah yang sangat besar. DAP tidak akan menerima Tok Guru haji Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat. Begitu juga, PAS tidak boleh menerima Karpal Singh sebagai ketua mereka dalam Pakatan Rakyat. Azmin Ali langsung tidak boleh pakai kerana dia sendiri dikatakan oleh Ummi Hafilda sebagai suami yang tidak bertanggungjawab (dayus). Jika Wan Azizah nak jadi Ketua Umum Pakatan Rakyat -menggantikan suaminya, rata-rata akan kata Pakatan Rakyat merupakan parti famili. 
Oleh itu, sebusuk mana sekalipun Anwar, pemimpin PAS dan DAP mesti mempertahankan Anwar sebagai pemimpin augerah tuhan yang suci dan bersih. Pemimpin PAS, DAP dan PKR semakin terdesak dengan isu video seks ini. Mereka serba salah untuk membuat keputusan berkaitan dengan isu video ini. Ditelan mati bapa diluah mati emak. Anwar jelas terlibat dengan video itu tapi pemimpin PAS terpaksa membutakan hati dan mata mereka agar Anwar dapat meneruskan peranannya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar terpaksa membuat pelbagai sebab dan alasan untuk menafikan dirinya terlibat dalam video itu. Sebenarnya rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan Anwar. 

Tuesday, May 3, 2011

Ulamak juga mahu berkereta besar dan mewah, itu pun salahkah?

Ustaz Omar menyatakan Nik Aziz terlalu banyak melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya kata beliau, MB Kelantan sanggup menerima kereta Mercedez yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya ialah DH 55. 
Persoalannya, "Tidak selesakah Nik Aziz dengan kereta Mercedez S320 yang bernombor DAB 80 itu?". Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakan orang yang kaya-raya.
Tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am PAS itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah Rasul?
 "Kita tidak cemburu jika kereta Mercedez baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM500,000) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula menggunakan harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulamak yang ada pada Nik Aziz?
Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam PAS, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji PAS untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah lebih 20 tahun menerajui Kelantan.
Alhamdulillah semakin ramai pengikut PAS mulai sedar akan penipuan PAS selama ini. Setiap minggu akan ada sekumpulan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Ulamak-ulamak muda pula lebih cenderung menyertai UMNO kerana mereka sedar dan tahu bahawa jasa UMNO terlalu banyak terhadap perkembang Islam di Malaysia dan di nusantara berbanding dengan PAS. 
Kata Ustaz Omar, "Kalau orang UMNO bercerita pasal keburukan PAS, orang lain kata UMNO saja-saja buat cerita. Ini kisah benar yang dibongkar sendiri oleh bekas ahli PAS yang berjawatan. Fikir-fikirlah apakah patut Kelantan terus dibiarkan kepada PAS selepas PRU13 nanti?

Monday, May 2, 2011

UMNO wajar dibubarkan dan ahli UMNO boleh menyertai PAS!

Pengarang Buku Tafsir Mubin
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. 
“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
KOMEN:
Setakat ini rakyat umum belum nampak lagi PAS dapat melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Apa yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan sejak 20 tahun memerintah? Apa yang dapat PAS laksanakan Islam di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor sejak 3 tahun memerintah? Manifesto PAS dalam PRU12 yang lalu pun belum tertunai. Apakah janji yang akan PAS taburkan lagi dalam pilihanraya umum yang akan datang? 
Ustaz Omar Khalid yang pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Terengganu dan dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu mengakui bahawa PAS tipu rakyat. Apa kata beliau yang kini telah menyertai UMNO, katanya "Dulu, masa dalam PAS, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin PAS. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampa kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada PAS".
Katanya lagi,"Paling besar pembohongan PAS ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya 1990. PAS berjanji akan menukarkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin PAS yang lain".
Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan PAS tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan BN/UMNO. Hinggalah 1993, beliau bertemu dengan Nik Aziz di rumahnya bertanyakan perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.
Lagipun, pada waktu itu pemimpin PAS telah mulai menggomol balak. Kebendaan telah menjadi tumpuan utama pemimpin PAS terutamanya wakil-wakil rakyatnya. Ini juga merupakan antara tajuk perbualannya dengan Nik Aziz.
Bagaimanapun, Nik Aziz memberi jawapan yang amat mengecewakannya. MB Kelantan mengibaratkan PAS cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh PAS tapi Pusat oleh BN. Kemudian Nik Aziz kata lagi," Politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, PAS terpaksa menipu untuk memenangi 'peperangan' dalam pilihanraya.
Setelah Nik Aziz berkata demikian, Ustaz Omar terus mengucapkan selamat tinggal dan menyertai UMNO sehingga sekarang. Baginya, terlalu banyak MB Kelantan melakukan penipuantermasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Apa yang tidak amanah itu? Tunggu dalam entri akan datang!

Sunday, May 1, 2011

Tian Chua sudah melampau kerana pemimpin PAS juga!


Komen Tian Chua dipetik dari Keadilan Daily,
“Mereka mengadakan sumpah laknat dengan menpermainkan agama. Negara sekarang di bawah Umno mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara ‘sumpah-sumpah’.

“Walaupun saya bukan Islam, saya tahu itu semua salah. Datuk T sebenarnya tidak tahu agama.Saya tidak tahu agama apa yang dianutinya atau dia bawa agama baru’
“Jika semua perkara yang dilakukan boleh diselesai dengan cara bersumpah, bermakna negara kita tiak perlu peguam, hakim kerana dengan bersumpah kita sudah bebas, jimat masa pula,” kata Tian Chua semasa ceramah di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.
Komen:
Dulu orang Cina tak berani hina orang Melayu. Dulu juga orang Cina tak berani baca ayat suci al-Quran atas pentas politik. Tapi hari ini MP Cina tanpa menutup aurat sudah dibenarkan memberi ucapan di ruang utama solat sebuah masjid. Hari ini juga orang Cina dibenarkan oleh pemimpin PAS membaca ayat suci al-Quran walaupun tajwid lintang pukang. Orang cina hari ini sudah berani mengkritik dan menghina penganut agama Islam bersabit dengan amalan dan hukum.
Kenapa mereka ini semakin berani dan semakin biadap? Mereka berani kerana mereka bersatu dan mereka telah kuat. Orang-orang Cina sudah kuat kerana orang Melayu berpecah sesama sendiri dan menjadi terlalu lemah. Tambahan pula puak2 PAS termasuk pemimpin ularmaknya membenarkan orang Cina membaca ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik. Pemimpin PAS juga yang membenarkan MP Cina tidak menutup aurat memberi ceramah di ruang utama solat. Dan ularmak PAS juga yang membaca doa untuk Ketua Menteri Cina bukan beragama Islam selepas solat Jumaat. Doa-doa untuk Yang DiPertuan Agung selaku pemerintah dan payung kepada kedaulatan Melayu dan agama Islam telah dikesampingkan oleh Imam PAS di Seberang Prai Pulau Pinang.
Pemimpin PAS nak tunjuk mereka lebih liberal, mereka tidak rasict seperti UMNO. Tapi kini PAS diperkudakan dan diperalatkan dan paling sedih umat Islam pula dihina. Tapi apakah PAS berani bangkit untuk membuat teguran? Tidak mungkin lagi. PAS hari ini bukan PAS semasa Datuk Asri sebagai Presiden. PAS hari ini sanggup bersekongkol dengan parti komunis DAP hanya untuk menjatuhkan kerajaan Melayu/Islam sendiri. PAS membisu bila Ketua AMK membuat huru hara dalam ruang solat masjid. Sungguh memalukan kita umat Islam kerana ada pemimpin parti yang tidak menghormati masjid selaku rumah Allah. Hak peribadi seseorang itu untuk bermuhabalah atau tidak. Yang nak tanggung dosa itu adalah individu yang bermuhabalah. Kenapa pula Ketua Pemuda AMK,
Shamsul Iskandar masuk campur urusan peribadi orang lain? Lihatlah Tian Chua pula sudah terlebih pandai dan berani bertindak sebagai ularmak Islam. Sudah pandai mengajar dan komen sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay. Apa dah nak jadi dengan Islam kita di Malaysia  bila pemimpin kafir boleh menegur dan menghukum kerja buat orang-orang Islam hari ini. Orang Islam patut malu. Perbuatan ini patut dihentikan. Pemimpin PAS perlu bertanggungjawab kerana memberi ruang dan peluang untuk mereka menghentam UMNO atau orang Islam yang lain. Itulah mungkin ada pihak berani mengatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Nauzu billahi min zalik.

RUGIKAH ORANG ISLAM JIKA PAS BERSAMA UMNO?

Islam tidak rugi, jika pemimpin bersatu!
Umum mengetahui PAS adalah parti serpihan daripada UMNO suatu masa dulu. Sejak PAS ditubuhkan, orang Melayu berpecah. Dalam perlembagaan persekutuan, Melayu itu adalah orang Islam. Oleh itu di Malaysia rakyat boleh menerima bahawa orang Melayu di Malaysia adalah orang Islam. Cuma adalah kelompok tertentu, yang masih tidak mahu menerima bahawa orang Melayu itu Islam. Manakala TG Nik Aziz langsung tidak berbangga dengan bangsa Melayu kerana TGNA hanya mahu Islam sebagai identiti untuk dirinya.
Perpecahan orang Melayu bertambah parah bila Amanat Haji Hadi diterima bulat-bulat dan dicanang di seluruh pelusuk negara dan ceruk kampung, surau dan juga masjid. Orang Melayu sama-sama orang Melayu bermusuh kerana ideologi politik sempit, hingga ada pihak mendakwa masuk PAS masuk syurga dan masuk UMNO masuk neraka. Walaupun dalam UMNO ada ulamak dan guru-guru agama tapi mereka digelar ulamak kerajaan dan ulamak terompah dan sebagainya. Begitulah penghinaan yang dilontarkan oleh puak-puak PAS. Tuduhan kafir seperti perkara yang amat mudah dan ringan bagi puak-puak yang terlalu taksub. Timbullah perasaan kebencian antara orang Melayu sesama orang Melayu. Dalam kampung ada puak PAS dan ada puak UMNO. Di Taman-taman perumahan juga ada puak PAS dan puak UMNO. Tempat kerja ada juga puak pro UMNO/BN dan puak pro pembangkang/PAS. 
Paling menyedihkan ada majlis kenduri kendara diboikot, urusan jenazah orang UMNO tidak dihadiri oleh puak-puak PAS, solat berimamkan orang UMNO tidak sah, sembelihan orang UMNO haram, pernikahan oleh jurunikah orang UMNO tidak sah dan ada tempat kubur orang UMNO diasingkan. Ya begitu dahsyat perpecahan orang Melayu ciptaan pemimpin PAS. Ketaksuban orang PAS terhadap Amanat Haji Hadi amat tebal dan mendalam. Hingga ke hari ini masih ramai lagi pemimpin dan penyokong PAS berpegang kukuh dengan amanat itu.  Jika Al-Quran menjadi asas rujukan puak-puak PAS tapi bukan Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan utama mereka, insyaallah orang Islam di Malaysia boleh kembali bersatu.
Jika UMNO kafir mengapa PAS boleh menerima pemimpin DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam sebagai sahabat dalam perjuangan Pakatan Rakyat? Jika UMNO kafir zimmi sudah pastilah DAP itu kafir harbi. Mengapa PAS boleh menerima kafir harbi? Apakah perjuangan UMNO/BN selama ini umat Islam semakin tertindas manakala penganut kristian, buddha dan hindu semakin berkembang pesat? Masjid dan surau diruntuh manakala gereja dan tokong-tokong dibina merata-rata tempat. Apakah penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej-Kolej Islam, Pusat-pusat Tahfiz, Insuran Takaful, Mahkamah Syariah, Sistem Perbank Islam dan masjid-masjid yang dibina bukan hasil perjuangan UMNO dalam Barisan Nasional? Apakah PAS yang bina bersama dengan DAP? Apakah dosa UMNO begitu besar hingga mengharamkan PAS menerima UMNO sebaliknya menerima perjuangan DAP?
Celiklah wahai orang-orang Melayu yang taksub kepada PAS. PAS semakin rugi sejak bersama DAP dan PKR. Perjuangan Islam oleh PAS tak kemana pun sejak bersama DAP. Apakah untungnya PAS bersama DAP di Pulau Pinang dan Selangor? Yang untung wakil-wakil rakyat PAS DUN dan Parlimen yang menerima gaji dan elaun beribu-ribu setiap bulan dan dosa ceramah politik siang dan malam kerana mengekalkan perpecahan orang Islam di Malaysia. Pemimpin tertentu PAS yang mempertuhankan politik tidak akan senang melihat PAS dan UMNO bersatu. Dalam UMNO pun begitu juga. Golongan ini sama ada dalam PAS mahupun UMNO tidak akan bersetuju UMNO dan PAS bersatu. Walau bagaimanapun setakat hari ini, kita belum dengar pemimpin tertinggi UMNO menolak perpaduan bersama PAS malahan kebanyakan bersetuju untuk melihat UMNO dan PAS bersatu. Ada pula puak-puak PAS yang mendakwa UMNO dah nak ditalqinkan baru teringat nak bersatu dengan PAS. Begitulah sikap puak-puak yang mengkhianati bangsa dan merosakkan agama Islam. UMNO tetap kukuh dan utuh. Tapi jika PAS bersama UMNO, perjuangan untuk bangsa Melayu dan agama Islam akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Perjuangan UMNO sejak sekian lama kerana orang Melayu berpecah dengan wujudnya Melayu PAS dan Melayu PKR dan ada pula seekor dua ekor Melayu dalam DAP. Bangsa lain semakin berani dan maju ke hadapan kerana orang Melayu semakin lemah kerana Melayu yang berpecah sesama sendiri. Kita menyeru kepada NGO-NGO Melayu dan Islam serta ulamak-ulamak yang tidak berpihak mana-mana parti tampil ke hadapan untuk menyatukan orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia supaya kepentingan Melayu dan Islam tidak semakin tergugat. Jangan sampai " Menang sorak kampung tergadai", "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi" dan "Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan".