"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, May 14, 2011

Nak kukuhkan politik, PAS cadang adakan Mesyuarat Pemilihan Qaryah di Pulau Pinang

Difahamkan dalam bulan Mei/Jun ini setiap qaryah masjid di Pulau Pinang diarahkan untuk mengadakan mesyuarat pemilihan AJK qaryah. Biarpun belum cukup tempoh, pemilihan AJK Qaryah yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat boleh mengundang perpecahan di kalangan umat Islam. Difahamkan kebanyakan qaryah tidak berminat dengan pemilihan itu kerana boleh membawa perpecahan umat Islam yang semakin serius. Cukuplah apa yang sedang kita hadapi. Janganlah kerana politik kepartian seluruh umat Islam di kampung-kampung dan taman-taman perumahan berpecah sesama sendiri. Jika Jawatankuasa Qaryah sekarang tidak mahu mengadakan pemilihan, PAS melalui Jawatankuasa Pembangunan Qaryah akan turun memastikan pemilihan dapat diteruskan juga tanpa halangan. Hah! begitu hebat sekali kepimpinan PAS hari ini seperti kata pepatah Melayu, "Kera dapat bunga". Dan difahamkan pula, walaupun pemilihan telah berjaya diadakan dan keputusan diperolehi tapi keputusan yang mutlak sebenarnya datangnya daripada suatu jawatankuasa lain yang diketuai oleh YB PAS. Begitulah hebatnya politik PAS hari ini, tak kenal maka tak cinta dan sudah kenal PAS semakin ramai kena auta!
Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, ceramah politik semakin menjadi-jadi. Seolah-olah politik merupakan tuntutan wajib kepada umat Islam. Orang Melayu diperkukuhkan dengan ajaran PAS hampir setiap malam dan siang. Orang Islam cuba ditanamkan semangat berpolitik perpecahan oleh penceramah-penceramah PAS dan PKR. Orang Islam di Pulau Pinang tidak perlu fikir tentang masa depan pelajaran dan pekerjaan anak-anak, orang Islam tidak perlu fikir tentang masalah sosial, tak perlu fikir tentang puluhan ribuan yang keluar universiti memerlukan pekerjaan, tak perlu fikir tentang kenaikan harga rumah, tak perlu bincangkan kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini tidak membina rumah kos rendah. Semua itu menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan. Tanggungjawab pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang ialah menguatkan cengkaman politik untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.   Gunakan kesempatan yang ada untuk menguasai institusi masjid dan surau. Biarlah jawatan-jawatan yang ada di masjid dan surau dipegang oleh orang kita (PAS). Imam-imam UMNO, bilil-bilal UMNO, tok siak UMNO kita cantaskan segera. Biar mereka berambus dari masjid dan surau. Bila kita kuasai masjid dan surau, kita boleh gunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan politik Pakatan Rakyat. Kita boleh gunakan institusi masjid dan surau untuk tujuan politik seperti di Kelantan. Kita boleh kuatkan cengkaman politik kita di kalangan ahli qaryah masjid mahupun surau. Dengan cara ini lama kelamaan UMNO akan lenyap. Begitulah agak-agaknya kenapa kerajaan Pakatan Rakyat sungguh beria-ia sangat hendak adakan mesyuarat pemilihan AJK Qaryah dalam masa terdekat ini. Itu merupakan strategi PAS untuk menguasai masjid di seluruh Pulau Pinang.
Ini bermakna perpecahan umat Islam semakin ketara sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang. DAP dapat menguatkan cengkaman politiknya ke atas orang-orang Cina. Boleh dikatakan hampir keseluruhan orang Cina hari ini tak kira apa pun ideologi politik mereka sama ada Cina itu MCA atau Gerakan atau PKR akan tetap menyokong pembangkang khususnya DAP.  Itulah hasil dan kekuatan yang DAP perolehi sejak wujud Pakatan Rakyat. Tapi apakah PAS dapat menyatukan umat Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya? 
PAS hanya dapat membantu DAP menguatkan kuasa mereka (DAP) dalam kerajaan Pakatan Rakyat. PAS hanya boleh memecahkan kekuatan orang Melayu di Malaysia dan juga di Pulau Pinang. PAS mungkin boleh memastikan UMNO tidak kuat untuk kembali bersama BN memerintah Pulau Pinang. PAS boleh melemahkan kekuatan umat Islam di Pulau Pinang secara tidak langsung membantu  memperkukuhkan politik Cina ideologi komunisme di Pulau Pinang. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan orang Islam. Yang paling untung orang Cina atau bukan Islam kerana mereka semakin bersatu. Soalnya kenapa orang Cina mudah dan boleh bersatu dan mengapa pula PAS dan UMNO tidak boleh bersatu? Yang peliknya, PAS menerima DAP sebagai rakan perjuangan walaupun mengetahui pemimpin DAP, puak kafir harbi yang jelas menentang Islam. Tepuk dada tanya minda!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.