"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, May 14, 2011

ISU ELAUN SETIAUSAHA JKKKP PULAU PINANG!

Mula-mula saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang dapat meneruskan bayaran elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP di seluruh Malaysia. Elaun mesyuarat JKKKP telah dinaikkan dari RM30 kepada RM50 seorang. Di samping itu setiap JKKKP diperuntukan sebanyak RM1200 untuk urusan pentadbiran JKKKP.

Dengan harapan JKKKP dapat memainkan peranannya yang lebih berkesan sebagai agensi kerajaan Pusat yang paling hampir dengan rakyat. Kenaikan elaun Pengerusi JKKKP hampir sekali ganda dari RM450 kepada RM800 sebulan amat menggembirakan mereka. Semua pengerusi sepatutnya bersyukur kerana elaun sejumlah itu mustahil dapat diberikan oleh mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat.

Oleh itu Pengerusi dan Setiausaha JKKKP hendaklah bekerja lebih gigih supaya masalah rakyat dapat ditangani dengan baik. Paling penting mereka perlu mempertingkatkan usaha memahami masalah rakyat dan segera menanganinya.

Namun begitu ada juga perasaan tidak puas hati di kalangan setiausaha-setiausaha JKKKP yang hadir dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKKP yang diadakan pada 12 Mei 2011 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Difahamkan elaun Setiausaha JKKKP jauh lebih rendah seolah-olah tugas Setiausaha itu tidak begitu penting dalam JKKKP.

Ucapan Dato' Zainol Abidin Osman, Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia dalam majlis tersebut tidak memberi sebab-sebab elaun Setiausaha JKKKP tidak dinaikkan dan mengapa pula elaun Pengerusi JKKKP jauh lebih besar iaitu RM800 sebulan berbanding dengan elaun Setiausaha JKKKP cuma RM200 sebulan?

Sebaik-baik elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKKP tidak begitu besar perbezaannya. Pengerusi mungkin mempunyai tanggungjawab yang lebih besar manakala Setiausaha pula mempunyai tugas yang lebih banyak.

Umumnya mengetahui seorang Pengerusi JKKKP masih boleh dan mampu memegang beberapa lagi pengerusi lain seperti PIBG, Qaryah, Rukuntetangga, Tadika Kemas dan sebagainya. Tapi seorang Setiausaha JKKKP sudah pasti tidak akan sanggup memegang banyak jawatan Setiausaha lain-lain pertubuhan kerana kerja Setiausaha tidak mudah seperti tugas seorang Pengerusi. Saya cuma menyampaikan rasa tidak puas hati beberapa rakan setiausaha JKKKP yang ditemui selepas menerima watikah perlantikan itu.

Mungkin bagi seorang pengerusi JKKKP yang aktif dan bekerja kuat seperti di kawasan saya mungkin wajar menerima sejumlah itu. Sebaliknya pengerusi JKKKP yang jarang berada di kampung dan sebahagian besar tanggungjawabnya terpikul atas bahu Setiausahanya tentulah tidak wajar menerima elaun sebanyak itu.

Sebaik-baiknya nisbah elaun Setiausaha dan Pengerusi JKKKP tidak begitu besar misalnya 3:4 bukannya 1:4. Kata lain elaun Setiausaha RM600 dan elaun pengerusi RM800. Untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan persekutuan adalah lebih baik elaun Setiausaha RM400 manakala elaun Pengerusi cuma RM600 sahaja. Sebenarnya pengerusi JKKKP menikmati lebih banyak 'faedah' berbanding dengan Setiausaha selain elaun yang lebih banyak. Dengan pendedahan ini, rakan-rakan Setiausaha yang bekerja kuat dalam JKKKP (tidak termasuk penulis) ingin merayu agar nisbah elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKKP dikaji semula oleh pihak kerajaan persekutuan

3 comments:

  1. Bagaimana dengan JKKKP yang tak buat kerja? Ada 1 kampung di Penang, lebih dari 30 orang penduduknya mengalami denggi. Muka JKKKP pun tak nampak (mungkin tak duduk di kampung tersebut),penduduk terpaksa memanggil sendiri pihak2 tertentu untuk buat gotong royong bersama penduduk.Yang turun padang adalah adun PKR walaupun dia tahu tempat tersebut menyokong BN.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong isu diatas. Mahu respon dato zainal abidin.

    ReplyDelete
  3. sekarang pun nisbah 1:3

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.