Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah seharusnya tidak gentar menyahut cabaran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk melakukan empat perkara asas sekiranya mereka yakin berada di pihak benar.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, cabaran itu juga penting untuk disahut bagi menolak tuduhan bahawa skandal yang membelenggu Anwar adalah konspirasi semata-mata.
“Jika satu pun daripada empat perkara asas ini tidak mampu mereka lakukan, maka rakyat boleh menilai apakah kebenaran sebenar yang cuba dipertahankan oleh Anwar sekeluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cabaran Mohamad Ezam supaya Anwar sekeluarga melakukan empat perkara asas iaitu bersumpah laknat, membuat ujian pembohongan, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh beliau berbohong.
Empat perkara asas tersebut kata Mohamad Ezam, perlu dilakukan oleh tiga beranak itu bagi membersihkan nama Ketua Pembangkang tersebut, sekali gus menafikan beliau terlibat dalam skandal rakaman video seks.
Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Anwar, Azizah dan Nurul Izzah sudah berada ‘sebelah kaki’ untuk melangkah ke Putrajaya sekiranya sanggup melakukan salah satu daripada empat cabaran tersebut.
Katanya, langkah itu dengan sendirinya akan meletakkan mereka di pihak yang benar serta tertindas sekali gus mendapat sokongan dan simpati rakyat.
Sumber: Utusan Malaysia 20/5/2011
SATU PERKARA ASAS PUN TAK DAPAT DILAKANAKAN,APATAH LAGI EMPAT.MEREKA SEBENARNYA TAKUT DAN TAKUT SEMATA2,TAKUT DILAKNAT ALLAH,TAKUT RAKYAT KETAHUI MEREKA SEBENARNYA PEMBOHONG.AKU RASA TAK PERLULAH PENAT2KAN MULUT SURUH MEREKA BUAT ITU INI.MALAH SKG PUN RAKYAT DAH TAHU PUN SIAPA BERCAKAP BENAR ATAU SIAPA YG BERBOHONG.ORG2 SEPERTI INI SPATUTNYA JGN DILAYAN SANGT.MAKIN DI LAYAN MAKIN NGADA2.TUNGGU JE SUAMI TERSAYANG DI HADAPKAN KE MAHKAMAH.JUN NI..CONFORM PUNYA.
ReplyDelete