Aku tak berniat nak mengganggu perjalanan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja TBH yang sudah pun selesai. Ada asas TBH membunuh diri dengan sebab terlalu tertekan untuk menyelamatkan maruah bos sendiri serta parti DAP. Keghairahan DAP mempolitik isu kematian TBH jelas mempunyai unsur tersirat atau ada udang di sebalik batu! Dari keterangan saksi-saksi yang dipanggil oleh Suruhanjaya Siasatan Di-Raja, motif lakonan pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu kematian TBH sudah semakin jelas! Pegawai SPRM menjadi sasaran. Penyelewengan dilakukan oleh pemimpin DAP dan DAP cuba disembunyikan. Dato Seri Zahrain, MP Bayan Baru menasihatkan DAP berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian TBH kerana rakyat kini lebih cerdik. [Baca sini]. DAP dan Pakatan Rakyat amat malu..amat malu..amat malu jika DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat dikaitkan dengan penyelewengan wang rakyat dan rasuah kerana selama ini mereka berkempen mengatakan mereka pemimpin paling bersih, pejuang anti rasuah, anti korupsi, anti ISA, memperjuangkan kebebasan bersuara dan bermacam-macam lagi yang diperjuangkan mereka. Pemimpin DAP, PKR dan PAS akan cuba mempertahankan dengan apa jua cara sekalipun sesuatu isu yang boleh memalu dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Bagaimana kes video sek Anwar, pemimpin utama PAS mempertahankan Anwar sebagai individu yang tidak bersalah sebaliknya 'Datuk T' pula yang didakwa bersalah. Yang mencuri tak bersalah, yang memberitahu si anu itu mencuri pula yang bersalah. Begitulah politik kotor pembangkang di Malaysia hari ini. Pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh negara cuba membohongi rakyat bahawa Anwar dianiayai oleh UMNO, UMNO zalim bagi tujuan untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat. Berbanding dengan DAP, kita lihat PAS terlalu bimbang jika berlaku kehilangan Anwar dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dan DAP jelas memerlukan Anwar.
Isu Kristian sebagai agama rasmi persekutuan juga mempunyai senario yang sama dengan kes kematian TBH. Puncanya dari pendedahan dua blog tempatan Bigdog dan Marahku yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia. Utusan Malaysia menjadi mangsa kerana melaporkan berita itu. UMNO dikatakan menjadi dalang di sebalik isu ini kerana Utusan Malaysia adalah milik UMNO. Begitulah hebatnya pemimpin Pakatan Rakyat memainkan isu untuk kepentingan politik mereka. Rakyat perlu sedar bahawa pemimpin Pakatan Rakyat amat bijak memainkan isu sehingga kebobrokan pemimpin dan Pakatan Rakyat dapat dilindungi dan disembunyikan. Jika tidak percaya, kita tunggu seterusnya apakah benar Utusan Malaysia yang bersalah dalam isu ini? Tunggu siasatan oleh pihak PDRM. Pihak manakah, Pakatan Rakyatkah atau UMNO dan BNkah yang bikin ribut dalam negara kita sejak pilihanraya umum 2008? Tunggu dan lihat!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.