"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, May 17, 2011

Warga pendidik diseru bersama Pakatan Rakyat!

Harakah Daily melaporkan muslimat PAS Pusat Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan. Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’, Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno. “PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat,” ujarnya.
Komen:
Siapa pun boleh cakap. Nak bercakap siapa pun boleh. Nak naik gaji dan nak tambah elaun RM500 atau RM1000 pun boleh bercakap. Pemimpin PAS dan DAP malahan PKR boleh bercakap kepada pengundi2 sebab mereka bukan pemerintah. Bukan mereka yang akan tanggung defisit belanjawan, bukan mereka yang tanggung hutang dan bukan mereka yang tanggung subsidi. Malahan jumlah guru dan pegawai2 pelajaran bukan seratus dua tapi lebih setengah juta orang. Kementerian terbesar dalam kerajaan persekutuan. Bayangkan jika RM500 seorang yang dicadangkan oleh Salbiah Abd Wahab, muslimat PAS Pusat, implikasi kewangan yang ditanggung oleh kerajaan persekutuan (kerajaan PR cuma bercakap sahaja) sangat besar kira-kira RM260 juta bukan RM2 juta atau RM26 juta. Usahlah ditambah-tambah lagi kononnya nak tunjuk bahawa pemerintahan PR lebih bijak daripada BN. Buktikan kejayaan PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Rupa-rupanya lebih teruk lagi, banyak wang rakyat dihabiskan untuk tujuan politik memperkukuhkan cengkaman politik PR. Banyak program lebih bermotifkan politik. Program pendidikan, sukan dan apa pun majlis-majlis kerajaan negeri PR akan dippromosikan dengan bendera-bendera parti. Apakah rakyat semua penyokong dan pengundi parti-parti Pakatan Rakyat? Ini tidak berlaku semasa pemerintahan BN. Pimpinan BN tidak menggunakan program2 kerajaan negeri untuk tujuan politik. Selepas pilihanraya umum, laksanakan mandat yang diberikan oleh pengundi dengan mentadbir dan memerintah negeri dengan adil dan saksama. Baru jadi ahli MPPP dilantik oleh kerajaan PR, sudah tunjuk kuasa menukar seorang kakitangan MPPP dari satu kampung ke tempat kerja yang lebih jauh kerana kakitangan MPPP tersebut menyokong BN. Inilah contoh salah guna kuasa politik melampau dalam kerajaan PR di Pulau Pinang. Bayangkan jika PR memerintah negara sudah pasti DAP, PAS dan PKR akan memastikan kroni2 masing-masing menguasai pentadbiran kerajaan. 
Bersyukurlah apa yang guru-guru nikmati sekarang. Gaji guru sekarang sudah cukup lumayan. Guru novis berkelulusan ijazah sudah beroleh pendapatan gaji dan elaun sudah melebihi RM2000 sebulan. Kerja sebenarnya tidak sampai 8 jam sehari. Satu minggu cuma 5 hari. Cuti penggal berminggu-mingu. Dalam setahun jumlah hari bekerja seorang guru cuma 192 hari sahaja. Jika ada program hari Sabtu pun tidak selalu. Jika ada pun setiap hari seperti tuisyen, guru dibayar sama ada oleh PIBG atau agensi-agensi kerajaan seperti ICU, Perda dan Urus Zakat. Kenaikan pangkat berlaku mengikut senioriti dan merit. Guru yang menyokong kuat PAS juga naik pangkat hingga DG52/DG54 sebagai pengetua cemerlang di Pulau Pinang. Dalam JPN dan PPD ada ramai pegawai yang pro pembangkang tapi pernahkah mereka ini dipersoalkan oleh UMNO? UMNO tidak menguasai kerajaan. UMNO menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat melalui pilihanraya. Yang lebih berkuasa dan boleh mencatur jawatan dalam pentadbiran kerajaan di sekolah, PPD dan JPN bukan Ketua Bahagian UMNO/Gerakan/MCA/MIC sebaliknya pegawai kanan kerajaan. Jika Pegawai Kanan Kerajaan itu pro pembangkang sudah tentu sedikit sebanyak cuba memastikan pegawai/guru yang dilantik mesti sealiran ideologi politik dengannya. Itu sebabnya ramai pejuang-pejuang UMNO di kalangan guru menghadapi kesukaran untuk dilantik sebagai pegawai di PPD/JPN. Pegawai kanan JPN/PPD tidak berminat dengan guru-guru yang kuat dengan UMNO takut mereka ini 'lebih laju' dari ketua jabatan, maklumlah orang politik. Siapa yang ambil tahu kebajikan guru-guru sebagai penyokong kuat UMNO? Bergantunglah kepada siapakah pengetua, PPD dan Ketua Sektor serta Pengarahnya?
Pegawai2 kanan kerajaan sepatutnya bersyukur, tanpa menjadi ahli UMNO sebaliknya menyokong PAS dan PKR tapi berpeluang menjadi Pengetua Cemerlang, Ketua Sektor dan mungkin menjadi Pengarah Pelajaran. Tapi jika kerajaan PR yang memerintah, berani kita katakan semangat kronism dalam pentadbiran kerajaan akan berlaku. Lihatlah apa yang telah berlaku di Terengganu semasa PAS memerintah, pegawai-pegawai pejabat daerah ditukar-tukarkan, apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan tidak berlakukah pentadbiran suku sakat MB TG Nik Ajis? Di Selangor juga berlaku, siapakah yang dilantik berada dalam YPNS dibayar gaji dan elaun beribu-ribu bukankah kroni2 mereka. Kata pepatah Melayu, "Kata dulang paku serpih, kata orang mereka yang lebih". Selamat Hari Guru tahun 2011 dengan tema  ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’.

3 comments:

  1. betul..guru guru sepatutnya bersyukur..tahun ini ramai guru DG 32 diberi tawaran melanjutkan pelajaran secara percuma. apa tak puas hati lagi ka?? di facebook ramai suku sakat guru mengecam kerajaan berikutan isu kenaikan pangkat yg konon nya tak adil...teruk betuk mentaliti guru hari ini..dah lah ramai yang tak mendokong kerajaan...kalau kerja bersungguh tu tak pe la jugaj ..ni ramai yang kerja cin cai saja...sedih sedih..

    ReplyDelete
  2. ish!ish!ish!, ni nk komplen pd cikgu ke pd si musibat, eh, muslimat pas salbiah wahab. jgn la marah sgt pd cikgu. ada cikgu yg sokong kerajaan, ada yg bangkang. yg asyik membangkang tu bangang. tu je. elaun sebat, mulut carutkan kerajaan. pasal konon nk beri elaun tambahan rm500 tu gula2 basi je. x usah percaya. dia ingat duit boleh korek dlm lubang jamban umah dia kot. mak aku warga emas yg dijanjikan elaun bulanan kalau pr dpt perintah s'gor, sampai sekarang haram 10sen pun x dapat. bencinya tengok muslimah bertudung mcm tu kerjanya menipu. harap2 muslimah bertudung yg lain jagalah lidahmu sebagaimana kamu menjaga auratmu.

    ReplyDelete
  3. usin,

    btul! btul! btul!

    anti bohmau pun setuju kalu kata cikgu2 ni memang ramai yg sokong pr.

    di serambi mekah ni tiap2 sekolah2 kerajaan pusat, boleh kata 85-95% sokong pas/pr bahkan dap!! sekolah agama kerajaan negeri takyah cakapla, sekolah agama yg dapat bantuan kerajaan pusatpun ada tp semua kakitangan mrk sokong pas...

    mrk makan gaji dgn ihsan kerajaan pusat diterajui umno tp sgt2 bencikan kerajaan pusat & umno. ntah bagaimana darah daging mrk, mrk sendiri boleh jawabla..nak belit mcm mana ikut suka puak2 dia la...halal ka?

    satu saja anti bohmau nak kata:

    tok guru boleh haramkan sesiapa saja yg terima bantuan kerajaan negeri dari menyokong BN. ini hakikat yg tok guru sudah jelaskan sebelum prk galas ari tu.

    sekarang anti bohmau nak tanya:

    apahal plak dgn kakitangan kerajaan pusat yg menerima banyak bantuan & keistimewaan selain gaji & elaun2 khas dsbgnya, termasuk bantuan2 sampingan kpd anak isteri masing2, boleh tak kerajaan BN kata haram mrk sokong pas jika mrk dah terang2 menerima bantuan kerajaan BN?

    mrk dakwa mrk pembayar cukai. apakah kakitangan yg menyokong BN tidak membayar cukai? bagaimana jika bahagian yg mrk terima sebagai bantuan, anak2 terima biasiswa, isteri2 terima ihsan setelah kematian mrk datangnya juga dari hasil cukai kami penyokong BN???? boleh pastikah mrk bantuan2 yg mrk terima asalnya dari cukai mrk sahaja???

    payah tuan2! payah nak dakwa gitu2 saa....lainkali tok guru jgnla ikut sedap hati saja keluarkan fatwa begitu. serbasalah cikgu2 yg kerja dgn kerajaan BN tapi sokong tok guru nak makan!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.