"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, May 31, 2011

Tindakan PAS Pulau Pinang menyebabkan umat Islam terus berpecah!

Dok tak duduk tiba-tiba mesyuarat pemilihan kariah pula yang nak diadakan. Baru sahaja tahun lepas, bahang perebutan jawatan dalam pemilihan AJK kariah masih terasa. Macam mana puak2 tertentu berpakat nak naik orang itu dan perjatuhkan orang ini.  Orang itu orang kita dia orang itu bukan orang kita. Dia ini kita kena sokong sebab dia ini penyokong kuat kita. Ada yang mulai tak bertegur sapa di atas masjid. Mesra sebelum ini sudah semakin lenyap. Bila dah kalah, langsung tangga masjid pun tak dijijaknya. Jika ke surau pun, kena pilih surau orang kita. Kenduri orang kita dan majlis berkhatan beramai-ramai dah jadi orang kita. Orang itu pun Islam dan orang kita pun Islam. Tapi hakikatnya, orang Islam sudah tidak bersatu antara satu sama lain angkara politik kotor.
Politik yang sungguh merugikan orang Islam sendiri. Politik memecah perpaduan orang Melayu dan Islam. Yang rugi adalah orang Islam itu sendiri. Orang Islam semakin lemah kerana tidak bersatu. Apakah rugi jika orang UMNO dan orang PAS bersatu? Apakah ajaran Islam melarang orang Islam PAS dan orang Islam UMNO bersatu? Tidak samakah qiblat solat orang PAS dengan orang UMNO? Apakah solat orang PAS tidak sah bila berimamkan orang UMNO? Haramkah orang PAS berbaik-baik dengan orang UMNO sedangkan dengan kafir harbi seperti DAP boleh pula pemimpin PAS sendiri berpeluk-pelukkan? Politik jangan keterlaluan, biar ada batas waktu tertentu. Belajarlah daripada kejayaan bangsa/kaum lain. Mereka berjaya bukan kerana politik mereka tapi kerana mereka bersatu tanpa mengira apakah anutan agamanya dan pegangan politiknya. Cina MCA dan Cina Gerakan boleh memberi undi kepada DAP kerana calonnya sebangsa dengannya. Tapi bangsa Melayu yang beragama Islam tidak jadi seperti itu. Kenapa umat Islam berpecah dan tidak boleh bersatu? Apakah nasib umat Islam di Malaysia sama seperti umat Islam di Palestin, persengketaan antara puak Hamas dan puak Fatah. Umat Islam terbunuh dan dibunuh hampir setiap hari di dunia. Libya diserang oleh Nato, Pakistan diserang oleh tentera Amerika membunuh Osama Laden. Di Iraq masih berlaku letupan bom berani mati membunuh umat Islam yang tidak berdosa.
Apakah umat Islam di Malaysia pada suatu masa akan jadi seperti itu? Dalam keadaan sekarang, pemimpin-pemimpin parti perlu mencari jalan menyatupadukan umat Islam. Rugikah jika orang UMNO dan orang PAS bersatu?  Apakah umat Islam lebih baik dan lebih terjamin berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri DAP? Dan apakah selama ini umat Islam tertindas dan syiar Islam dihalang sejak di bawah pentadbiran UMNO bersama dengan parti komponen yang lain? Marilah kita semua umat Melayu/Islam tanpa mengira fahaman politik mencari jalan penyelesaian yang terbaik, jangan "Menang sorak, kampung tergadai".


3 comments:

  1. UMAT ISLAM X BERPECAHLAH....UMNO PP UG BERPECAH BELAH....

    ReplyDelete
  2. habis dah pecah umat Islam di PP gara2 PAS PP yang gila kuasa nak rampas kariah masjid ..

    sebab apa nak rebut kerana elaun byk ..haha

    ReplyDelete
  3. Anon diatas bangang..UMNO semakin kuat. pilihanraya kecil yg lepas membuktikan org Melayu menyokong UMNO. Mana deei...umat Islam tak berpecah..PAS + DAP memang tak berpecah tapi umat Islam yg berpecah.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.