Dari berita yang sah, YDP MAINPP, Ustaz Elias Zakaria, Timbalan YDPnya, YB Salleh Man dan Ustaz Bakar Bakolani termasuk Pengarah JAIPP turut tidak bersetuju dengan cadangan pemilihan Jawatankuasa Kariah. Cadangan yang boleh memecah belahkan masyarakat Islam di Pulau Pinang. Hampir kebanyakan kariah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Difahamkan cadangan pemilihan kariah itu bukan daripada pemimpin PAS sebaliknya daripada wakil rakyat PKR, YB Abdul Malek Kassim. Masjid-masjid yang dikuasai oleh ahli dan penyokong PAS juga turut tidak berkenan dengan cadangan itu. Banyak masalah yang akan timbul. Bagi kariah yang sangat besar, mempunyai banyak kampung akan hadapi masalah tersendiri. Mungkin AJK Kariah yang bakal dipilih nanti akan dimonopoli oleh satu dua kampung sahaja. Masalah kariah tidak sama dengan kariah yang lain. Persaingan untuk merebut jawatan mengundang permusuhan antara sesama ahli-ahli kariah. Jika individu itu dipilih oleh ahli kariah, difahamkan tidak semestinya individu itu akan dilantik sebagai Pengerusi Kariah atau AJK Kariah dan sebagainya. ADa satu Jawatankuasa Khas lain yang akan membuat keputusan dan kariah mesti menerima nama yang dicadangkan. Bagitulah lebih kurang cakap-cakap yang disampaikan oleh orang kuat dalam jabatan/pejabat agama yang turut kecewa dengan langkah yang diambil oleh pimpinan Islam kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Apakah tujuan sebenar pemilihan kariah itu diadakan juga dalam bulan Jun dan Julai ini sedangkan perlantikan AJK Kariah yang dilantik itu akan bermula 1 Januari 2012? Hanya YB Abdul Malek dapat memberi jawapannya.
Malik Itik tiru kerajaan selangor. Dapatkah usaha ini menghapuskan UMNO. Takut yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.
ReplyDelete