Kata Hamzah Ngah mewakil Dewan Ulamak PAS Terengganu dalam Muktamar PAS"Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah."
"Oleh itu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara."
Komen:
Dakwaan Hamzah Ngah amat serius. Apakah Hamzah mahu mengatakan bahawa orang UMNO tidak Islam? Orang UMNO itu kafir! Sedar atau tidak bahawa ramai bekas pemimpin-pemimpin utama PAS telah meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO. Mereka yang meninggalkan PAS dan menyertai UMNO pula bukan ahli PAS biasa malahan antara mereka merupakan bekas Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Dewan Ulamak PAS dan sebagainya. Contohnya Datuk Hj Nakhaei Ahmad, bekas Naib Presiden PAS akhirnya menyertai UMNO. Begitu juga Ustaz Omar Khalid adalah seorang tokoh yang pernah berjuang dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Kini beliau tetap meneruskan perjuangannya untuk menegakkan kalimah ALLAH tapi bukan lagi dengan PAS sebaliknya melalui UMNO pula.

Masih ingat lagi Dato' Asri Muda, bekas Presiden PAS. Beliau juga mengambil keputusan keluar dari Pas untuk menyertai UMNO. Beliau kembali ke rahmatullah semasa beliau dalam UMNO. Ustaz Md. Nor Deris, bekas AJK PAS Pusat akhirnya menyertai UMNO. Masih aktif bersama UMNO menyampaikan ceramah-ceramah beliau yang boleh mengecutkan perut penyokong-penyokong tegar PAS.
Ramai lagi tokoh-tokoh agama yang menyertai UMNO tapi mereka ini lebih suka merendah diri dan tak mahu menonjolkan diri sebagai ulamak. Lain pula dengan pemimpin2 PAS, boleh sikit hafal dua tiga ayat al-Quran dan mula memakai jubah berserban serta selesa dipanggil sebagai ustaz. Bukan semua begitu tapi ada segelintir pemimpin PAS yang kita tahu memang begitu.
Mutakhir ini, semakin ramai ulamak-ulamak muda menyertai UMNO. Mereka sedar hanya UMNO parti yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan terbukti parti yang konsisten dalam perjuangan dan mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan. Apakah mereka ini mengikut Hamzah Ngah mewakil Dewan Ulamak PAS Terengganu adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenarnya kerana menjadi ahli UMNO?

Dia ni ulama RM.Mulut bangkai !
ReplyDelete