"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, June 19, 2011

Blog UMNO Balik Pulau akan disaman kerana memfitnah?

Para perwakilan menyanyi lagu "Negaraku"

Blog UMNO Balik Pulau yang telah berhenti operasi pada 16 Mac 2011 akan disaman oleh bekas Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau. Tak tahu kenapa, semasa minum pagi sebelum persidangan agung UMNO bermula pagi ini, dia beritahu kawan-kawan yang seminum semeja bahawa "dia nak saman blog UMNO Balik Pulau". Tanpa melihat muka, dia bercakap kuat mahu kita mendengarnya. Kita faham kerana kita bukan budak tadika. Tapi kita dengar cerita ini (nak saman) sudah lama sejak dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian. Kira-kira 2 tahun yang lalu, tapi cerita itu akhirnya diam begitu sahaja.
Rupa-rupanya cerita itu tidak ke titik nokhtahnya. Beliau masih berdendam. Dua tahun berlalu masih dalam ingatan beliau. Hari ini dia nak saman pula blog tersebut. Siapalah kita sekadar ahli UMNO biasa. Sudah tentu tidak layak menasihati beliau, bekas ketua pemuda UMNO. Beliau yang berpengalaman dan berpengaruh tentu sekali telah pun memikir semasak-masaknya sebelum menimbangkan sesuatu tindakan yang akan diambil.
Selaku pemimpin NGO dan juga bekas pemimpin pemuda UMNO dan mungkin bakal pemimpin masa depan UMNO kita perlu sanggup  menerima kritikan. Adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Terimalah ketentuan Allah SWT. Jika Allah SWT menghendaki kita menang maka kita akan menang biarpun banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi. Jika kita asyik menyalahi orang lain, sampai bila pun kita tidak akan berjaya.
Ucapan Perasmian oleh DS Shafie Afdal
UMNO/BN akan jadi lemah dan kalah jika sesama ahli UMNO masih menyimpan sikap berdendam dan berpuak-puak atau tidak bersatu. Inilah antara sebab golongan profesional Melayu tidak berminat dengan politik UMNO. Ahli-ahli UMNO yang bercita-cita nak jadi pemimpin besar termasuklah nak jadi calon wakil rakyat tidak boleh sama sekali memiliki sifat-sifat dendam dan berpuak-puak sedangkan kita berada dalam satu parti dan satu dasar perjuangan. Sebenarnya kawan-kawan yang kita bencilah yang akan membantu kita. Kawan-kawan yang kita berdendamlah yang akan menolong kita suatu masa nanti. Apakah kita tidak terlintas nak jadi pemimpin parti suatu hari nanti? Adakah kita tidak terlintas untuk menjadi calon wakil rakyat suatu masa nanti? Ingatlah pesanan Timbalan Ketua Bahagian merangkap ADUN Bayan Lepas dalam pembentangan usulnya bahawa beliau akan pastikan calon BN di DUN Bayan Lepas akan menang walaupun beliau tidak lagi dicalonkan untuk bertanding dalam PRU yang akan datang. Begitu juga ucapan Ketua Bahagian yang meminta semua ahli UMNO bersatu untuk pastikan calon UMNO/BN berjaya di semua DUN dan merampas kembali parlimen Balik Pulau. Manakala DS Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO Pusat dalam ucapan perasmiannya kira-kira jam 1.30 petang tadi pula melahirkan rasa bimbang akan kedudukan orang Melayu yang berpecah sesama sendiri. Sudahlah ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP. Dalam UMNO sendiri pun Melayu berpecah, dalam PAS juga Melayu berpecah dan dalam PKR pun Melayu berpecah.
Semua pemimpin UMNO/BN meminta semua ahli perwakilan berfikiran matang dan terimalah keputusan sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon. Untuk kekuatan UMNO/BN semua ahli kena akur dengan keputusan Presiden parti. Gerakerja parti diperkuatkan di semua peringkat parti, keahlian ditambah, kepimpinan parti dimantapkan serta sentiasa turun ke bawah melihat masalah rakyat. Sebaliknya jika ada pihak yang berperanan umpama "duri dalam daging" atau "api dalam sekam", sudah pasti calon BN/UMNO akan menghadapi jalan yang sukar dalam PRU yang akan datang.

25 comments:

  1. Hi, apa dah nak jadi ni. Sama2 org umno pun nak saman menyaman. Lebih baiklah saman pemimpin pas atau pkr yang dah banyak fitnah terhadap umno atau kerajaan BN.
    berbaik2lah jangan gadoh2. nasihat saja.

    ReplyDelete
  2. shaheadan shah ni bkn tak baguih
    AS kenal dia..
    tp mcmkata td, dia kena trima hakikat..

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Tam,

    Kalau tak boleh terima teguran jangan jadi pemimpin lah Shahedan ooooi...dok diam-diam dalam perkasa sudah lah...Tok Him tolong nasihat sat kat budak Shahedan ni...pemimpin yang ada potensi tapi malangnya tak ada kekuatan dalaman...

    ReplyDelete
  4. masa permilihan bahagian..org kuat hilmi yg mula dl dok fitnah mcm2 bukti pun ada lg..klu tk da kekuatan dalaman helmi menang byk la ni 3% sj..jgn dok auta..la kemarin agm umno bp cakap la.poraah berani dlm blog saja...ada ajk bhg bp dulu ahli tjung trigin nk jadi yb rs dia hebat ada phd...chek dulu klu ada bau macang br le dapat yb.klu tk minpi sedih....

    ReplyDelete
  5. Sapa tegur pun dia tak akan hirau, sebab dia mempunyai EGO yang tinggi dan dia dah perasan kononnya mempunyai penyokong yang ramai. Kalau lah nak jadi pemimpin untuk takyat mempunyai perangai macam ni dia ingat orang nak beri sokongan ke. Jadi ketua Pemuda pun dia tak buat apa. Aku dengar orng bagitau sakan juga geng2 dia bercakap semasa ucapan pengaguhan. Cakap banyak tapi tak dak isi. Dah dalam UMNO pun orang tak berkenan macam mana nak jadi wakil rakyat. Lingkup la UMNO dengan perangai setan-setan tu. Berlagak semcam je geng-geng depa. Siru mak abas.......

    ReplyDelete
  6. kalau kamu bukan org umno ok laaa kamu kata linkup la umno dengan perangai setan2 tu.Tapi yang setan2 tu ahli umno sbd kalu bukan org kuat umno mna blh bg ucapan tapi kalu kamu ahli umno kamu bapak setan2 tu yang bagi ucapan..'ahli umno semua sama.gaduh sesama sndri mcmana nk bela melayu?? tak blh ka berbaik2 demi maruah melayu pp.berlajar tingi2 tapi akai tk da..bodoh

    ReplyDelete
  7. Aku malaih le dengan UMNO balik pulau ni. Keja hentam-menghetam jadi agenta yg pertama.

    ReplyDelete
  8. apa la pak tam...hang ni cikgu apa macam ni...hang tulis hang jugak sendiri yg komen...hang ada sakit mental lah...baik p check takut melarat...kesian..jiwa kacau......

    ReplyDelete
  9. Anon 11:02pm;
    Salam hormat tn anon di atas. Jgn kata begitu. Saya cikgu betul, tapi tuan saya tak kenal. Eloklah tuan perkenalkan diri, barulah selesa untuk berbicara. Tak kenal maka tak mesra. Sya bukan hipokrit, tulis sendiri dan komen sendiri spt kata tuan. jika saya komen sendiri, akan tertulis anonymous dgn tarikh dan masa warna merah dsbnya. Saya nak ajar tn macam mana tn nak tahu blogger yg tulis dan blogger yg komen sendiri. Harap tn dapt belajar berblog spy jgn nanti org kata kpd tn bhw tn yg gila. Nanti tn pula yg marah kerana tn bercakap tanpa ilmu.
    Alhamdulillah...saya OK, tak gila. Tapi saya sangat kesian kpd rakan2 politik yg hidup mati kerana politik. Makan dan minum politik. Malah tidur dan mimpinya politik. Golongan inilah yg saya paling risau. Itulah yg pak tam risau. Pak Tam jadi guru kerana hasil perjuangan pemimpin Melayu dahulu. Sebab itu Pak Tam masih dalam UMNO. Jika nak ikut hati, dengan perangai pemimpin UMNO sekarang ini dah lama tinggalkan UMNO. Pak Tam berjuang bukan utk sesiapa, bukan utk jadi pemimpin UMNO dan bukan utk jadi wakil rakyat. Minta maaflah jika saya kata tn anon pun tak sehebat mana pun sumbangan dalam UMNO. Jika tn hebat, tn tak akan keluar tuduhan itu kpd paktam dan menghina pula pak tam. Kesian pak tam...sudahlah bekas ketua pemuda umno bahagian balik pulau nak saman dia. Tak ada pula sapa2 yang simpati dgn dia. Pak tam sebagai guru biasa, terima sajalah. Nak saman2 samanlah. Tn nak kata sy jiwa kacau, katalah. Kita sama2 memperjuangkan amalan demokrasi, bebas utk bercakap, betulkah?
    Ya sy sgt bimbang org politik yg penting diri sendiri. Sy harap tn bukan golongan itu, merosakkan parti dan hubungan sesama sebangsa dan seagama kerana politik. Itulah golongan yg separuh gile spt kata tuan. Kerana itu jugalah pak tam meneruskan menulis dan mengkritik yg patut2 terhadap umno tapi tak akan beri muka kpd parti2 pembangkang. Pak tam bukan blogger upahan sesiapa, sukarela menulis sebagai sumbangan ikhlas kpd parti....cukup setakat itu, jika ada respon pak tam tulis lagi, insyaallah.

    ReplyDelete
  10. pak tam takut kena saman ,awat p delete semua entry bloq umno bahagian balik pulau,yang pak tam post semua isu fitnah ,kalau btui berjuang demi kebenaran umno jangan laa delete,sekarang dah ada cyber law gazette 2010,pak tam nie bias semua hemtam bekas ketua pemuda,saya sokong kalau ada org nak saman pak tam ,kaki fitnah muak dan melugai nak baca penulisan pak tam

    ReplyDelete
  11. pktam ni ckgu rosli,pngiln ckgu rosli bauk,dulu dia prnh mngajaq ak..tpi slmt mngajaq sat ja sbb lpas tu ak pndh sek..malu ak tgok ckgu yg memaki hamun bngsa dan agama sndri..mntak maaf ckgu tp sy mmng xleh trima apa yg ckgu buat pda blog umno balik pulau dulu..bnyk kwan2 saya yg brpling tdah drpd umno..bnyk post dia yg provokasi dan post isu2 ftnah..mcmna la bngsa nk elok..klau ckgu kncing brdri,ank murid kncing brlari..

    ReplyDelete
  12. Eloklah perkenalkan diri. Jika anak murid saya yang benar, sila perkenalkan diri. Boleh kita berjumpa, bersembang lebih panjang. Dlm blog bukan semua maksud dpt disampaikan dengan jelas. Apa yang anon di atas katakan saya terima saja. Bergaduh pun tak guna. Nak saman-samanlah. Saya dengar nak saman sejak 2 tahun yg lalu. Saya remove blog itu kerana saya sudah tak aktif lagi akhiurnya terlupa deletecd. Itu saja. Hangpa semua org2 kaya boleh dpt khidmat 2/3 lawyer.
    Saya pun tahu hanya ada dua/tiga org shj bekas pelajar sy yg giat dlm politik pemuda umno. Sy tak mahu buat apa2 tekaan. Dalam politik amat kotor, boleh berpura2, baik di depan, belakang lain. Jika anon di atas baru nak berjinak politik, eloklah tinggalkan Umno. Eloklah kawan2 beralih daripada Umno. Memang politik Umno kotor. Itu sebabnya guru2 dan golo. profesional lain tak berminat dgn politik umno melainkan jika ada kepentingan tertentu.
    Sy tak akan layan lagi selepas ini jika anon takut nak perkenalkan diri yg sebenar.

    ReplyDelete
  13. hg la barua pelinkup umno .perangai mcm ni punya cikgu klu zaman jepun kena cat jubur warna putih tonggek kat padang kota..jadi perisai..

    ReplyDelete
  14. bdoh pnya paktam. Dah buat blog umno,lpas tu kutuk Umno!!! hg la yg buat umno truk,cikgu apa mcmni!

    ReplyDelete
  15. assalam pak tam,xpyah nk sruh org prknlkn dri la,dulu ak dgaq org kata,hg sndri xmau prknl kn dri,bila tnya hg sapa,hg xmau jwab,la ni bila org dh knai hg,bru hg ketaq nk sruh prknalkn dri,

    lg satu ak nk ajaq hg psai bloging nih,org yg owner blog pn blh jdi anon la,xpyah login jala trus coment,hg nmpk sgt ilmu xtnggi tpi cara nk ajaq org buat mcm hg tau smua,dah la buat blog umno tpi serng individu

    ReplyDelete
  16. pak tam nie asalnya geng matahari kiblatnya kampong seronok,harap sangat dan saya berdoa agar dia berubah menjadi org yang beriman yg sebenarnya mengikut ajaran nabi muhammad s.a.w,bila saya baca penulisannya terasa jiwa dia penuh dgn iri hati,hasad dan secara tak langsung mengkhianati perjuangan umno,mohon dia dapat tukar profession tak sesuai utk menjadi seorg pendidik,dia tak pernah kenal halal haram ,mungkin itu asas ajaran agama salah yang di pegangnya ,seikhlas hati saya mohon pada pak tam masih ada masa utk bertaubat,dosa fitnah org adalah amat keji,adalah lebih baik membunuh dari menfitnah dan teruplang pada pak tam,saya harap pihak kementerian dapat pantau guru guru yang mempunyai ahklak yang celaru sebegini................

    ReplyDelete
  17. sembahyang entah ke mana dok p kata kat orang macam2, hangpa ingat shahedan hebat sgt ka,dari susah jadi kaya mana dia dapat duit,nak buka kedai minyak pun sekurang2nya rm 500 ribu untuk pusingan modal.bukan dengki tapi fakta.kalau berani hangpa pi tanya dia duit mai mana tak kan khit toyo bagi kot.

    semasa jadi ketua pemuda UMNO bahagian apa yang dia buat???

    ReplyDelete
  18. apa la yang hang dengki kat shaheadan sangat,hg pun mcm pondan p la tanya sendiri mr anon.....apa yang dia buat hang p tanya la sekali.....kot kot dia bley bagi hang tips jadi kaya .....yb yb hang buat apa ....pak tam hang nie pak lawak la nie semua hg yang reka tulis dan komen sendiri....

    ReplyDelete
  19. melayu suka dengki sama sndiliJuly 25, 2011 at 1:28 AM

    haiya melayu kaya pon lu olang mau dengki ka?cina kaya lu olang lbih suka?.apa sush maa,buat loan bank la,, awat cetek sgt pmikirn smpai mcm tu

    ReplyDelete
  20. saja nk tyn pn. faridah bekas cikgu tadika dan bekas yb..la ni jadi peyelaras parlimen b.pulau dok bt apa????.duit peruntokan byk p mana?? simpan kutt jawatan aje nak tp tk buat keja makan elaun buta.adik beradik kb apa pun tak pa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat tanya kat sini pi tanya depan2 la.. hangpa ni dengki.. berlambak program Faridah buat untuk naikkan nama Balik Pulau.. hangpa buat apa?? hyayun teloq ja tau

      Delete
  21. halo.. kawan dia simpan duit mau belanja dia mau jadi yb maa dulu jadi kadun masuk dewan serupa bodoh apa pun tak cakap sekarang mau jadi mp pula malu la org putih pun tarak tau cakap.yes thank you ada tau la.bikin bn maluuu

    ReplyDelete
  22. adalah sesuatu yang memeranjatkan dr helmi bley mencadangkan dan melantik faridah menjadi yb,seorg guru pra sekolah yang langsung xfaham fungsi dewan undangan negeri............dan ramai ahli wanita bahagian balik pulau xpuas hati atas sikapnya mengurus peruntukan kewangan.....nyata menjadi tanda tanya hanya beliau sahaja yang bley menjawabnya......tolong jawab pn faridah saya rasa malu persoalan tersebut menjadi bualan d kedai kedai kopi balik pulau ada yang mengatakan faridah pantang tengok duit mata jadi merah....duit wanita bahagian pun di gunakan tanpa mengikut prosedur ikut suka hati dia saja tolong buat penjelasan.....bekas yb pn faridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. duit wanita bahagian gunakan tanpoa ikut prosedur.. wei hangpa bukan tak kenai kalau setakat mai tanya kat sini.. teloq kecut ka?? mai tanya depan2 la

      Delete
  23. apa dah jadi d bhg b.pulau?? duit turun byk tp caw umno semua tk rasa apa pun, mana p semua rm kb bt apa itu duit semua?? patut la agm umno ramai ketua caw berani cakap agar kb letak jawatan dan tiada sapa pun berani backup kb...silent support pun suka dia letak jawatan..kb guna duit peruntukan loby mau jadi mp kut...sudah la dah tua dah 5 pengal tk cukup ka?? elok dok masjid jadi tok iman lg bgus la..masa dulu semua adik beradik bagi jadi yb cikgu pra sek pun jadi..mau tunggu anak jadi yb baru mau bersara jadi tok iman ka???

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.