Siapakah Ambiga sebenarnya yang mengetuai perhimpuanan BERSIH pada 9 Julai 2011? Wanita ini merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, manusia inilah yang telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam. Baca sini!
Majlis Peguam mempertikaikan tindakan Hakim Mahkamah Sesyen. Pihak mahkamah perlu melihat tindakan itu sebagai menghina mahkamah. Majlis Peguam eloklah didaftarkan semula sebagai sebuah parti politik berpakat dengan PKR, PAS dan DAP di bawah sebuah parti Pakatan Rakyat yang masih bergerak secara haram. Dengan cara itu Majlis peguam dapat membantu banyak rakyat dengan tidak lagi mengenakan yuran khidmat guaman.
Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pun juga bermasalah. Hidup dan matinya dengan politik. Mimpi dia pun mimpi politik. Fikirannya jadi politik. Misi kemanusiaan ke Gaza pun katanya politik. Tengoklah dia akan mati dengan politik. Takut nak dapat pahala dapat bala! Nauzubillahi minzalik.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.