"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, June 20, 2011

UMNO Bahagian tidak akan aman sampai bila-bila....

Dengar cerita semalam, ucapan penangguhan persidangan agung UMNO bahagian pada kali ini cukup hebat mungkin yang paling hangat dalam sejarah Umno di bahagian ini. Mungkinkah para perwakilan yang hadir kali ini rasa tidak begitu selesa kerana suasana dalam dewan yang tidak begitu sejuk? Atau mungkin para perwakilan yang datang kali ini membawa bersama-sama isu yang hangat menggeledak, menunggu waktu dan ketika untuk melepaskannya? Walau hangat mana pun isu atau masalah yang hendak dibawa, biarlah dapat disampaikan secara yang bersopan dan beradab. Utarakan dengan penuh rasa jujur dan ikhlas agar pemimpin-pemimpin yang dikritik dan perwakilan yang mendengarnya boleh menerimanya dengan rasa hormat.
Pemimpin bahagian telah dikritik kerana dikatakan tak boleh buat kerja termasuklah wakil-wakil rakyat yang ada. Mungkin ada yang benar dan mungkin tidak benar atau mungkin kurang tepat. Harap-harap ucapan para perwakilan itu lahir dari hati yang ikhlas dan jujur sebagai ahli UMNO yang mahu melihat UMNO semakin bertambah kuat dan dekat di hati rakyat. Jangan pula sebaliknya persidangan agung UMNO menjadi tempat melepaskan geram dan dendam oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Sepatutnya persidangan agung Umno tempat kita melontarkan idea dan pandangan yang membina khusus berkaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum. Mencari jalan dan usaha menguatkan parti, jentera pilihanraya, menambahkan pengundi-pengundi, mengadakan program-program ceramah, aktiviti-aktiviti dan sebagainya yang kita lihat parti pemerintah (Pakatan Rakyat) telah lama dan semakin giat jalankan dari masa ke semasa. Tapi UMNO masih bercakar sesama sendiri. UMNO akan lemah jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak bersatu. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lama dan yang baru, yang menang dan kalah perlu duduk semeja mencari jalan perdamaian dan penyatuan. Jangan kita berdendam sesama sendiri. Yang kalah tu, terimalah kekalahan itu seadanya. Mungkin pemilihan akan datang jika ada peluang dan rezeki, kita pula yang akan jadi pemimpin. Dan pihak yang kalah pula pada masa itu sudah tentu akan menerima keputusan kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Itulah yang sepatutnya berlaku. Jika pemimpin UMNO sentiasa berdendam, tunggu masa nak tibai dan balun maka akhirnya UMNO bahagian itu tidak akan aman sampai bila-bila.
Harus ingat, jika UMNO bahagian lemah, yang dipersalahkan bukan ahli-ahli UMNO. Kekuatan UMNO terletak sepenuhnya atas bahu pemimpin bahagian. Setelah mandat diberikan oleh para perwakilan, terpikullah tanggungjawab itu kepada pemimpin UMNO yang dipilih. Ahli-ahli UMNO hanya dapat melihat dari jauh dan dekat. Jika UMNO bahagian sekian lama masih tidak berubah, sudah tentu memberi ruang untuk pihak lain mengkritik kita. Jangan beri peluang pihak lain mengkritik kerana mereka ada hak mengkritik. Sikit-sikit kritik itu biasalah. Terimalah kritikan itu dengan hati yang terbuka, jangan mudah melenting. Ada kritikan mempunyai niat yang baik. Jangan masalah kecil jadikan masalah itu lebih besar. Akhirnya sakit yang sikit menjadi parah.
Pemimpin UMNO perlu mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah terutamanya masalah dalaman parti. Jangan pandang mudah sebab PRU yang akan datang, UMNO/BN akan berhadapan dengan parti pemerintah di Pulau Pinang. Demi kekuatan parti memastikan calon UMNO/BN menang, mana-mana pihak perlu korbankan kepentingan diri. Pandangan semua pihak perlu didengar dan diteliti mahupun ianya pahit. Paling penting, semua yang bertelagah dapat kembali bersatu, parti dapat diperkukuhkan, jentera pilihanraya dapat digerakkan dan akhirnya calon Pakatan Rakyat dapat dipatahkan dalam PRU13 yang kian hampir.

7 comments:

  1. kat mana cerita ni.????

    untuk tatapan anda semua....
    ini adalah pendapat peribadi saya....

    sebenarnya ini semua bukan sahaja kesalahan pihak bahagian sahaja.masalah ini juga ada sangkut menyangkut dengan umno negeri.jika pihak diatas mengambil pendekatan dengan setiap bahagian saya rasa semua ini takkan terjadi

    sebagai contoh....
    sepatutnya pihak umno negeri sekali sekala kena menghubungi pihak cawangan bertanyakan tentang bantuan atau apa2 sahaja yang di serahkan kepada bahagian untuk di serahkan kepada cawanagn adakah sampai atau tidak.dengan menggunakan tel atau apa2 saja jenis perhubungan.

    dengan menghubungi cawangan sekurang2nya pihak
    umno negeri boleh tahu samada bahagian menjalankan tugas dengan amanah atau tidak.

    ini tidak....setiap apa sahaja yang di serahkan kepada bahagian untuk cawangan di serahkan bulat2 kepercayaan.

    sekurang2 nya kena jugak risik.cam mana ada dak bantuan untuk cawanagn sampai atau tidak.
    jadi pihak bahagian tidaklah boleh memperbodohkan umno negeri atau cawangan

    dari pemuda cawangan taman keladi

    ReplyDelete
  2. Puak depa ni hang cakap apa pun depa tak dengar dah yang penting depa dapat jawatan apa jawatan yang depa mahu. Dapat diam la....Orang UMNO pun dah jadi meluat kalau jadi macam ni, tambah orang yang dok luar UMNO. Puak Shah ini mereka lebih rela BN kalau kalau calon yang mereka senarai kan tak lekat. Shafei Afdal cakap pun depa tak heran pendek kata hantar kalau Najib sendiri cakap pun puak-puak bangang ni tak kan terima.

    ReplyDelete
  3. sedara semua,
    Jgan nak menyalahkan puak shah saja. Kalau tiada angin kencang masakan pokok boleh bergoyang beb!!. Perhati betul-betul pemimpin yang diatas dan selidik habis-habisan sebelum buat tuduhan. Siapa makan cabai orang tu lah yang rasa panasnya. Kalau tak tumbuh takkan melata , kalau tak sungguh takkan orang nak kata. Sekarang ini zaman 2011 dan bukannya LAGI zaman tengku. Sekelip mata kita boleh tau apa yang dah pemimpin-pemimpin nie buat. Depan orang kampung pijak semut pun tak mampus tapi belakang kita depalah hero. Kenlah selalu Ingat, tak semua orang bawahan tak cerdik , ada juga yang cerdik dari pemimpin yang ada.
    Ada benarnya apa yang perwakilan cakapkan dan hanya sedikit yang kurang tepat. Nasib baik tak depa suruh pemimpin junjung Quran atau bersumpah laknat , kalau Allah tunjuk lagi malu beb!!.
    Kepada yg dok diatas sedar-sedarlah buat jahat tu hentikanlah. Ada juga yang sanggup kata kerja demi agama bangsa dan negara. kalau demi agama takkanlah duit rakyat masuk poket dan kroni kut?? Bila-bila tanya pun pemimpin tak ada duit tapi semua rakyat tau duit kerajaan pusat salurkan. nak pemohong pun agak-agak samalah kut.
    Projek yg kita lulus kita kata tak tau , salahkan pemeritah sekarang tapi masa kita perintah kita sapu keliling. Apa-apa pun Allah tau apa yang kita buat da maka itulah Allah juga yg mengerakkan perwakilan berucap. Kalau tak sedaq juga wallahualamfissawab.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Tam,

    Agaknya puak-puak ni lupa yang di Penang ni kita pembangkang!!! Cuba letak Islam di hadapan, INSYAALLAH banyak perkara yang boleh kita selesaikan...cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik...kasihankan penduduk-penduduk Islam di Pulau Pinang...yang sudah-sudah tu sudahlah...

    ReplyDelete
  5. Chaq NKP pun dah pandai malukan pemimpin.semua tau Chaq NKP,Ketua PU3 orang sapa.tapi ingatlah ada masa kita tercari2 sapa pemimpin yang berkualiti..kalau jawapan shah orangnya alamat lingkuplah UMNO Balik pulau ni

    ReplyDelete
  6. Secara kesimpulannya semua yang balun Dato Seri dalam mesyuarat umno bahagian tahun 2011 semua geng Shahidan..geng yang sentiasa menanti saat nak malukan pemimpin..geng yang pentingkan diri semata mata..kalau Allah dah tentukan bukan masa nak jadi pemimpin terimalah hakikatnya itu.Saudara Hisham NKP cakap biarlah berpada..hormat sama pemimpin lama..kalau hang bagus sangat apa sumbangan hang pada Pemuda UMNO Balik Pulau.

    ReplyDelete
  7. Ala chaq tak dak apa sumbangan dia. Cakap ja pandai. Keja untuk shah, shah jadi kaya, dia jadi papa. padan muka dia. Redalah dengan kententuan Allah. Terus terang aku katakan mereka ini bukan tiada potensi. Cuma depa kalut nak jadi pemimpin. Kalau depa sabaq sikit dah tentu mereka ini akan jadi penganti. Sebelum ni ingat nak sokong juga depa. Tapi bila jadi macam ni tiada agenda untuk berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk geng depa. Tak kemana lah jawapnya.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.