"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, June 9, 2011

Pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahu orang Islam Pulau Pinang berpecah sesama sendiri

YB Tuan Abdul Malik Kassim bertanggungjawab sepenuhnya atas cadangan pilihanraya masjid di Pulau Pinang. PAS juga bertanggungjawab kerana membiarkan Tuan Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, selaku Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz merestu pilihanraya masjid yang boleh menghancurkan perpaduan umat Islam di negeri ini. Mengapa tidak berlaku pemilihan dalam Jaawatankuasa Pengurusan Tokong dan Kuil? Kajilah sedalam-dalam dan sehalusinya, baik atau tidak baik diadakan pilihanraya itu. Umat Islam sudah pun berpecah sesama sendiri akibat ideologi politik yang berbeda antara PAS dan UMNO melalui pilihanraya umum atau pilihanraya kecil yang dikelolakan oleh SPR.  Kerajaan pembangkang DAP-PKR-PAS menambah lagi perpecahan umat Islam dan melebar-luaskan lagi perpecahan itu hingga ke dalam masjid. Hormatilah masjid selaku rumah Allah tempat penyatuan umat Islam pelbagai ideologi politik, keturunan dan warna kulit.
Usahlah berselindung di sebalik slogan demokrasi mengembalikan kuasa kepada rakyat sedangkan rakyat khususnya umat Islam berpecah sesama sendiri. Perlu ingat, bukan ahli UMNO sahaja yang membantah malahan ramai juga di kalangan ahli PAS tidak bersetuju kerana selama ini sesetengah masjid telah pun berjalan dengan baik dan saling faham memahami. Ada imam dari kalangan orang UMNO dan ada dari kalangan PAS. Ada pengerusi Kariah dari kalangan pemimpin UMNO dan ada juga dari kalangan pemimpin PAS. Ada tempat dan masa untuk berpolitik. Tapi kerajaan DAP-PKR-PAS yang memerintah hari ini mahu orang Islam berpolitik dari atas padang atau dalam dewan hingga ke dalam masjid. Cara lama yang dibuat oleh kerajaan lama lebih baik melalui semangat musyawarah, memilih mereka yang layak, berkebolehan dan berkemampuan tanpa berpuak-puak.  Sama ada imam itu dari PAS atau UMNO tak kisah, asalkan imam itu berkemampuan dan berkebolehan menjadi imam. Perlantikan pegawai-pegawai masjid dan AJK Kariah sedia ada tidak berdasarkan parti politik. Tapi kita sangat yakin dan percaya pilihanraya masjid yang dicadangkan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS akan berteraskan kepada parti politik terutamanya antara UMNO dan PAS/PKR atau mungkin ada DAP orang Melayu yang teringin juga nak jadi Pengerusi Kariah. Apa pun kita tunggu dan lihat!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.