"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, May 3, 2011

Ulamak juga mahu berkereta besar dan mewah, itu pun salahkah?

Ustaz Omar menyatakan Nik Aziz terlalu banyak melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya kata beliau, MB Kelantan sanggup menerima kereta Mercedez yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya ialah DH 55. 
Persoalannya, "Tidak selesakah Nik Aziz dengan kereta Mercedez S320 yang bernombor DAB 80 itu?". Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakan orang yang kaya-raya.
Tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am PAS itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah Rasul?
 "Kita tidak cemburu jika kereta Mercedez baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM500,000) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula menggunakan harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulamak yang ada pada Nik Aziz?
Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam PAS, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji PAS untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah lebih 20 tahun menerajui Kelantan.
Alhamdulillah semakin ramai pengikut PAS mulai sedar akan penipuan PAS selama ini. Setiap minggu akan ada sekumpulan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Ulamak-ulamak muda pula lebih cenderung menyertai UMNO kerana mereka sedar dan tahu bahawa jasa UMNO terlalu banyak terhadap perkembang Islam di Malaysia dan di nusantara berbanding dengan PAS. 
Kata Ustaz Omar, "Kalau orang UMNO bercerita pasal keburukan PAS, orang lain kata UMNO saja-saja buat cerita. Ini kisah benar yang dibongkar sendiri oleh bekas ahli PAS yang berjawatan. Fikir-fikirlah apakah patut Kelantan terus dibiarkan kepada PAS selepas PRU13 nanti?

1 comment:

  1. masalahnya pak tam, penyokong totok pas takkan percaya tok guru mrk naik mercedes yg harga setengah juta tu sbb mrk tetap percaya tok guru mrk seorang yg zuhud, tak cintakan harta dunia, tak reti rasuah merasuah ni! apa yg tok guru dapat adalah SEDEKAH dari ahli2 yg redha krn dijanjikan syurga...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.