"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, June 28, 2011

AHLI PAS SENDIRI PERTIKAI KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN!


ARTIKEL saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia 23 Jun berhubung konsep negara berkebajikan menarik untuk diberi perhatian. Dengan membuat perbandingan sedemikian, kita percaya ia akan memudahkan kefahaman mengenai konsep dan definisi negara berkebajikan sebagaimana yang ingin dilakukan oleh Pas.

Baru-baru ini, sewaktu pulang ke Kelantan, saya sempat meninjau pandangan beberapa rakan lama yang walaupun berbeza haluan dan ideologi masing-masing tetapi masih akrab berhubung.

Selepas berbincang dengan mereka yang juga ahli Pas, ramai beranggapan isi kandungan negara berkebajikan itu sendiri bukanlah sesuatu yang begitu penting berbanding kesan yang diingini oleh kepimpinan parti tersebut setelah menilai perjalanan parti itu selepas bekerjasama dalam satu pakatan. Walaupun pandangan tersebut bukanlah mewakili pandangan majoriti dalam Pas, ia signifikan dan menarik untuk diteliti.

Perubahan strategi Pas itu bermakna mereka melakukan pengorbanan yang terlalu besar dengan meminggirkan perkara-perkara yang begitu sentimental kepada para pengikutnya.

Misalnya, sebahagian pengikut Pas di Pasir Puteh menyatakan kekesalan mereka dengan menggelarnya sebagai 'strategi mempermainkan keimanan'.

Apa tidaknya, kata mereka, setelah berhempas pulas berjuang selama 30 tahun memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiyah, tiba-tiba bertukar kepada negara berkebajikan.

Menurut mereka lagi, mendengar sebutannya sahaja pun sudah berbunyi sekular sepertimana negara kebajikan di Eropah.

Pengikut Pas ini mungkin tidak faham bagaimana perubahan itu dibuat berasaskan strategi yang dicanai hasil perbincangan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Kepada mereka, Pas ialah Pas asal yang sepenuhnya komited terhadap perjuangan penubuhan negara Islam dengan segala komponennya, termasuklah pelaksanaan hukum hudud sebagai simbol utama keislaman sesebuah negara menggantikan perlembagaan dan undang-undang tinggalan penjajah.

Lebih dikesalkan, apabila mereka membandingkan dengan dua lagi parti komponen pakatan, iaitu DAP dan PKR tidak perlu pun melakukan sebarang penyesuaian terhadap dasar mahupun strategi parti.

DAP tetap berkeras sejak dulu dengan perjuangan meritokrasi Malaysian Malaysianya manakala PKR berterusan dengan dasar sekular. Mengapakah cuma Pas sahaja yang perlu berkorban dan berkompromi sehingga menghampiri perubahan perlembagaan parti tersebut?

Rakan Pas ini juga berhujah bahawa Pas pernah dibuktikan sejarah sebagai king maker kerana kekuatan jenteranya, sehingga mampu memberi tumpang kepada PKR malah DAP dalam membawa kemenangan di sesetengah kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semasa itu, mereka tidak pun berkompromi mahupun merasa rendah diri terhadap dasar dan prinsip, mahupun strategi yang diatur oleh pemimpin parti mereka.

Mereka turut bimbang bahawa konsep negara berkebajikan ini suatu strategi yang gopoh, yang tidak dicerna dalam perbincangan dengan semasak-masaknya.

Pengikut tidak dimaklumkan sebarang perubahan, sehinggalah tiba-tiba diumumkan dalam ucapan dasar presiden dalam muktamar berkenaan.

Paling membimbangkan ialah apa yang dibuat akan kelihatan kepada rakyat Malaysia, Pas bukan lagi parti yang sepenuhnya memperjuangkan Islam.

Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.

Sunday, June 26, 2011

AMBIGA, MAJLIS PEGUAM DAN KHALID SAMAD YANG BERMASALAH!

Siapakah Ambiga sebenarnya yang mengetuai perhimpuanan BERSIH pada 9 Julai 2011? Wanita ini merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, manusia inilah yang telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.  Baca sini!
Majlis Peguam mempertikaikan tindakan Hakim Mahkamah Sesyen. Pihak mahkamah perlu melihat tindakan itu sebagai menghina mahkamah. Majlis Peguam eloklah didaftarkan semula sebagai sebuah parti politik berpakat dengan PKR, PAS dan DAP di bawah sebuah parti Pakatan Rakyat yang masih bergerak secara haram.  Dengan cara itu Majlis peguam dapat membantu banyak rakyat dengan tidak lagi mengenakan yuran khidmat guaman.   
Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pun juga bermasalah. Hidup dan matinya dengan politik. Mimpi dia pun mimpi politik. Fikirannya jadi politik. Misi kemanusiaan ke Gaza pun katanya politik. Tengoklah dia akan mati dengan politik. Takut nak dapat pahala dapat bala! Nauzubillahi minzalik.

Monday, June 20, 2011

UMNO Bahagian tidak akan aman sampai bila-bila....

Dengar cerita semalam, ucapan penangguhan persidangan agung UMNO bahagian pada kali ini cukup hebat mungkin yang paling hangat dalam sejarah Umno di bahagian ini. Mungkinkah para perwakilan yang hadir kali ini rasa tidak begitu selesa kerana suasana dalam dewan yang tidak begitu sejuk? Atau mungkin para perwakilan yang datang kali ini membawa bersama-sama isu yang hangat menggeledak, menunggu waktu dan ketika untuk melepaskannya? Walau hangat mana pun isu atau masalah yang hendak dibawa, biarlah dapat disampaikan secara yang bersopan dan beradab. Utarakan dengan penuh rasa jujur dan ikhlas agar pemimpin-pemimpin yang dikritik dan perwakilan yang mendengarnya boleh menerimanya dengan rasa hormat.
Pemimpin bahagian telah dikritik kerana dikatakan tak boleh buat kerja termasuklah wakil-wakil rakyat yang ada. Mungkin ada yang benar dan mungkin tidak benar atau mungkin kurang tepat. Harap-harap ucapan para perwakilan itu lahir dari hati yang ikhlas dan jujur sebagai ahli UMNO yang mahu melihat UMNO semakin bertambah kuat dan dekat di hati rakyat. Jangan pula sebaliknya persidangan agung UMNO menjadi tempat melepaskan geram dan dendam oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Sepatutnya persidangan agung Umno tempat kita melontarkan idea dan pandangan yang membina khusus berkaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum. Mencari jalan dan usaha menguatkan parti, jentera pilihanraya, menambahkan pengundi-pengundi, mengadakan program-program ceramah, aktiviti-aktiviti dan sebagainya yang kita lihat parti pemerintah (Pakatan Rakyat) telah lama dan semakin giat jalankan dari masa ke semasa. Tapi UMNO masih bercakar sesama sendiri. UMNO akan lemah jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak bersatu. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lama dan yang baru, yang menang dan kalah perlu duduk semeja mencari jalan perdamaian dan penyatuan. Jangan kita berdendam sesama sendiri. Yang kalah tu, terimalah kekalahan itu seadanya. Mungkin pemilihan akan datang jika ada peluang dan rezeki, kita pula yang akan jadi pemimpin. Dan pihak yang kalah pula pada masa itu sudah tentu akan menerima keputusan kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Itulah yang sepatutnya berlaku. Jika pemimpin UMNO sentiasa berdendam, tunggu masa nak tibai dan balun maka akhirnya UMNO bahagian itu tidak akan aman sampai bila-bila.
Harus ingat, jika UMNO bahagian lemah, yang dipersalahkan bukan ahli-ahli UMNO. Kekuatan UMNO terletak sepenuhnya atas bahu pemimpin bahagian. Setelah mandat diberikan oleh para perwakilan, terpikullah tanggungjawab itu kepada pemimpin UMNO yang dipilih. Ahli-ahli UMNO hanya dapat melihat dari jauh dan dekat. Jika UMNO bahagian sekian lama masih tidak berubah, sudah tentu memberi ruang untuk pihak lain mengkritik kita. Jangan beri peluang pihak lain mengkritik kerana mereka ada hak mengkritik. Sikit-sikit kritik itu biasalah. Terimalah kritikan itu dengan hati yang terbuka, jangan mudah melenting. Ada kritikan mempunyai niat yang baik. Jangan masalah kecil jadikan masalah itu lebih besar. Akhirnya sakit yang sikit menjadi parah.
Pemimpin UMNO perlu mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah terutamanya masalah dalaman parti. Jangan pandang mudah sebab PRU yang akan datang, UMNO/BN akan berhadapan dengan parti pemerintah di Pulau Pinang. Demi kekuatan parti memastikan calon UMNO/BN menang, mana-mana pihak perlu korbankan kepentingan diri. Pandangan semua pihak perlu didengar dan diteliti mahupun ianya pahit. Paling penting, semua yang bertelagah dapat kembali bersatu, parti dapat diperkukuhkan, jentera pilihanraya dapat digerakkan dan akhirnya calon Pakatan Rakyat dapat dipatahkan dalam PRU13 yang kian hampir.

Sunday, June 19, 2011

Blog UMNO Balik Pulau akan disaman kerana memfitnah?

Para perwakilan menyanyi lagu "Negaraku"

Blog UMNO Balik Pulau yang telah berhenti operasi pada 16 Mac 2011 akan disaman oleh bekas Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau. Tak tahu kenapa, semasa minum pagi sebelum persidangan agung UMNO bermula pagi ini, dia beritahu kawan-kawan yang seminum semeja bahawa "dia nak saman blog UMNO Balik Pulau". Tanpa melihat muka, dia bercakap kuat mahu kita mendengarnya. Kita faham kerana kita bukan budak tadika. Tapi kita dengar cerita ini (nak saman) sudah lama sejak dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian. Kira-kira 2 tahun yang lalu, tapi cerita itu akhirnya diam begitu sahaja.
Rupa-rupanya cerita itu tidak ke titik nokhtahnya. Beliau masih berdendam. Dua tahun berlalu masih dalam ingatan beliau. Hari ini dia nak saman pula blog tersebut. Siapalah kita sekadar ahli UMNO biasa. Sudah tentu tidak layak menasihati beliau, bekas ketua pemuda UMNO. Beliau yang berpengalaman dan berpengaruh tentu sekali telah pun memikir semasak-masaknya sebelum menimbangkan sesuatu tindakan yang akan diambil.
Selaku pemimpin NGO dan juga bekas pemimpin pemuda UMNO dan mungkin bakal pemimpin masa depan UMNO kita perlu sanggup  menerima kritikan. Adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Terimalah ketentuan Allah SWT. Jika Allah SWT menghendaki kita menang maka kita akan menang biarpun banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi. Jika kita asyik menyalahi orang lain, sampai bila pun kita tidak akan berjaya.
Ucapan Perasmian oleh DS Shafie Afdal
UMNO/BN akan jadi lemah dan kalah jika sesama ahli UMNO masih menyimpan sikap berdendam dan berpuak-puak atau tidak bersatu. Inilah antara sebab golongan profesional Melayu tidak berminat dengan politik UMNO. Ahli-ahli UMNO yang bercita-cita nak jadi pemimpin besar termasuklah nak jadi calon wakil rakyat tidak boleh sama sekali memiliki sifat-sifat dendam dan berpuak-puak sedangkan kita berada dalam satu parti dan satu dasar perjuangan. Sebenarnya kawan-kawan yang kita bencilah yang akan membantu kita. Kawan-kawan yang kita berdendamlah yang akan menolong kita suatu masa nanti. Apakah kita tidak terlintas nak jadi pemimpin parti suatu hari nanti? Adakah kita tidak terlintas untuk menjadi calon wakil rakyat suatu masa nanti? Ingatlah pesanan Timbalan Ketua Bahagian merangkap ADUN Bayan Lepas dalam pembentangan usulnya bahawa beliau akan pastikan calon BN di DUN Bayan Lepas akan menang walaupun beliau tidak lagi dicalonkan untuk bertanding dalam PRU yang akan datang. Begitu juga ucapan Ketua Bahagian yang meminta semua ahli UMNO bersatu untuk pastikan calon UMNO/BN berjaya di semua DUN dan merampas kembali parlimen Balik Pulau. Manakala DS Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO Pusat dalam ucapan perasmiannya kira-kira jam 1.30 petang tadi pula melahirkan rasa bimbang akan kedudukan orang Melayu yang berpecah sesama sendiri. Sudahlah ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP. Dalam UMNO sendiri pun Melayu berpecah, dalam PAS juga Melayu berpecah dan dalam PKR pun Melayu berpecah.
Semua pemimpin UMNO/BN meminta semua ahli perwakilan berfikiran matang dan terimalah keputusan sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon. Untuk kekuatan UMNO/BN semua ahli kena akur dengan keputusan Presiden parti. Gerakerja parti diperkuatkan di semua peringkat parti, keahlian ditambah, kepimpinan parti dimantapkan serta sentiasa turun ke bawah melihat masalah rakyat. Sebaliknya jika ada pihak yang berperanan umpama "duri dalam daging" atau "api dalam sekam", sudah pasti calon BN/UMNO akan menghadapi jalan yang sukar dalam PRU yang akan datang.

Friday, June 17, 2011

YB Zulkifli Noordin komen pasal 'Ulamak Kartun'!


 ULAMAK KARTUN
Salam 2 all.

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama', yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A'raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan 'ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para 'ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab "kami tak tau!!!".

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan 'ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan 'ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam! [selanjutnya Klik sini]

PILIHANRAYA MASJID DI PULAU PINANG

Berita terkini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja memutuskan Pilihanraya Masjid di Pulau Pinang ditangguh  hingga Disember 2012. Apakah benar?

Wednesday, June 15, 2011

Pakatan Rakyat kerja kuat temui rakyat di Pulau Pinang!

Di suatu taman perumahan, ahli MPPP bersama dengan penyelaras DUN serta ketua-ketua pemuda PR telah turun menemui penduduk. Bersama mereka, pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Kebajikan, Pemaju Perumahan dan sebagainya. Ramai penduduk dikumpulkan, masalah penduduk ditanya dan diselesaikan secepat mungkin. Pada masa yang sama, mereka mengedarkan Borang Pendaftaran Warga Emas. Sama ada sumbangan RM100 kepada setiap warga emas untuk rasuah politik menjelang PRU13 atau sebaliknya itu bukan masalah mereka lagi.
Masalah sebenarnya apakah pemimpin UMNO/BN sedar bahawa pemimpin PR telah turun menemui rakyat secara agresif. Mampu atau tidak PR menyelesaikan masalah penduduk, bukan jadi isu kepada penduduk. Paling penting pemimpin mereka dapat turun ke bawah berjumpa dan berjanji menyelesaikan masalah mereka. Untuk menang dalam PRU13 akan datang, pemimpin PR sanggup menabur pelbagai janji meskipun ada permintaan penduduk yang sukar dipenuhi oleh PR. Itulah cara Pakatan Rakyat memerintah. Cara pemimpin CAT bekerja. Buat kerja kena bagi tahu kepada rakyat. Nak bagi sumbangan kena hebahkan kepada rakyat. Nak beri biasiswa kena heboh-hebohkan melalui banner-banner di pasang di tepi jalanraya. Biar gah seluruh dunia tahu kerajaan Pakatan Rakyat sedang giat berjumpa dan membantu rakyat. Rakyat akan terpesona dan terpengaruh cara PR bekerja. Kita dapat lihat kerajaan PR terlalu banyak program bermotifkan politik kerana mereka tahu bahawa PRU13 tidak lama lagi. 
Sebaliknya UMNO/BN asyik bercakap pasal calon. Ada pula pemimpin UMNO tanpa segan dan malu melobi diri sendiri nak jadi calon BN. Walau bagaimanapun kebanyakan wakil-wakil rakyat BN terutama UMNO kuat bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat cuma mereka buat kerja tak heboh2 seperti pemimpin PR. Mereka ikhlas dan jujur kepada rakyat. Jika tak boleh, mereka akan kata tak boleh. Tidak berjanji seperti pemimpin PR yang berjanji semua boleh. Yang tak boleh pun kata boleh. Paling penting rakyat akan undi calon PR dalam PRU yang akan datang. Apakah pemimpin BN/UMNO sanggup melakukan seperti itu?

Kegilaan pembangkang ke Putrajaya!

AMAT lucu apabila ada pemimpin pembangkang masih percaya mereka sebenarnya yang menang pada pilihan raya umum lalu. Walaupun sudah lebih tiga tahun berlalu, bahkan pilihan raya umum yang baru semakin hampir, mereka masih enggan percaya kepada hakikat bahawa majoriti rakyat telah menolak mereka.
Sehingga sekarang, mereka masih mendakwa kemenangan BN atas faktor bernasib baik kerana diselamatkan antaranya oleh undi pos dan ‘undi masyarakat Felda yang tertutup’. Tak hairanlah lambang pusat pentadbiran Putrajaya pun semakin meriah digunakan dalam kempen-kempen politik mereka.
Impian menawan Putrajaya seperti tak pernah luput dalam setiap gerak langkah pembangkang. Maka, Malaysia pun buat pertama kali dalam sejarah terperangkap dalam aktiviti berkepentingan politik, kempen memancing undi dan menonjolkan diri tanpa henti. Demam pilihan raya seolah-olah sentiasa mengitari kehidupan kita.
Manipulasi 16 September, yang gagal memartabatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri rupa-rupanya tak pernah melenyapkan kegilaan mereka untuk menawan Putrajaya. Maka, banyaklah yang mereka terus manipulasikan – agama, bangsa dan negara – demi mengejar impian itu.
Tatkala rakyat mahu merasai angin segar bebas politiking (tamat tempoh pilihan raya kecil), kita bakal dibebankan pula dengan rancangan pembangkang mahu menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 9 Julai ini.
Jumlah yang disasarkan untuk menyertai himpunan yang mereka namakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2) ini amat besar iaitu 300,000 orang. Bayangkan mengelegaknya Kuala Lumpur jika benar angka itu dapat dicapai.
Pas, yang sudah menggugurkan perjuangan negara Islam dan kini didominasi oleh golongan Anwarinas paling galak mempromosikan demonstrasi ini. Tak kalah, muktamar parti orang Melayu dan Islam ini meluluskan usul demonstrasi jalanan tersebut.
Dan, ia akan menjadi agenda utama jentera baru Pas, Mohamad Sabu kerana kemampuan sebenarnya sebagai seorang Timbalan Presiden dan pakar demonstrasi akan diukur daripada demonstrasi ini. Secara tidak langsung, demonstrasi ini sudah menjadi agenda peribadi yang diselubungi matlamat politik.
Mat Sabu yang sejak sekian lama menjadi ayam sabung Pas dan turut diuar-uarkan sebagai antara calon pengganti ketua pembangkang jika sesuatu berlaku kepada Anwar nampaknya tidak mahu berundur walaupun setapak untuk menganjurkan demonstrasi itu.
Mat Sabu dan pembangkang serta NGO pro pembangkang tahu kesan tunjuk perasaan yang selalunya menjadi momentum kepada kejatuhan kerajaan. Itulah biasanya matlamat dan hala tuju penaja demonstrasi seperti yang banyak berlaku di luar negara. Mungkinkah itu tujuan sebenar mereka?
Himpunan Bersih ini yang mendapat tentangan banyak pihak sudah menjadi isu keselamatan negara. Dalam himpunan beremosi dengan orang seramai itu, tidak mungkin sebarang tindakan provokasi boleh dikawal. Alhasil polis jugalah nantinya yang menjadi sasaran.
Enam tuntutan pilihan raya bersih dan telus yang dijadikan modal untuk demonstrasi itu tidak lebih hanya wayang untuk mengaburi orang Melayu yang menjadi peserta terbesar perhimpunan. Mengapa perlu mengerahkan ribuan orang dan terdedah pula dengan rusuhan dan huru-hara, jika hanya mahu mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong?
Hak untuk bersuara memang diperuntukkan oleh undang-undang tetapi ia perlu dilakukan secara bijak dan berhemah melalui saluran yang disediakan. Paling bagus, gunalah Parlimen. Rakyat telah memberikan mereka suara yang signifikan untuk membuat apa jua desakan. Jika tujuannya ‘untuk kepentingan rakyat dan negara’ tiada alasan ia ditentang.
Jika mampu mengatur strategi yang serba rumit menggerakkan demonstrasi, mengapa pula mereka tidak boleh ‘menggempur’ Parlimen semaksimum mungkin dengan hujah dan fakta agar tuntutan mahupun pemikiran mereka diterima. Parlimen adalah gelanggang terbuka dan tempat wakil rakyat menyuarakan pendapat mereka.
Jika tujuannya mahu menghantar memorandum, cukuplah dengan menghantar wakil yang berkaitan sahaja. Bukan memanipulasi rakyat sebagai benteng memenuhi kehendak politik mereka. Mengapa perlu mengerahkan kekuatan sehingga 300,000 orang? Apa sebenarnya yang mahu ditunjukkan, tuntutan atau kekuatan mereka menjelang pilihan raya umum ini?
Benarkah pilihan raya di Malaysia tidak adil dan telus, sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui badan itu akan sentiasa melakukan transformasi berdasarkan keperluan? Hujah mudah yang selalu digunakan ialah, jika tidak adil dan telus, tidak mungkin pembangkang ‘akan dibenarkan’ menawan negeri kaya Selangor dan Pulau Pinang. Jika begitu, tidak mungkin Kelantan dapat terus digenggam Pas.
Kemenangan dan diikuti kekalahan demi kekalahan pembangkang dalam siri pilihan raya kecil juga menjadi alasan kukuh bahawa parti kerajaan boleh kalah dan boleh menang. Janganlah apabila mereka kalah, sistem yang sama disalahkan tetapi mengiktirafnya ketika menang.
Kalaupun mahu menang pilihan raya umum akan datang, binalah momentum dengan cara berhemah. Ya, demonstrasi adalah cara mudah dan dibenarkan oleh undang-undang tetapi dalam ‘situasi sekarang’ kesan negatifnya begitu besar.
Tatkala pembangkang dan kumpulannya mahu demokrasi dihormati, mereka perlu terlebih dahulu mendukung sebarang tindakan untuk menegakkan undang-undang. Hormatilah penguat kuasa undang-undang, jika mereka diminta membatalkan demonstrasi itu.
Parti politik juga perlu melakukan pendidikan politik agar penyokong mereka memahami apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Janganlah terus-terusan membuat provokasi agar rakyat marah dengan harapan nantinya mereka akan membalas dendam melalui undi.
Wahai pembangkang, janganlah terus memperlihatkan bahawa politik kita masih dikendalikan oleh kepentingan yang menghalalkan segala cara. Janganlah terus memanipulasi demokrasi hanya kerana kegilaan mahu ke Putrajaya. 
Sumber: Utusan Malaysia 14/6/2011

Sunday, June 12, 2011

Kafirkan UMNO: Bekas anak buah TG Nik Aziz sedia buktikan!

Oleh S.A Najmuddin

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Ulama Pas, Datuk Ghazali Hj Ahmad hari ini berdoa dan memohon agar Mursydidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan hidayah oleh Allah s.w.t agar beliau  mengingati  kembali kisah-kisah silam dan segala tutur katanya terhadap UMNO.

Menurutnya, jika Nik Aziz sudah lupa, beliau sedia tampil ke depan untuk menjelaskan apa yang pernah dibuat  dan dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan sebelum ini sehingga menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam selain orang-orang Pas tidak memakan penyembelihan orang UMNO.

“Begitu juga dengan akad nikah dua kali kerana penyokong Pas beranggapan imam nikah yang dilantik oleh kerajaan tidak sah untuk dijadikan imam. Begitu juga dengan “amanat Hj Hadi” yang diucapkan di banggol Paradong satu ketika dulu. Apakah Nik Aziz sudah lupa.

“Bagaimana pula dengan kenyataan UMNO tolak Islam serta kenyataannya  yang menyebut mereka yang tidak  mengundi Pas dianggap jahiliah. Bukankah ini semua adalah tuduhan bahawa UMNO itu adalah kafir.

“Saya bagi contoh, kita mengatakan seseorang itu tidak cerdik maknanya dia memang bodoh dan tidak semestinya kita mengatakan seseorang itu bodoh barulah dianggap bodoh. Inilah perumpamaan terhadap apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz terhadap UMNO. Jika beliau mahukan penjelasan dan bukti, saya sedia pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penafian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  bahawa beliau tidak mengkafirkan UMNO dan meminta bukti dikemukakan.

Penafian tersebut terkandung di dalam reaksi balas  Mursyidul Am Pas  yang mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar Utusan semalam.

Tun Dr. Mahathir semalam dilaporkan berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Datuk Ghazali yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu seterusnya menambah “Hukum” dan “Fatwa” Nik Aziz adalah untuk kepentingan politik kepartian Pas semata-mata dan bukannya untuk kekpentingan umat Islam sejagat.

“Saya dah lama bersama Nik Aziz dan tahu segala tingkah laku beliau. Cuba kita perhatikan betul-betul segala “fatwa”nya diucapkan di atas pentas ceramah dan pentas politik sahaja. Itulah Nik Aziz,” katanya.

Saturday, June 11, 2011

Kejatuhan Negara Islam PAS di tangan DAP!

Kejatuhan negara Islam Pas
1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala Pas" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang Pas menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.
2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam Pas menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka Pas menggugur Negara Islam Pas, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong Pas dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.
3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas, Nik Aziz tidak terima UMNO.
4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan Pas.
5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong Pas akan turut dimana sahaja pemimpin Pas bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi Pas.
6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan Pas untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.
7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya Pas dan Nik Aziz menolak Negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.
8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana Pas mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong Pas menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas.


Dipetik daripada blog Tun Dr Mahathir Mohamad

Friday, June 10, 2011

SIAPA KATA PAS PUNCA UMAT ISLAM/MELAYU BERPECAH SESAMA SENDIRI?

UMNO didakwa kafir, taghut, anti Islam, yahudi, mengamalkan perlembagaan penjajah kerana mahu orang Islam menjauhkan diri dari UMNO. PAS pula dilaung-laungkan sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan untuk menegakkan Islam, usaha menubuhkan negara Islam, kilang-kilang arak akan ditutup, hukum hudud akan dilaksanakan, lesen-lesen judi akan dihapuskan hingga umat Islam percaya dan yakin bahawa PAS sebuah parti amat ikhlas dalam perjuangannya.
Umat Islam akhirnya menjadi dua puak besar, puak PAS dan UMNO. Pulau memulau berlaku, solat jemaah berlaku dua imam, ada sesetengah tempat ada dua surau, satu warna hijau dan satu lagi warna biru, kenduri kahwin pula memilih, kenduri rumah siapa, orang kita atau orang depa? Kalau orang kita pergi awal balik lambat tapi kenduri orang depa pi lambat balik awal, sekadar tunjuk muka sebagai jiran atau kawan yang tak ikhlas. Bukan setakat solat berjemaah di surau dan masjid menjadi dua imam malahan urusan jenazah pun berpuak-puak. Jika puak hijau, ditakbirkan 3 x menunjukkan si mati adalah orang kita. Sudah pasti mengikut fatwa TG Nik Aziz sokong PAS masuk syurga. Jika orang UMNO mati, ada yang boikot lihat jenazah dari jauh sahaja walaupun satu kampung atau jiran sebelah rumah.
Inilah yang berlaku kepada umat Islam hari ini akibat dakwa-dakwi PAS terhadap UMNO. Seolah-olah UMNO bukan orang Islam malahan  UMNO itu lebih kafir daripada DAP. Itulah yang membenarkan orang Islam bersahabatkan dengan DAP daripada bersahabat baik dengan UMNO. Dengan kata lain, orang Melayu lebih baik jadi ahli DAP daripada jadi ahli UMNO. Itulah hakikatnya yang berlaku sekarang. Orang Melayu yang kuat suatu masa dulu kini semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri angkara isu hukum hudud dan negara Islam yang dibawa oleh PAS dan pemimpinnya.
Tapi semasa Muktamar PAS baru-baru ini, Presiden PAS telah mengejutkan semua orang Melayu terutama ahli PAS yang taksub kepada perjuangan asal PAS. Perjuangan PAS bukan lagi sebuah negara Islam kerana TG Haji Hadi menegaskan kepada perwakilan PAS bahawa dalam al-Quran tidak sebut pun 'negara Islam'. Eloklah sesudah umat Islam berpecah belah dan berpuak-puak lebih 30 tahun hingga menjadi bangsa yang terlalu lemah baru Presiden PAS dapat mengkhatamkan al-Quran dan menjelaskan kepada perwakilan bahawa hanya 'negara berkebajikan' mengikut kehendak Islam atau al-Quran. Kenapa jadi begitu? Jawapannya mudah sahaja, iaitu:
1. Semasa PAS bersendirian, UMNO menjadi halangan. Nak lawan UMNO mesti menggunakan isu agama seperti hukum hudud dan negara Islam. Biarpun mereka tahu bahawa UMNO juga orang Melayu dan Islam tapi kerana politik untuk berkuasa, pemimpin PAS perlu menafikan bahawa UMNO itu juga baik dan memperjuangkan Islam seperti yang kita dapat saksikan hari ini. PAS tidak takut mereka-reka isu dan malahan fitnah terhadap UMNO kerana mungkin jaminan syurga oleh TG Nik Aziz menyebabkan "matlamat menghalalkan cara".
2. Semasa PAS bersama Pakatan Rakyat. PAS memahami dasar perjuangan PAS dan DAP ibarat langit dengan bumi. Satu perjuangkan Islam dan satu lagi anti Islam. Dasar perjuangan DAP begitu konsisten semasa bersendirian mahupun semasa berada dalam Pakatan Rakyat. DAP tidak takut untuk keluar Pakatan. Sebaliknya PAS takut keluar daripada Pakatan. PAS memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu. Untuk serasi dengan dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP dan PKR, PAS terpaksa mengorbankan dasar perjuangan asalnya. PAS menjadi parti yang semakin liberal hingga dulu tak boleh tapi hari ini dah boleh. Semua ini kerana PAS mempertuhankan politik untuk berkuasa, sanggup tunduk dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang langsung tidak menyebut tentang penubuhan negara Islam.
Begitulah PAS yang kita kenali hari ini, PAS yang menolak kepimpinan ulamak. PAS yang mempertahankan pemimpin rasuah, mengamalkan seks luar tabii, dikaitkan dengan kes khalwat dan sebagainya. PAS yang  sanggup menggadaikan dasar perjuangan asalnya. PAS yang menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, menolak persahabatan sesama umat Islam demi kerana politik untuk berkuasa. Rakyat terlalu bimbang, mungkin PAS untung dalam jangkamasa yang pendek tapi dalam jangkamasa yang panjang PAS akan rugi. Umat Islam akan menanggung kerugian akibat perhitungan salah yang dilakukan oleh PAS. Apakah umat Islam di Malaysia sekali lagi mahu masa depan anak, cucu cicit mereka sekali lagi dicatur oleh kepimpinan PAS hari ini yang ingin mencuba pula dengan perjuangan 'negara berkebajikan'. Jika 'negara Islam' pun PAS gagal, apatah lagi dengan negara berkebajikan sedangkan pemerintahan BN sekarang ini  telah lama melaksanakannya. Yang pasti perjuangan PAS ibarat "Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran".

Thursday, June 9, 2011

Pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahu orang Islam Pulau Pinang berpecah sesama sendiri

YB Tuan Abdul Malik Kassim bertanggungjawab sepenuhnya atas cadangan pilihanraya masjid di Pulau Pinang. PAS juga bertanggungjawab kerana membiarkan Tuan Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, selaku Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz merestu pilihanraya masjid yang boleh menghancurkan perpaduan umat Islam di negeri ini. Mengapa tidak berlaku pemilihan dalam Jaawatankuasa Pengurusan Tokong dan Kuil? Kajilah sedalam-dalam dan sehalusinya, baik atau tidak baik diadakan pilihanraya itu. Umat Islam sudah pun berpecah sesama sendiri akibat ideologi politik yang berbeda antara PAS dan UMNO melalui pilihanraya umum atau pilihanraya kecil yang dikelolakan oleh SPR.  Kerajaan pembangkang DAP-PKR-PAS menambah lagi perpecahan umat Islam dan melebar-luaskan lagi perpecahan itu hingga ke dalam masjid. Hormatilah masjid selaku rumah Allah tempat penyatuan umat Islam pelbagai ideologi politik, keturunan dan warna kulit.
Usahlah berselindung di sebalik slogan demokrasi mengembalikan kuasa kepada rakyat sedangkan rakyat khususnya umat Islam berpecah sesama sendiri. Perlu ingat, bukan ahli UMNO sahaja yang membantah malahan ramai juga di kalangan ahli PAS tidak bersetuju kerana selama ini sesetengah masjid telah pun berjalan dengan baik dan saling faham memahami. Ada imam dari kalangan orang UMNO dan ada dari kalangan PAS. Ada pengerusi Kariah dari kalangan pemimpin UMNO dan ada juga dari kalangan pemimpin PAS. Ada tempat dan masa untuk berpolitik. Tapi kerajaan DAP-PKR-PAS yang memerintah hari ini mahu orang Islam berpolitik dari atas padang atau dalam dewan hingga ke dalam masjid. Cara lama yang dibuat oleh kerajaan lama lebih baik melalui semangat musyawarah, memilih mereka yang layak, berkebolehan dan berkemampuan tanpa berpuak-puak.  Sama ada imam itu dari PAS atau UMNO tak kisah, asalkan imam itu berkemampuan dan berkebolehan menjadi imam. Perlantikan pegawai-pegawai masjid dan AJK Kariah sedia ada tidak berdasarkan parti politik. Tapi kita sangat yakin dan percaya pilihanraya masjid yang dicadangkan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS akan berteraskan kepada parti politik terutamanya antara UMNO dan PAS/PKR atau mungkin ada DAP orang Melayu yang teringin juga nak jadi Pengerusi Kariah. Apa pun kita tunggu dan lihat!

Wednesday, June 8, 2011

PAS gostan belakang sebaliknya DAP pecut ke depan!

Tahniah kepada Karpal Singh kata Tun Mahathir kerana apa? [Baca sini selanjutnya] Pemimpin dan penyokong PAS sekian lama yang memperjuangkan Islam, hukum hudud dan tubuhkan negara Islam tidak perlu lagi melangkah mayat Karpal Singh. Dengan begitu mudah Presiden PAS, Hj Hadi Awang memberi tahu kepada orang Melayu, orang Islam bahawa dalam al-Quran tidak disebut pun mengenai negara Islam. Terpinga-pinga penyokong fanatik PAS di seluruh pelusuk negara. Sudah lebih dua dekad pemimpin PAS mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO (belum tarik balik fatwa tersebut) hanya kerana UMNO didakwa menolak negara Islam. Apakah PAS juga akan jadi kafir seperti UMNO apabila Presiden PAS sendiri mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan dan bukan lagi sebuah negara Islam? Inikah yang dikatakan mengatakan orang kafir akhirnya kafir itu akan balik kepada diri sendiri? Jika ini berlaku dan merupakan cerita yang benar, siapakah yang menanggung dosa hingga orang Melayu/Islam hari ini berpecah belah sesama sendiri disebabkan hanya isu negara Islam dan hukum hudud yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri?
Kenapa dengan UMNO, PAS dengan tegas dan lantang memperjuangkan negara Islam, mendakwa UMNO kafir kerana bersubahat dengan orang kafir seperti MCA, MIC dan Gerakan? Jika masih ingat, Tun Mahathir semasa menjadi PM, beliau berani mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa mendapat tentangan oleh pemimpin parti komponen BN yang lain. Tapi kita hairan amat hairan sesekali hairan, tiba-tiba PAS boleh gostan ke belakang! Takutkah Haji Hadi kepada Karpal Singh? Sanggup korbankan perjuangan asal PAS sekian lama hanya kerana mendapat undi untuk kuasa politik. Rata-rata ahli PAS akar umbi kecewa malahan ramai cendiakawan Islam kecewa kerana PAS telah hilang roh atau identitinya. PAS sudah terbabas dari dasar perjuangannya. PAS bukan lagi sebuah parti Islam sebaliknya samalah parti-parti lain seperti DAP dan PKR. Jika tidak kenapa PAS sanggup korbankan asas penubuhan dan perjuangan parti PAS yang dipimpin oleh golongan ulamak sekian lama. Ulamak ditolak sebaliknya golongan edrogan, pro Anwarisme telah menguasai PAS. Tak perlu berdolak dalih lagi. Pemimpin yang pernah dikaitkan dengan kes khalwat dan penyelewengan tabung Memali telah dipilih sebagai No.2 dalam kepimpinan PAS. Bayangkanlah apa yang pembangkang akan kata dan dakwa jika Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden UMNO? Seluruh masjid dan surau, padang dan bendang, kedai kopi dan pasar malam riuh pasal Timbalan Presiden UMNO baru yang dilantik adalah pemimpin yang bersekedudukan dengan isteri orang dan terlibat dengan penyelewengan tabung Memali.
UMNO tidak takut kerana orang Melayu/Islam dapat menilai sejauhmana keikhlasan PAS memperjuangan hak keistimewaan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia ini. UMNO tetap konsisten dalam memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan memelihara kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan mengikut perlembagaan Malaysia. Malahan pemimpin UMNO tidak gentar untuk mengatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh kepada negara Islam lain di dunia. Namun yang menang dan paling gembira adalah Karpal Singh atau DAP. Golongan kafir harbi ini boleh melangkah laju lebih jauh ke hadapan kerana sahabat mereka (PAS) telah gostan ke belakang memberi laluan kepada mereka (DAP dan PKR). Walaupun PAS mengatakan ini strategi parti tapi kebanyakan orang Melayu/Islam melihat strategi PAS itu memakan diri sendiri. Tunggu dan lihat! 

Monday, June 6, 2011

PAS kepimpinan bukan ulamak tarik balik fatwa UMNO itu kafir!

Jika ditanya kepada pemimpin tertinggi PAS termasuklah Presiden dan Timbalan Presidennya yang baru, sudah tentu mereka mati-matian akan menafikannya. Mereka akan tegas mengatakan PAS sebuah parti Islam, sebuah parti yang tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan. Tapi yang kita lihat sendiri, dengan mata kepala kita sendiri, dengan pengalaman dan pemerhatian yang kita lalui, melalui ceramah-ceramah PAS yang kita ikuti, melalui media Harakah PAS yang kita baca, melalui perbualan kawan-kawan kita yang masih dalam PAS ternyata jelas bahawa PAS sudah menggadaikan prinsip perjuangan asalnya. Kenapa tidak?  Sudah tidak kedengaran lagi dalam Muktamar PAS baru-baru ini pemimpin PAS bercakap pasal penubuhan sebuah negara Islam, hukum hudud dan sebagainya. Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tunjang kepada pemerintahan BN menjadi sasaran dengan cercaan dan maki hamun keranat bersekongkol dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Fatwa-fatwa sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh ulamak-ulamak PAS terutama TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz bertujuan untuk menghapuskan UMNO dan sebaliknya menunjukkan PAS benar-benar ikhlas menegakkan hukum Allah berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.  Pada masa itu PAS sangat tegas melalui kepimpinan ulamaknya mendepani usaha menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia.
Masih ingatkah kita dulu, TG Nik Aziz pernah menggelarkan UMNO sebagai parti kafir kerana UMNO menolak negara Islam. Ini petikan kata-kata TG Nik Aziz:
"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
"Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.
Sebusuk-busuk UMNO pun, masa Tun Mahathir jadi PM (digelar oleh blogger-blogger PAS sebagai Mahafiraun dan Mahazalim) beliau berani mengishtiharkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam malahan menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di dunia. Ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin-pemimpin negara Islam. Tapi PAS dengan sombong menafikannya. Malahan DAP pula melalui Karpal Singh mengatakan " Langkah mayatnya dulu jika mahu menubuhkan negara Islam". 
Tapi apakah PAS lakukan dan laksanakan di Kelantan dan di Kedah selepas memerintah lebih 20 tahun di Kelantan? Apakah PAS dapat jadikan negeri Kelantan sebuah negeri Islam contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia? Hanya sekadar gelaran 'negeri Serambi Mekah' tapi kegiatan maksiat, kes-kes rogol, sumbang mahram, zina tetap menunjukkan jumlah kes yang lebih kurang sama dengan negeri-negeri lain. Rakyat lebih miskin dan bertebaran mencari nafkah di negeri-negeri lain di Malaysia. Masalah pengangguran terus berlaku. Masalah air bersih tidak dapat diatasi. Rasuah dalam kerajaan PAS mahupun PKR juga berlaku malahan lebih dahsyat lagi. Kes kematian Toh Beng Hock dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan ada unsur salahguna kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin negeri. Kronism dalam kerajaan PAS di Kelantan juga berlaku. Macam mana wakil-wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin PAS berkereta besar-besar yang mewah jika sekadar elaun wakil rakyat sebenarnya tak mampu begitu.  Tapi jika wakil rakyat UMNO begitu maka didakwan makan rasuah. Jika pemimpin PAS yang kaya itu rezeki Allah jika ada rasuah itu bukan rasuah itu sedekah jariah. 
TG Haji Hadi pula dalam ucapan di Muktamar PAS baru-baru ini kata PAS tidak akan melaksanakan negara Islam kerana ianya tak disebut dalam al-Quran. Mengejutkan kita semua rakyat Malaysia terutama puak-puak yang menyokong dan taksub dengan perjuangan PAS selama ini. Puak-puak ini benar-benar percaya dan yakin bahawa PAS memperjuangkan Islam (menubuh sebuah negara Islam). Sehingga puak-puak ini sanggup dan berani mengatakan UMNO kafir laknatullah! Kerana pemimpin UMNO tolak Islam. Sapa kata Nik Ajis kata, dan Haji Hadi yang kata. Pandangan tokoh-tokoh Islam lain mereka tak mahu terima. Mungkin ilmu tokoh agama seperti Felo Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady tidak setinggi ilmunya dengan Nik Aziz. 
Suara ulamak dalam PAS sudah tidak ada lagi. Yang dipilih oleh para perwakilan PAS mereka yang vokal, kata Datuk Nasaruddin bekas Timbalan Presiden PAS seperti Mat Sabu. Tokoh PAS yang pernah didakwa di mahkamah terlibat dengan kes khalwat dengan isteri orang  di salah sebuah hotel di Kota Bharu. Tokoh PAS yang dikaitkan dengan penyelewengan tabung Memali. Bukan ulamak tapi pemimpin vokal yang lantang menyerang pemimpin UMNO sejak puluhan tahun dahulu. Eloklah dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS memecah tradisi kepimpinan PAS bukan ulamak. Rakyat dapat menilai PAS hari ini di bawah pemimpin Haji Hadi dan PAS semasa kepimpinan ulamak zaman Datuk Asri Muda dan Datuk Fadzil Noor menjadi Presiden PAS. Dan apakah PAS akan tarik balik fakwa UMNO itu kafir?

Saturday, June 4, 2011

Keputusan pemilihan AJK Kerja PAS Pusat gagal diumumkan malam ini?

Bukan jumlah yang besar pun cuma 1077 perwakilan sahaja yang telah memulakan proses pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sesi 2011/2013 petang tadi. Pemilihan kali ini tentunya tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. Manakala untuk Naib pula menyaksikan enam nama yang bertanding merebut tiga tempat yang ditetapkan. Mereka adalah Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub.  Bagaimanapun, keputusan difahamkan hanya akan diketahui esok. 
Komen:
Jumlah perwakilan cuma 1077 sahaja. Masalah apa sehingga keputusan pemilihan tidak dapat diumumkan petang atau malam ini? Jika pemilihan PKR sudah tentu ada aksi bertumbuk dan baling kerusi. Oleh kerana semua berjubah imej kena jaga. Tak dapat umum malam ini, esok pagi pun boleh umum. Tapi rakyat persoalkan bagaimana dengan 1077 undian PAS Pusat gagal mengumumkan keputusan itu pada malam ini juga. Belum mengendalikan pilihanraya kecil seperti SPR lakukan hingga 30-45 ribu pengundi dan paling lewat pun jam 9.30 malam itu juga keputusan pilihanraya dapat diumumkan oleh Pengurus Pilihanraya kawasan itu. Jika SPR lambat sikit umum, macam2 tuduhan boleh kita dengar daripada puak pembangkang terhadap SPR. Sehingga ada pusat pengiraan undi dikepung oleh penyokong2 tegar PAS/PKR. 
Kali ini cuma 1077 kertas undi. Perwakilan PAS mulai gusar dengan Jawatankuasa Pemilihan kali ini. Apakah keputusan sudah pun diatur oleh pucuk pimpinan PAS? Apakah kerana rasuah RM350k dari Husam Musa menyebabkan keputusan tak dapat diumumkan? Apakah calon2 ulamak tidak terpilih ataupun kerana calon yang terlibat dengan kes khalwat di Hotel Kota Bharu telah dipilih sebagai Timbalan Presiden PS yang baru?  Atau mungkin kerana mesin kalkulator Jawatankuasa Pemilihan kali ini mengalami kerosakan menyebabkan jumlah undian tidak dapat dijumlahkan? Banyak persoalan yang bermain di kotak fikiran orang ramai.
Baru 1077 perwakilan bukan 1.077 juta pengundi. Jika betul2 kira ikut standard murid sederhana sekolah rendah tak sampai 2 jam boeh habis kira. Tapi bukan tak boleh habis kira, tapi ada masalah cuma Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Semakin lama PAS semakin lembab. Muktamar PAS kali ini tidak memberi apa2 makna, bercakap berapi-api. UMNO didakwa sesat, mengamalkan rasuah, fitnah dan sebagainya. Tak sampai 6 jam muktamar, Allah SWT dah tunjuk kepada rakyat bahwa PAS bercakap tak serupa bikin. Salah diri sendiri tak nampak. Keputusan pemilihan tak dapat diumumkan secepat yang mungkin. Apakah PAS sebuah parti yang cekap? Bercita2 besar nak ambil alih Putrajaya bersama DAP dan PKR dalam PRU akan datang. Jika 1077 kertas undi pun gagal mendapat keputusan, Guan Eng tersenyum lebar. PAS akan terus jadi kuda tunggangan DAP selepas ini.

Friday, June 3, 2011

Orang UMNO tidak Islam? Dakwaan Hamzah Ngah sangat berat.

Kata Hamzah Ngah mewakil Dewan Ulamak PAS Terengganu dalam Muktamar PAS"Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah."
"Oleh itu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara."
Komen:
Dakwaan Hamzah Ngah amat serius. Apakah Hamzah mahu mengatakan bahawa orang UMNO tidak Islam? Orang UMNO itu kafir! Sedar atau tidak bahawa ramai bekas pemimpin-pemimpin utama PAS telah meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO. Mereka yang meninggalkan PAS dan menyertai UMNO pula bukan ahli PAS biasa malahan antara mereka merupakan bekas Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Dewan Ulamak PAS dan sebagainya. Contohnya Datuk Hj Nakhaei Ahmad, bekas Naib Presiden PAS  akhirnya menyertai UMNO. Begitu juga Ustaz Omar Khalid adalah seorang tokoh yang pernah berjuang dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Kini beliau tetap meneruskan perjuangannya untuk menegakkan kalimah ALLAH tapi bukan lagi dengan PAS sebaliknya melalui UMNO pula.
Masih ingat lagi Dato' Asri Muda, bekas Presiden PAS. Beliau juga mengambil keputusan keluar dari Pas untuk menyertai UMNO. Beliau kembali ke rahmatullah semasa beliau dalam UMNO. Ustaz Md. Nor Deris, bekas AJK PAS Pusat akhirnya menyertai UMNO. Masih aktif bersama UMNO menyampaikan ceramah-ceramah beliau yang boleh mengecutkan perut penyokong-penyokong tegar PAS.
Ramai lagi tokoh-tokoh agama yang menyertai UMNO tapi mereka ini lebih suka merendah diri dan tak mahu menonjolkan diri sebagai ulamak. Lain pula dengan pemimpin2 PAS, boleh sikit hafal dua tiga ayat al-Quran dan mula memakai jubah berserban serta selesa dipanggil sebagai ustaz. Bukan semua begitu tapi ada segelintir pemimpin PAS yang kita tahu memang begitu.
Mutakhir ini, semakin ramai ulamak-ulamak muda menyertai UMNO. Mereka sedar hanya UMNO parti yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan terbukti parti yang konsisten dalam perjuangan dan mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan. Apakah mereka ini mengikut
Hamzah Ngah mewakil Dewan Ulamak PAS Terengganu adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenarnya kerana menjadi ahli UMNO?

Thursday, June 2, 2011

Pemilihan Jawatankuasa Kariah Sesi 2012-2013 merupakan idea pemimpin PKR!

Dari berita yang sah, YDP MAINPP, Ustaz Elias Zakaria, Timbalan YDPnya, YB Salleh Man dan Ustaz Bakar Bakolani termasuk Pengarah JAIPP turut tidak bersetuju dengan cadangan pemilihan Jawatankuasa Kariah. Cadangan yang boleh memecah belahkan masyarakat Islam di Pulau Pinang. Hampir kebanyakan kariah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Difahamkan cadangan pemilihan kariah itu bukan daripada pemimpin PAS sebaliknya daripada wakil rakyat PKR, YB Abdul Malek Kassim. Masjid-masjid yang dikuasai oleh ahli dan penyokong PAS juga turut tidak berkenan dengan cadangan itu. Banyak masalah yang akan timbul. Bagi kariah yang sangat besar, mempunyai banyak kampung akan hadapi masalah tersendiri. Mungkin AJK Kariah yang bakal dipilih nanti akan dimonopoli oleh satu dua kampung sahaja. Masalah kariah tidak sama dengan kariah yang lain. Persaingan untuk merebut jawatan mengundang permusuhan antara sesama ahli-ahli kariah. Jika individu itu dipilih oleh ahli kariah, difahamkan tidak semestinya individu itu akan dilantik sebagai Pengerusi Kariah atau AJK Kariah dan sebagainya. ADa satu Jawatankuasa Khas lain yang akan membuat keputusan dan kariah mesti menerima nama yang dicadangkan. Bagitulah lebih kurang cakap-cakap yang disampaikan oleh orang kuat dalam jabatan/pejabat agama yang turut kecewa dengan langkah yang diambil oleh pimpinan Islam kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Apakah tujuan sebenar pemilihan kariah itu diadakan juga dalam bulan Jun dan Julai ini sedangkan perlantikan AJK Kariah yang dilantik itu akan bermula 1 Januari 2012?  Hanya YB Abdul Malek dapat memberi jawapannya.