"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, November 28, 2011

Sejarah Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling rasis!

Bukan nak bakar semangat bangsa. Kami orang Melayu sebenarnya boleh bertolak ansur hingga orang Melayu di Pulau Pinang semakin ditolak beransur-ansur. Kami boleh berkawan dengan orang Cina, India dan lain-lain sebab Islam mengajar kami supaya menjadi ummah contoh kepada bangsa yang lain.
Pemimpin kami juga pun begitu. Pernahkah kita dengar Tun Mahathir selama jadi PM dia minta orang Melayu mesti benci sama orang Cina. Kita tak pernah dengar DS Najib minta rakyat Melayu boikot perniagaan orang Cina. Tapi kita sedih terutama orang2 Melayu seluruhnya di Malaysia ini apabila ada pemimpin Cina bersikap di sebaliknya. Mereka menghina bangsa kulit hitam. Seolah-olah bangsa berkulit hitam tidak boleh memerintah. Baca petikan ini [Klik di sini].
Parti paling rasis di Malaysia bukan UMNO. Jika UMNO rasis seperti yang dihebohkan oleh PAS dan DAP, sudah tentu bangsa Cina tak boleh jadi bangsa terkaya di Malaysia dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina tidak dibenarkan ada di Malaysia. Tapi kenapa, UMNO masih dituduh sebagai parti yang rasis?
Ikut kawan2 yang mengikuti ceramah KM Pulau Pinang, Tuan Guan Eng. Kata kawan2 Guan Eng adalah pemimpin paling rasis di Malaysia sama seperti bapanya, Kit Siang. Kata mereka, jika ada majlis-majlis politik ataupun bersama NGOs, Guan Eng cuma bercakap 10% sahaja selaku pemimpin negeri, selaku wakil rakyat tapi selebih 90% lagi Guan Eng, pemimpin celaka ini akan menghentam UMNO habis-habisan. Kita tak akan lupa bagaimana Cina DAP berlagak seperti raja suatu masa dulu. [Baca sini]
Guan Eng seperti juga kebanyakan pemimpin tertinggi PAS (PAS sejak dulu) akan memburukkan kepimpinan UMNO. Malahan sanggup pula memfitnah dan mengeluarkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Nak tunjukkan kepada rakyat betapa buruk dan busuknya UMNO.
Sebenarnya masih ada bangsa Melayu di Malaysia tak sedar bahawa sejarah membuktiksn bahawa parti paling rasis sebenarnya bukan UMNO sebaliknya DAP. Pengikut parti yang paling taksub bukan UMNO sebenarnya PAS. Parti yang terang-terang menolak negara Islam bukan UMNO sebenarnya DAP. Parti yang memperalatkan ayat suci al-Quran bukan UMNO sebaliknya PAS. Parti yang mengkafirkan sesama umat Islam bukan UMNO sebenarnya PAS.
Orang Melayu perlu bersatu. UMNO merupakan satu2nya parti Melayu yang paling konsisten dalam perjuangan membantu dan membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia. Sudah terbukti tapi dikhianati hari-hari sejak dulu oleh PAS kerana PAS gilakan kuasa mahu bersekongkol dengan DAP memerintah negara. Apakah PAS mampu membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Cubalah anda lihat apa yang sedang dan telah berlaku kepada nasib bangsa Melayu/Islam di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan? Tepuk dada tanya minda anda.

Saturday, November 26, 2011

Betulkan dalaman UMNO dulu sebelum mengkritik kelemahan pembangkang!!!!

Sebelum kita membongkar kelemahan parti pembangkang khususnya PKR, PAS dan DAP, elok UMNO suluh keadaan dalam partinya dahulu. Kita takut UMNO syok sendiri. Tiba2 PRU13 berlaku tsunami politik kali yang kedua, Putrajaya pula jatuh ke tangan pembangkang.
Ketua Bahagian ada yang sibuk dan ada pula yang relaks! Jika ada peruntukan untuk rakyat diturunkan melalui Bahagian, agih-agihkan kepada rakyat atau pun melalui wakil-wakil rakyat BN yang ada. Jangan salahguna duit peruntukan dan jangan pula boros atau membazir kerana wang peruntukan itu juga sebenarnya wang rakyat. Ada bahagian lain yang aku tahu ketua bahagian tidak salurkan wang peruntukan kepada rakyat. Ada ketua-ketua cawangan tidak diberitahu dan ketua cawangan itu itu tahu daripada bahagian lain. Ini suatu yang pelik tapi memang pun berlaku. Rasanya kes seperti ini sudah sampai kepada Umno Pusat. Jika ketua bahagian ini bercadang mak jadi calon, wajar ditolak.
Ada pula pembantu2 wakil rakyat ambil peluang masuk poket sendiri. Contohnya buat program tak ramai, tapi duit habis banyak juga. Ketua-ketua bahagian mesti pantau. Di mana silapnya, jemputan tak ramai kenapa? Jika sudah bertahun2 jadi pembantu YB tak akan masih tak reti lagi? Ketua Bahagian tidak boleh anggap ini suatu perkara biasa. Dalam usaha PM memperkasakan Umno, ketua bahagian dan AJK Bahagian sayap kanan dan kiri perlu beri perhatian yang serius. Pembantu YB mesti bijak mengatur pertemuan dan jadual bosnya. Jangan pula pembantu jadi lebih-lebih mengatasi wakil rakyat, nanti rakyat akan meluat atau benci. Padan-padanlah jadi pembantu wakil rakyat. Wakil rakyat tak ada dalam kawasan pun tak jadi masalah sebab pembantunya masih ada bersama rakyat. Jangan hampakan harapan rakyat. Jangan jadikan alasan wakil rakyat tak ada, kita tak dapat tolong. Pembantu wakil rakyat sangat penting. Jika rakyat benci pembantu wakil rakyat, rakyat juga akan benci kepada YB dan seterusnya mereka akan benci kepada parti YB dan kerajaan YB.
Setakat ini program Umno mendapat sambutan lebih baik berbanding sebelum PRU12 dulu. Rakyat Malaysia terutamanya Melayu sudah semakin faham dan sedar. Tapi pemimpin Umno Bahagian termasuk Cawangan2 jangan 'take for granted', ada yang masih tidur dan lena. Jika sibuk pun bukan pasal parti tapi pasal bisnes sendiri. Ke sana sini buat bisnes hingga rakyat nak jumpa pun susah. Jika ketua bahagian atau ketua cawangan yang sibuk dengan bisnes sendiri, eloklah berhenti jadi ketua bahagian atau pun ketua cawangan. Banyak lagi orang lain yang boleh jadi ketua.
Yang paling sedih ada bahagian juga cawangan, hidup segan mati tak mahu. Maklumlah Umno ada beribu-ribu cawangan di seluruh negara. Dalam banyak2 seperti ini mesti ada yang semacam itu. Ketua bahagian mesti gerakan jika ada cawangan seperti itu. Begitu juga, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri mesti gerakkan Umno Bahagian yang masih ada masalah dan ada yang tidur dan lena. Kawan tetap kawan, tegur tetap tegur jika hendak mengukuhkan Umno. Jangan kira ketua bahagian atau ketua cawangan itu orang bergelar atau tidak.
Bukan aku nak puji pemimpin atau wakil rakyat pembangkang, ada perkara baik yang patut kita ikut. Cuba kita kaji, berapa kerat wakil rakyat Umno ada akaun facebook, twitter atau blognya sendiri. Jangan cakap pasal laman web yang berbayar. Yang percuma pun wakil rakyat BN tak ada! Cuba lihat wakil-wakil rakyat pembangkang, hampir setiap dari mereka ada akaun FB dan blog masing-masing. PM kita adalah pemimpin paling sibuk daripada wakil-wakil rakyat semua tapi kenapa dia ada masa dengan FBnya atau Twitternya? Pasal PM kita nampak betapa besarnya peranan media maya atau media baru pada hari ini. PM tahu media baru menyebabkan BN hampir tumbang kesemuanya dalam PRU yang lalu. Tapi wakil-wakil rakyat kita masih buat tak reti lagi. Pandang remeh terhadap isu yang dibangkitkan oleh PM sendiri.
Jika ada wakil-wakil rakyat yang tak tahu dan buta komputer, belajarlah sikit-sikit. jika besar sangat laptop susah nak bawa, beli telefon bimbit yang boleh akses internet, sudah banyak dalam pasaran. Cuma mestilah ada sedikit masa untuk berjumpa dengan rakyat melalui FB atau twitter ataupun blog. Jika dah buta sangat, bengap sangat suruhlah pembantu-pembantu khas yang ada tolong. Daripada dok bersembang kosong, lebih baik pembantu khas YB habiskan masa itu dengan blog YB. Jika YB suruh mereka kena buat, jika mereka tak tahu, mereka kena belajar. Mula2 aku hairan macam mana seorang wakil rakyat PAS, hari ini menang dalam PRK di tanah besar Pulau Pinang, selang beberapa hari keluarlah blog wakil rakyat itu. Begitulah semangatnya wakil rakyat itu, mungkin bukan dia yang wujudkan blog itu, besar kemungkinan dia minta pembantunya wujud dan selenggarakan blog itu hinggalah ke hari ini. Tapi wakil rakyat BN masih pandang mudah tentang penggunaan media maya dalam politik moden hari ini.
Aku amat sokong sangat PM nak beri markah bonus kepada wakil-wakil rakyat yang ada akaun FB, twitter dan blognya sendiri. PM kena serius tentang perkara ini. Jadikan syarat kedua atau ketiga kepada wakil rakyat yang mahu mengekalkan sebagai calon/wakil rakyat dalam PRU yang akan datang. Untuk yang bakal-bakal calon mesti sudah ada akaun FB, twitter atau blognya sendiri. Jika syarat ini dikenakan oleh PM, barulah akan ada bakal2 calon BN dan wakil2 rakyat BN mulai belajar atau mewujudkan akaun FB, twitter atau laman blog sendiri. Politik hari ini lebih canggih. Bakal2 calon BN dan wakil rakyat BN juga mesti ikut perkembangan itu. Jika wakil rakyat masih teraba2 dengan kecanggihan teknologi maklumat (ICT), aku pasti rakyat tidak respect wakil rakyat berkenaan.
Program2 UMNO mesti berjalan sepanjang masa. Termasuk melawat kawasan dan berjumpa dengan orang kampung lebih kerap. Jika tidak ada masalah pun, pergi juga berjalan-jalan sambil bersembang2 dengan rakyat. Kalau boleh atur kampung, sebulan atau seminggu sekali. Atur solat Jumaat setiap masjid yang ada dalam kawasan. Jangan lepas peluang menghadiri kenduri kahwin dan ziarah mayat atau apa sahaja yang dijemput oleh rakyat. Jika tak ada dalam kawasan, hantar wakil berjumpa dengan tuan kenduri atau tuan rumah. Setiap aktiviti wakil rakyat masukkan ke dalam blog wakil rakyat. Yang tak tahu akan tahu bahawa wakil rakyat BN tidak duduk sahaja. Kerap jumpa rakyat. Jika wakil rakyat tidak dapat hadir, rakyat tahu wakil rakyat ada di mana-mana pada hari itu melalui facebooknya atau blognya.
Sebenarnya banyak perkara Umno perlu baiki. Ini cuma sebahagian, setakat ini dulu. Harap rakan2 Umno dapat beri komen. Kita hendak melihat UMNO/BN akan menang dalam PRU yang semakin hampir. Sebelum melihat kelemahan dan kekuatan musuh, wajar UMNO/BN melihat kelemahan dan juga kekuatan dalaman parti itu sendiri. Jika semua pemimpin Umno dan parti kuat, insyaAllah dalam PRU13 akan datang, BN akan menang besar!

Sumber: Blog Paku Payung http://ppayung.blogspot.com/2011/11/betulkan-dalaman-umno-dulu-sebelum.html

Wednesday, November 23, 2011

Masalah dalam UMNO lebih ditakuti dari berhadapan dengan Pakatan Haram!

Semua pemimpin UMNO memang sedia maklum pun. Cuma sama ada mereka nak buat atau tak nak buat, sama ada mereka mampu atau tidak mampu. Itu sahaja. Sudah beberapa kali, mungkin berpuluh-puluh kali kita telah dengar dari mulut pemimpin-pemimpin tertinggi Umno memperingatkan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian/cawangan supaya memperkukuhkan bahagian/cawangan masing-masing.

Sudah berpuluh kali perjumpaan di PWTC dengan Ketua-Ketua Bahagian, Setiausaha-Setiausaha Bahagian atau Ketua-Ketua Penerangan Bahagian. Setiap kali perjumpaan, Presiden ataupun Timbalan Presiden Umno sentiasa menasihat, menegur dan mengingatkan mereka agar mereka ini kembali ke bahagian masing-masing berusaha memantap dan memperkukuhkan parti. Tapi adakah pemimpin-pemimpin bahagian melaksanakan saranan itu?

Perlu ingat bahawa Umno akan menempah jalan yang lebih sukar jika hal dalaman parti ada masalah atau parti tidak kukuh. Sebenarnya masalah dalaman parti lebih ditakuti daripada berdepan dengan musuh di luar parti. Musuh dalam selimut paling bahaya jika ianya wujud dalam parti. Mereka juga ahli UMNO dan mungkin di kalangan pemimpin parti tetapi mereka ada kepentingan atau masalah tertentu. Ada ketikanya musuh ini mudah dikenali dan paling bahaya musuh yang sukar dikenali ibaratkan api dalam sekam. Kita tidak nampak dia sebagai musuh, kita lihat dia sebagai kawan baik yang boleh tidur sebantal tapi di belakang kita dia tibai kita habis-habis.

Pemimpin UMNO perlu lihat masalah itu sebagai masalah dalam keluarga. Yang boleh ditangani dengan pendekatan kekeluargaan. Boleh dijemput untuk berbincang dari hati ke hati. Bersemuka ibaratkan ayah dengan anak atau abang/kakak dengan adik. Jika usaha umpama ini mampu dilakukan, kita yakin yang jauh akan semakin dekat. Yang dekat semakin rapat. Jika kepimpinan parti boleh berada dalam satu barisan hadapan, kita yakin calon parti lawan dapat ditumbangkan dengan lebih mudah dalam PRU yang akan datang.

Tapi apakah UMNO Bahagian yang ada sekarang ini telah dapat mengatasi masalah dalaman ini? Jika tidak, masalah parti akan menjadi lebih sukar.  Pemilihan calon untuk mewakili parti bukan suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Nanti ada pihak yang akan kecewa dan ada yang terlalu gembira. Yang kuat melobi akan lebih kecewa jika ia tidak dipilih sebagai calon. Pemimpin-pemimpin parti tidak seharusnya melobi ke hulu ke hilir dalam usaha menempatkan diri sebagai calon pilihanraya. Tidak perlu rasanya kita berkempen untuk diri sendiri dan serahkan kepada rakyat untuk menentukannya. Selaku pemimpin UMNO dan pemimpin masyarakat atau NGO, rasanya rakyat sudah sedia maklum bahawa kita pemimpin yang sentiasa turun padang dan kuat bekerja untuk rakyat. Jika begitulah kita selaku pemimpin, kita tidak sepatutnya rasa gusar hingga terpaksa melobi serta memasang pihak lain berkempen untuk diri sendiri.

Kita tidak seharusnya kecewa jika tidak dipilih. Kita akan bekerja dan berkhidmat seperti biasa kepada rakyat walaupun tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti. Mungkin belum ada rezeki. Jika kita terlalu impikan sebagai calon hingga sanggup melobi ke hulu hilir sudah pasti kita akan kecewa, kita akan mogok jika kita tidak dipilih sebagai calon nanti. Ini juga masalah yang bakal dihadapi oleh parti selepas pencalonan dan mungkin berlarutan hingga ke pilihanraya. Malahan parti akan hancur, akan jadi semakin lemah jika ada calon potensi yang 'dicantas' akibat tiada tolak ansur atau perebutan di antara pemimpin Umno itu sendiri. Kami rakyat hanya dapat memerhati dari jauh dan dekat, yang menentukan parti UMNO semakin kuat atau lemah bergantunglah kepada kebijaksanaan kepemimpinan parti yang ada sekarang menanganinya. Kita tidak mahu ibarat kata pepatah Melayu, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi". 

Sunday, November 20, 2011

Kasihan penduduk Paya Kongsi Balik Pulau, Pulau Pinang!!!!

Kasihan nasib penduduk Paya Kongsi Balik Pulau di Pulau Pinang. Tiba-tiba pintu gerbang diruntuhkan dan jalan kampung ditutup. Salah siapa? Baca selanjutnya klik di sini.

Saturday, November 19, 2011

Masalah Pulau Pinang: Peruntukan program Bina Insan berjuta ke mana?

Sejak kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP bersama PAS dan PKR macam-macam cerita yang kita dengar. Ada yang tak boleh pakai dan banyak pula yang boleh pakai. Banyak program-program negeri diserahkan kepada NGO atau syarikat-syarikat tertentu yang dilantik oleh kroni dalam kerajaan negeri.
Dari maklumat yang boleh dipercayai, unit-unit dalam jabatan tertentu pun dikatakan tidak berfungsi seperti yang sewajarnya. Unit-unit dalam jabatan kerajaan negeri sepatutnya tahu dan menjadi tugas mereka untuk mengendalikan program tersebut. Sebaliknya atas kuasa exco tertentu, program yang besar itu diserahkan kepada suatu badan lain (bukan agensi/jabatan kerajaan) untuk mengurus dan mengendalikan program tersebut.
Bila NGO yang diberi tanggungjawab mengelola program tersebut berlakulah pertindihan dalam tugas dan tanggungjawab dengan unit-unit tertentu dalam jabatan kerajaan negeri. Sudah tentu berlaku tuntutan perbelanjaan yang keterlaluan kepada jabatan kerajaan negeri tertentu. Contohnya jabatan tertentu hanya meluluskan 15 kain rentang bagi sesuatu program negeri tetapi NGO yang dipertanggungjawabkan telah menempah dan memasang banner lebih 200 banner yang telah dipasang di seluruh negeri. Inilah contoh yang dikatakan berlakulah tuntutan perbelanjaan keterlaluan dengan kata lain pengurusan jabatan kerajaan negeri sekali gus tidak efisyen dan tidak efektif.
Difahamkan banyak peruntukan disalurkan kepada NGO atau syarikat-syarikat tertentu untuk mengadakan program-program bina insan tetapi hakikatnya kita penduduk seluruh Pulau Pinang tidak nampak apa yang tellah dibuat dengan peruntukan itu? Persoalannya kemanakah perginya peruntukan sebanyak itu? Apakah mungkin NGO tertentu banyak menghabiskan peruntukan yang banyak hanya untuk banner2 atau billboard politik ditepi jalan? Tunggu! blog ini akan terus mendedahkan kepincangan yang sedang dan terus berlaku dalam kerajaan negeri.

Thursday, November 17, 2011

Buku Cincin RM24 juta: Populariti PM jatuh merudum!!!!!

Solidariti Anak Muda (SAMM) Cawangan Pulau Pinang & Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bayan Baru telah menganjurkan Pelancaran Buku Cincin 24 Juta Rosmah Mansor melalui Ceramah Umum yang diadakan pada 4 November 2011 (Jumaat) jam 9.00 malam di Sebelah Surau Ubudiah Bukit Gedung, Pulau Pinang.
Apakah isu ini benar atau dipolitikkan untuk kepentingan politik pembangkang memburukkan kepimpinan PM Malaysia, DS Najib di kalangan rakyat.
Namun demikian populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.
Apakah Ceramah Umum dan pelancaran Buku Cincin 24 Juta Rosmah Mansor dapat mengurangkan populariti DS Najib dan BN khususnya bagi menghadapi PRU tidak lama lagi. Fikir-fikirkan....

Tuesday, November 15, 2011

Tony Pua kata perniagaan runcit hanyak untuk orang Cina sahaja

Kedai Rakyat 1 Malaysia diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Bukan untuk bersaing dengan seiapa pun. Dalam negara demokrasi seperti Malaysia, rakyat minoriti bebas memiliki kekayaan negara. Rakyat minoriti boleh hidup aman damai tanpa rasa sedikit pun takut. Kaum Cina boleh berniaga di mana-mana malahan boleh kaya di kampung-kampung Melayu.  Orang Melayu tidak iri hati kekayaan yang dimiliki oleh orang-orang Cina. Malahan mereka boleh hidup bersama dan bersatu sebagai rakyat Malaysia.
Begitu juga dengan orang-orang Cina, mereka tidak ada pantang larang makan dan minum di kedai-kedai kopi milik orang Melayu. Sambil makan mereka bersembang-sembang dan ada pula yang main dam tolak. Ini yang kita nampak dan suasana seperti ini masih dapat kita lihat di kampung-kampung Melayu tradisonal.
Masalahnya kenapa pemimpin pembangkang, Tony Pua dan yang lain-lain sangat tidak suka dengan KR1M? Apakah kerana kebanyakannya dimiliki oleh bumiputera? Dan orang bumiputera tak layak untuk berniaga dan perniagaan runcit hanya khusus untuk orang-orang cina sahaja? Tapi Tony Pua sebenarnya semangat rasis yang sangat tebal terhadap orang Melayu. Pemimpin DAP yang sangat jelas rasisnya. Tak boleh lihat orang Melayu lebih sikit daripada bangsanya. Dia tahu kebayakan anak-anak Melayu bekerja sebagai kakitangan awam. Dia mahu mengurangkan setengah jumlah kakitangan awam yang ada sekarang, kenapa? Dia lihat Kedai Rakyat 1 Malaysia dapat menjual harga yang lebih murah. KR1M mulai mendapat sambutan rakyat. Dia mendakwa harga barang yang dijual di KR1M  lebih mahal malahan tidak berkualiti. Dia membuat tuduhan palsu dan tidak berasas. Apa tujuan Tony Pua buat begitu? Beginikah caranya pemimpin pembangkang berfikir dan bertindak? Beginikah sikap pemimpin pembangkang kepada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum? Siapakah sebenarnya yang rasis, sudah tentu pembangkang terutama DAP merupakan sebuah parti perkauman yang sangat dahsyat dan merbahaya. Kita akan menempah bahaya jika kita memilih parti rasis seperti DAP memerintah negara.

Sunday, November 13, 2011

Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau Pinang!

Tinggal di bawah jambatan Pulau Pinang?
Mana khairat kematian yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang? Apakah duit RM1000 itu tersangkut dalam poket sapa-sapa? Ini bukan fitnah. Ini cerita benar daripada seorang Ketua Kampung yang tinggal di kawasan Teluk Kumbar. Borang diberikan sudah beberapa bulan yang lalu. Tapi sehingga ke hari ini, duit RM1000 itu masih tak nampak. Bila diminta jumpa dengan pemimpin PKR berkenaan yang sentiasa rapat dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas? Ketua Kampung itu sudah bosan dengan sikap pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Bercakap gah, bantuan tak seberapa pun. Ramai lagi yang tak dapat. Jika tak ada duit jangan cakap lah. Janji pilihanraya yang dulu pun belum tertunai. Jika begini, apakah pengundi2 perlu beri undi lagi. Kami tertipu kata Ketua Kampung itu. Sejak DAP memerintah, banyak tanah di kampung-kampung Melayu sudah didirikan rumah harga ratus-ratus ribu ringgit. Orang Melayu tak mampu beli tapi kenapa dibina di kampung2 rumah jenis ini.
Mana rumah kos rendah seperti zaman BN memerintah dulu. Ada flat Taman Sahabat, ada flat Sri Gertak Sanggul, Flat Bandar Baru Perda, Flat Taman Emas dan flat Teluk Kumbar dan banyak lagi rumah flat yang tak dapat  disebut di sini. Itu semua rumah2 kos rendah yang dibina semasa kerajaan BN dulu.
Kerajaan DAP disokong oleh PAS dan PKR hanya dapat binakan rumah-rumah kos ratusan ribu ringgit untuk orang2 Melayu. Pemaju2 perumahan ketawa besar, kroni2 kerajaan PR ikut tumpang kaya sebab semua untung besar. Yang rugi orang kampung dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin. Kira2 10 tahun lagi, akan ada orang Melayu terpaksa tidur dalam kotak2 di bawah jambatan seperti kita lihat di Jakarta dan Medan, Indonesia. Kita teramat amat yakin, suatu masa nanti akan ada si Mamat, Ah Chong dan Ramasamy akan tinggal dalam kotak di bawah Jambatan Pulau Pinang. Sebelum kita jadi seperti itu, marilah kita pastikan kerajaan PR tumbang dalam PRU yang akan datang.