"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, November 23, 2011

Masalah dalam UMNO lebih ditakuti dari berhadapan dengan Pakatan Haram!

Semua pemimpin UMNO memang sedia maklum pun. Cuma sama ada mereka nak buat atau tak nak buat, sama ada mereka mampu atau tidak mampu. Itu sahaja. Sudah beberapa kali, mungkin berpuluh-puluh kali kita telah dengar dari mulut pemimpin-pemimpin tertinggi Umno memperingatkan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian/cawangan supaya memperkukuhkan bahagian/cawangan masing-masing.

Sudah berpuluh kali perjumpaan di PWTC dengan Ketua-Ketua Bahagian, Setiausaha-Setiausaha Bahagian atau Ketua-Ketua Penerangan Bahagian. Setiap kali perjumpaan, Presiden ataupun Timbalan Presiden Umno sentiasa menasihat, menegur dan mengingatkan mereka agar mereka ini kembali ke bahagian masing-masing berusaha memantap dan memperkukuhkan parti. Tapi adakah pemimpin-pemimpin bahagian melaksanakan saranan itu?

Perlu ingat bahawa Umno akan menempah jalan yang lebih sukar jika hal dalaman parti ada masalah atau parti tidak kukuh. Sebenarnya masalah dalaman parti lebih ditakuti daripada berdepan dengan musuh di luar parti. Musuh dalam selimut paling bahaya jika ianya wujud dalam parti. Mereka juga ahli UMNO dan mungkin di kalangan pemimpin parti tetapi mereka ada kepentingan atau masalah tertentu. Ada ketikanya musuh ini mudah dikenali dan paling bahaya musuh yang sukar dikenali ibaratkan api dalam sekam. Kita tidak nampak dia sebagai musuh, kita lihat dia sebagai kawan baik yang boleh tidur sebantal tapi di belakang kita dia tibai kita habis-habis.

Pemimpin UMNO perlu lihat masalah itu sebagai masalah dalam keluarga. Yang boleh ditangani dengan pendekatan kekeluargaan. Boleh dijemput untuk berbincang dari hati ke hati. Bersemuka ibaratkan ayah dengan anak atau abang/kakak dengan adik. Jika usaha umpama ini mampu dilakukan, kita yakin yang jauh akan semakin dekat. Yang dekat semakin rapat. Jika kepimpinan parti boleh berada dalam satu barisan hadapan, kita yakin calon parti lawan dapat ditumbangkan dengan lebih mudah dalam PRU yang akan datang.

Tapi apakah UMNO Bahagian yang ada sekarang ini telah dapat mengatasi masalah dalaman ini? Jika tidak, masalah parti akan menjadi lebih sukar.  Pemilihan calon untuk mewakili parti bukan suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Nanti ada pihak yang akan kecewa dan ada yang terlalu gembira. Yang kuat melobi akan lebih kecewa jika ia tidak dipilih sebagai calon. Pemimpin-pemimpin parti tidak seharusnya melobi ke hulu ke hilir dalam usaha menempatkan diri sebagai calon pilihanraya. Tidak perlu rasanya kita berkempen untuk diri sendiri dan serahkan kepada rakyat untuk menentukannya. Selaku pemimpin UMNO dan pemimpin masyarakat atau NGO, rasanya rakyat sudah sedia maklum bahawa kita pemimpin yang sentiasa turun padang dan kuat bekerja untuk rakyat. Jika begitulah kita selaku pemimpin, kita tidak sepatutnya rasa gusar hingga terpaksa melobi serta memasang pihak lain berkempen untuk diri sendiri.

Kita tidak seharusnya kecewa jika tidak dipilih. Kita akan bekerja dan berkhidmat seperti biasa kepada rakyat walaupun tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti. Mungkin belum ada rezeki. Jika kita terlalu impikan sebagai calon hingga sanggup melobi ke hulu hilir sudah pasti kita akan kecewa, kita akan mogok jika kita tidak dipilih sebagai calon nanti. Ini juga masalah yang bakal dihadapi oleh parti selepas pencalonan dan mungkin berlarutan hingga ke pilihanraya. Malahan parti akan hancur, akan jadi semakin lemah jika ada calon potensi yang 'dicantas' akibat tiada tolak ansur atau perebutan di antara pemimpin Umno itu sendiri. Kami rakyat hanya dapat memerhati dari jauh dan dekat, yang menentukan parti UMNO semakin kuat atau lemah bergantunglah kepada kebijaksanaan kepemimpinan parti yang ada sekarang menanganinya. Kita tidak mahu ibarat kata pepatah Melayu, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi". 

2 comments:

  1. sebenarnya menjadi calon bukan merupakan rezeki... elaun yg di terima cuma rm3000 shj. sesiapa yg berebut utk mejadi calon sebenarnya hanya inginkan projek..logiknya kalau saya di suruh menjadi calon lebih baik saya tolak kerana elaun rm3000 tapi rakyat ingat saya dpt duit berjuta2 dan harap sumbangan saya melalui duit ringgit apabila ada majlis keramaian,program rakyat dll.. jadi kalau ada org yg bermatimatian hdk jadi calon maka mesti ada udang di sebalik batu.. hdk berkhidmat atau nak pulun projek,tambah pulak kalau yg teringin jadi calon tu sikit pun tak berminat dgn kerja2 kebajikan rakyat

    ReplyDelete
  2. bagi saya yang merupakan generasi muda dalam UMNO, apa yang penting adalah nawaitu kita bila berada dlm parti.. nawaitu utk bekerja ataupun nawaitu utk agenda sendiri.. Pergolakan dlm parti sentiasa ada tak kira mana2 parti.. bezanya samada ahli & kepimpinan itu sendiri yg berjaya menangani & membendung isu pergolakan yang wujud..
    Soal kecewa, soal agenda sendiri, soal projek, soal menjadi calon, itu semua lumrah/keinginan normal bila berada dlm parti.. yg penting kita perlu educated ahli2 supaya kita lebih brsikap profesional, intelek dan terbuka dalam berpolitik..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.