"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, November 17, 2011

Buku Cincin RM24 juta: Populariti PM jatuh merudum!!!!!

Solidariti Anak Muda (SAMM) Cawangan Pulau Pinang & Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bayan Baru telah menganjurkan Pelancaran Buku Cincin 24 Juta Rosmah Mansor melalui Ceramah Umum yang diadakan pada 4 November 2011 (Jumaat) jam 9.00 malam di Sebelah Surau Ubudiah Bukit Gedung, Pulau Pinang.
Apakah isu ini benar atau dipolitikkan untuk kepentingan politik pembangkang memburukkan kepimpinan PM Malaysia, DS Najib di kalangan rakyat.
Namun demikian populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.
Apakah Ceramah Umum dan pelancaran Buku Cincin 24 Juta Rosmah Mansor dapat mengurangkan populariti DS Najib dan BN khususnya bagi menghadapi PRU tidak lama lagi. Fikir-fikirkan....

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.