"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, November 5, 2011

DAP Pulau Pinang memang anti,anti, anti Melayu

Apa sahaja perhimpunan atau demontrasi, UMNO yang jadi sasaran. Perarakan oleh NGOs ke Komtar maka UMNO dituduh dalangnya. Bakar pintu pejabat DAP, UMNO juga dituduh melakukan perbuatan itu. Baru-baru ini perhimpunan 200 mat rempit yang hadir di pekarangan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dikatakan UMNO yang terlibat.
DAP begitu takut kepada UMNO. Dia tahu UMNO itu orang Melayu. Untuk menjatuhkan orang Melayu, paling penting jatuhkan UMNO. UMNO jatuh, DAP boleh buat apa sahaja di Pulau Pinang. DAP tidak begitu takut kepada PAS kerana PAS sudah boleh dijinakkan. Pemimpin DAP telah berjaya mentarbiah pemimpin PAS. Setakat ini apa yang DAP lakukan, PAS belum pernah membantah. Pemimpin PAS kita kasi jawatan-jawatan dalam agensi-agensi kerajaan negeri seperti PDC, PBA MPPP dan MPSP dengan sedikit elaun maka diamlah mereka.
Adun Seri Delima, SN Rayer dan Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man memang kurang ajar, mulut capoi, suka buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Tapi Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya telah berjaya buktikan bahawa mereka yang menyertai mat rempit bukan sahaja ahli BN malahan juga dari kalangan ahli PAS dan DAP.
Kita sangat berharap kedua-dua ADUN PAS dan ADUN DAP itu  memohon maaf kepada UMNO dengan serta merta. Jangan sampai UMNO sekali lagi mengemukakan saman fitnah kepada kedua-dua ahli dewan undangan negeri tersebut. Ingat sudah ramai ahli DAP dan PAS juga PKR sudah bosan dengan sikap pemimpin dan cara pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Hanya Melayu PAS masih boleh digula-gulakan oleh DAP untuk menjadi kuda tunggangan mereka dalam PRU yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.