"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, November 7, 2011

Betulkah DAP Melayu Pulau Pinang juga anti Melayu?

Zulkifli Mohd Noor DAP Melayu PP

Seorang pemimpin DAP Melayu Pulau Pinang terus mendesak agar kerusi orang Melayu yang dimiliki oleh PKR diserahkan kepada DAP. Memang sudah diduga suatu masa nanti DAP akan terus menguasai Pulau Pinang tanpa PAS dan PKR.

Ahli jawatankuasa DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor meminta agar PAS dan PKR menyerahkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi
dewan undangan negeri Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.  [Baca sini]

Dia bercadang nak jadi wakil rakyat mewakili DAP. Di mana tempatnya belum diketahui. Yang pasti Zulkifli, Melayu DAP tidak akan menjadi calon DUN di kawasan rumah kediamannya. Jika dia jadi calon DAP untuk DUN Bayan Lepas, aku pasti dia akan kalah yang amat teruk. Sebab apa aku kata begitu? Mengikut kawan-kawan yang tinggal di kawasan Teluk Kumbar, dia tak pernah keluar rumah jumpa anggota masyarakat di kawasan Teluk Kumbar. Walaupun dia jadi orang besar dalam politik dan kerajaan DAP tetapi kebanyakan penduduk di kawasan Teluk Kumbar tidak kenal dia. Dia tak pernah lihat makan dan minum di kedai-kedai kopi di kawasan Teluk Kumbar. Bukan setakat itu sahaja kenduri kendara di kawasan Teluk Kumbar pun tak pernah lihat muka dia sama ada penduduk tak jemput dia atau dia sendiri malu nak jumpa penduduk di kawasan sendiri.
Ada pula yang bertanya, Melayu DAP ini solat Jumaat di mana? Eh, eh, ehh tak apa, solat jumaat di masjid mana pun tak apa. Tak baik periksa pasal solat orang. Cuma aku mahu nasihat En. Zul, jika benar cerita orang itu, eloklah dia bertanding di Batu Maung ganti Malik Itik dari PKR. Eloklah En. Zul cari lebih ramai DAP Melayu menggantikan wakil-wakil rakyat Melayu dari PKR dan PAS yang hanya jadi pak angguk kepada kerajaan DAP. Dengan adanya DAP Melayu di Pulau Pinang agaknya orang Melayu di Pulau Pinang akan dapat pembelaan dan agama Islam terpelihara di bawah khalifah Lim Guan Eng. Nak kata apa lagi, biar PAS dan PKR gigit jari dan UMNO terus jadi pejuang bangsa dan agama yang sejati.

1 comment:

  1. Izin kan saya
    Kepala Tajuk rencana bolih juga baca " Betul Kah DAP sejauh mana Sokong Cina ".
    Cuba kita semua yang kasihkan Alif Ba Ta cermin kan dunia kita dan guna soalan itu bagi setiap isu , kontroversi, pengumuman,dasar,amalan geseran,teguran,situasi hidup harian ...
    Kalau semua yang mengaku Alif Ba Ta sebagai pegangan, setiap jawapan akan memeranjatkan .....
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.