"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, November 8, 2011

Logo Pakatan Rakyat dah siap sedia untuk hadapi dacing!



BARISAN NASIONAL
Lambang Pakatan Rakyat
Apakah ini lambang PR?
DAP bantah jika ini lambang PR
Sudah lebih 3 tahun DAP, PAS dan PKR bersama dalam perjuangan hanya untuk menjatuhkan kerajaan BN. Sudah lebih 3 tahun juga Pakatan Rakyat belum mampu mencipta logo pakatannya sendiri. Pelbagai jenis logo telah dicipta oleh penyokong2 setia mereka tapi sehingga hari ini, logo Pakatan Rakyat tak dapat dimuktamadkan oleh pemimpin2 PR. Itu baru soal logo, belum ada jalan penyelesaian.
PAS akan mempertahankan simbol bulan penuhnya seperti buah ping pong. PAS takut kehilangan pengundi terutama pengundi2 tua/lama yang sudah sebati dengan lambang bulannya. Warna hijau melambangkan perjuangan Islamnya tak mungkin dikorbankan dengan warna lain sama ada merah atau pun biru. Manakala DAP pula sudah pasti akan mempertahankan roketnya yang tidak pernah menjunam ke bumi. Lambang tradisi penuh simbolik hampir menyamai lambang saudaranya PAP di Singapura. Karpal Singh akan memberi amaran keras dan sekeras-kerasnya kepasa sesiapa sahaja yang berani menukar roketnya, "Langkah mayat aku dulu" kata Karpal. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berlambangkan satu mata yang terbuka. Ada pihak mengaitkan lambang itu dengan isu mata lebam Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun Kewujudan PKR selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO disebabkan kes liwat yang dihadapinya. Presiden PKR selaku isteri kepada Anwar Ibrahim akan mempertahankan lambang itu sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Membuktikan ada persefahaman antara parti-parti yang berpakat, hanya lambang dapat menceritakannya kepada rakyat. Tapi setakat ini, parti-parti dalam PR tidak dapat menunjukkan sikap toleransi mereka untuk mewujudkan satu lambang bagi menghadapi BN yang menggunakan dacing. Belum memerintah negara, baru mengurus parti, sudah tidak ada persefahaman antara mereka.
Persoalannya yang perlu difikirkan bersama. Apakah DAP, PKR dan PAS mempunyai persefahaman yang jujur antara satu sama lain? Yang jelas pada pandangan kita, masing-masing cuba menjauhkan dari timbul konflik persefahaman. Mereka tidak rela bertikam lidah membincangkan isu logo dan dasar perjuangan pakatan secara terbuka. Mereka lebih gemar bercakap pasal perjuangan untuk menjatuh atau merampas Putrajaya dalam PRU yang akan datang. Itu sahaja matlamat terdekat mereka.
Sebenarnya mereka tidak bersedia untuk bersatu dan bersama dalam perjuangan. PAS dan DAP yang jelas kepada kita merupakan dua buah parti yang begitu ekstrim dalam dasar perjuangan mereka. PAS memperjuangkan Islam manakala DAP menentang Islam. Peranan PKR yang boleh menjadi orang tengah dalam pakatan tersebut. Pakatan parti-parti ini begitu longgar sekali. Mudah meletus masalah dan timbul isu. Jika beginilah kerajaan PR yang akan dibentuk, sudah pasti akan mengundang kecelakaan kepada rakyat jelata. Pemimpin2 parti berkenaan asyik bercakaran sesama sendiri untuk memenangi dan mengenengahkan  dasar parti masing-masing dalam pentadbiran kerajaan. Kerajaan begini akan jadi lemah, perkhidmatan kerajaan tidak produktif, pelabur akan lari, pengangguran akan meningkat, masalah sosial akan bertambah parah akhirnya rakyat yang merana dan sengsara.
Rakyat tidak yakin bahawa PAS dapat bersama dengan DAP. Lihat sekeliling kita sudah banyak yang berlaku. Melayu dan Islam dihina. Manakala DAP lebih rasis mengutamakan kaum Cina, manakala kaum India dan Melayu dianaktirikan. Cuma yang menyokong DAP hanya Melayu DAP dan Melayu PAS yang diberi jawatan dalam agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa kerajaan tempatan dan yang masih memegang jawatan di peringkat JKKKN dan parti. Kita tunggu DAP, PAS dan PKR akan dapat mencipta satu logo parti Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional yang masih mengekalkan lambang dacingnya.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.