"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, July 16, 2012

Ahli UMNO Balik Pulau pakat ramai-ramai menyertai PAS!


Gelombang biru nampaknya boleh mengembalikan semula kekuatan BN di Balik Pulau. Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau merangkap Pengerusi BN Parlimen Balik Pulau, DS Dr Hilmi Yahaya dengan begitu yakin sekali dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Balik Pulau pada petang tadi mengatakan bahawa BN akan menang dalam pilihanraya umum adalah amat cerah. Lantaran itu, para hadirin menepuk tangan dengan gembira.
Jika dilihat kepada perubahan sokongan rakyat kepada BN memang ada kebenarannya. Setiap kali  PM atau TPM turun padang menemui rakyat rata-rata kita dapati puluh ribuan rakyat umum datang menyambut mereka. Jika dari sudut itu dijadikan asas perbandingan untuk mengatakan calon BN akan menang mudah adalah tidak tepat. Begitu juga kajian sikap di kalangan pengundi-pengundi sesuatu kawasan juga belum pasti memberi suatu keputusan yang tepat.
Orang UMNO/BN di Pulau Pinang atau di Balik Pulau khususnya perlu memahami bahawa UMNO/BN sekarang bukan lagi parti pemerintah seperti dahulu. Yang memerintah, yang berkuasa, yang ada kelebihan dan keistimewaan bukan lagi pemimpin Melayu daripada UMNO atau pemimpin Cina daripada Gerakan atau MCA ataupun bukan lagi pemimpin India daripada MIC. Sebaliknya yang lebih berkuasa, yang ada kelebihan dan keistimewaan adalah pemimpin DAP yang disokong oleh PAS dan PKR. Politik hari ini begitu canggih dan sukar diramalkan. Kehebatan media baru dan kemudahan sms menyebabkan sekelip mata keputusan boleh berubah-ubah.
Oleh itu pemimpin UMNO/BN dan penyokong UMNO/BN jangan begitu yakin akan menang dengan mudah. Melainkan jika ada maksud tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata itu.  Realitinya faktor calon akan menjadi penentu utama. Beberapa PRK yang lalu telah membuktikan faktor calon memainkan peranan yang sangat penting. Jika calon BN yang diletakkan adalah sangat tepat maka kerja-kerja jentera pilihanraya menjadi lebih mudah sekali.
Pengalaman PRU12, calon BN kerusi parlimen Balik Pulau telah kalah kepada calon PKR sedangkan calon BN bagi ketiga-tiga kerusi DUN dimenangi oleh calon BN. Ini membuktikan faktor calon menjadi penentu utama untuk menang atau kalah. Apakah BN Balik Pulau sanggup mengulangi sejarah kekalahan kerusi Parlimen Balik Pulau untuk dua penggal berturut-turut? Yang paling membimbangi kita, "Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung pula keciciran". Jika ini berlaku dalam PRU13 akan datang, UMNO eloklah dibubarkan sahaja dan mai pakat ramai-ramai ahli-ahli UMNO menyertai PAS pula.

4 comments:

  1. Nak yakin boleh tapi kena buat keje laa , berlambak-lambak penipuan Guang eng yang didedahkan oleh ramai bloggers , gunakanlah setiap bukti yang ada membantai penipuan guan eng bersama lembu mereka PAS !!!

    ReplyDelete
  2. tolong jangan buat gimmick tajuk seperti ini kerana akan misleading golongan yg tak tahu berfikir- mereka akan lugat berita dari face value-walaupon senang utk dapat perhatian pembaca tapi objektive asal lari....bawa berita yg jelas-di zaman sekarang terlalu banyak spin-kalau berita sebegini akan di spin oleh mereka yg tak bertanggungjawab-teguran ikhlas dari saya

    ReplyDelete
  3. Saya pun bersyukur kerana 2 orang sepupu saya yg dulu cukup kuat "pegangan" dgn PKR akhirnya telah kembali ke pangkal jalan dgn menyertai UMNO hampir setahun yg lalu, khabarnya kerana Anwar Ibrahim yg terang terang main chinadoll dan kuat kencing. Masa saya turun padang kempen utk Tan Sri Noh Yacob mereka mmg tak pandang maupun nak join sekali dalam dewan hilang tp kini mereka telah berubah. Cuma kesal ada sebahagian sepupu saya yg masih dlm PKR walhal sejarah keluarga kami mmg kuat dlm UMNO ada YB-yb di Penang, ada pengasas pun ada, ada pejuang zaman 13 Mei pun ada. Bukan tak boleh join parti politik kalau dah bukan bukan sampai syurga pun boleh ditentukan oleh Pok Nik, tibai jantan betina pun kira tak apa ok ja, buta tuli sokong sanjung terlampau pun tak betul juga. Allah bagi mata kepala otak berfikirlah secara baik.

    ReplyDelete
  4. banyak kan lagi program yang mendatngkan munafaat pd org melayu..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.