"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, June 24, 2010

Kenapa Ulamak menolak PAS tapi memilih UMNO?

Berita Ustaz Dr. Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno telah bertiup kencang. Blog-blog pro Umno banyak memberi komen pro & cont tentang penyertaan Dr. Asri ke dalam Umno. Sesuatu yang menggemparkan kerana Muktamar PAS di Kota Bharu baru-baru ini, beliau hadir sebagai tetamu. Jika benar Ustaz Dr. Asri dan kira-kira 100 ulamak berkelulusan PhD menyertai Umno, ini bererti mesti ada sesuatu sebab yang kukuh kumpulan ulamak ini mengambil keputusan itu. Mesti juga ada sebab-sebab yang kukuh mereka menolak PAS. Sebenarnya ramai sudah ulamak yang menyertai Umno tetapi Ulamak dalam Umno tidak mahu terlibat secara langsung dalam parti politik. Ulamak-ulamak Umno tidak mahu menampilkan diri sebagai pemimpin parti. Mereka sekadar menjadi ahli dan menyokong perjuangan Umno dari luar parti. Penglibatan ulamak dalam politik Umno amat kecil dan tidak begitu menonjol seperti mana ulamak-ulamak dalam PAS. Politik menfitnah, maki hamun dan perebutan jawatan dalam parti menyebabkan golongan ulamak dalam Umno lebih selesa berdiam diri sebagai guru agama, imam masjid, pensyarah dan sebagainya.
Kemasukan ulamak-ulamak ke dalam Umno perlu disokong dan dialu-alukan oleh semua pihak terutama pemimpin-pemimpin Umno. Jangan rasa kehadiran mereka akan menggugatkan kedudukan pemimpin yang sedia ada. Kehadiran mereka sebenarnya untuk menguatkan parti Umno dan menjadi saingan parti lawan serta dapat menyeimbangkan golongan umarak dan ulamak dalam parti Umno. Satu tamparan paling hebat kepada Pas kerana parti PAS  selalunya dikaitkan dengan ulamak. Tapi hari ini golongan ulamak sendiri mulai sedar bahawa perjuangan PAS beransur hilang arah tuju. Parti PAS bukan lagi sebuah parti Islam seperti yang diwar-warkan. Parti lain seperti PKR, DAP, Gerakan dan PPP dikatakan parti pelbagai kaum. Parti UMNO, MIC dan MCA jelas parti yang berteraskan kepada sesuatu kaum. Oleh itu PAS akan lebih diketahui sebagai parti pelbagai agama setelah Muktamar PAS baru-baru ini telah menerima kemasukan kaum bukan Melayu/Islam menjadi ahli PAS. Dan banyak lagi perkara yang menyebabkan ulamak-ulamak hari ini tidak yakin dengan perjuangan PAS, selain mewujdkan perpecahan di kalangan umat Islam dan pelbagai pandangan pemimpin PAS dilihat begitu tunduk kepada desakan dan kehendak politik kawan rakan. Dengan kemasukan ulamak-ulamak ke dalam Umno akan menolak fatwa PAS bahawa ahli UMNO itu kafir. Esok terjawablah segalanya sama ada benar atau tidak berpuluh-puluh ulamak yang berkelulusan tinggi akan menyertai UMNO, InsyaAllah.

3 comments:

  1. PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI. BETOI TU PAS SUDAH JADI PARTI CACA MERBA. JADI ROJAK PASEMBUR PADANG KOTA PENANG. PARTI YANG ADA PENGANUT AGAMA ISLAM, BUDDHIST, KRISTIAN, BAHAI, DAN SEBAGAINYA.

    ReplyDelete
  2. pas sudah menjadi parti yang cuba menyesatkan bangsa melayu dari berpegang kepada ajaran islam

    ReplyDelete
  3. pas sudah menjadi parti yang cuba menyesatkan bangsa melayu dari berpegang kepada ajaran islam

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.