"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, June 14, 2010

PAS merupakan parti Islam sudah jadi parti pelbagai agama?

Keputusan PAS membuka keahlian PAS untuk bukan Islam dan membenarkan PAS menerima bukan Islam sebagai calon PAS adalah sesuatu yang pelik tapi benar. Mungkin ada sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam politik Malaysia yang semakin canggih dan kompleks ini. Kini PAS bukan parti Islam  tetapi  sebuah parti berbilang agama. Ada perwakilan dalam Muktamar PAS melahirkan perasaan khuatir tentang dasar PAS yang terlalu mementingkan keuntungan politik hingga dasar perjuangan PAS semakin terbabas. Penyokong-penyokong tradisi PAS adalah orang-orang Melayu beragama Islam mulai disisihkan kerana pemimpin PAS hari ini mahu menarik lebih banyak penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam. Orang-orang PAS di bawah sana, di kampung-kampung kena faham dan perlu ingat bahawa tuduhan PAS bahawa orang UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA dan MIC adalah tidak lagi benar . Jika masih didakwa UMNO kafir kerana berpakat dengan parti-parti yang bukan Islam tapi bagaimana pula parti PAS yang bukan sahaja berpakat dengan DAP dan PKR malahan ahli-ahli PAS juga sudah ada bukan Islam? Di samping itu juga PAS telah membenarkan calon bukan Islam mewakil PAS dan menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Ini bukan fitnah dari UMNO kepada PAS. Ini cerita benar yang dicipta oleh pemimpin PAS sendiri. Muktamar PAS baru-baru ini telah mendedahkan pembohongan dan retorik pemimpin PAS dalam menggapai cita-cita ke Putrajaya bersama DAP dan PKR.
PAS sendiri mengakui gagal melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan alasan halangan dari kerajaan pusat tanpa menjelaskan kepada hadirin muktamar apakah jenis halangan oleh kerajaan pusat. Tapi pemimpin-pemimpin PAS masih menjaja bahawa UMNO tolak hudud atau Tun Mahathir menolak hukum hudud. Tun Mahathir semasa jadi PM pernah beri 'green light' kepada TG Nik Aziz, MB Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Tapi kenapa tidak dilaksanakan dan kenapa pula TG Haji Hadi Awang pula memberi komen bahawa hukum hudud cuma 0.001% dari undang-undang syariah [Ulasan sebenarnya]. Atau pemimpin PAS mulai senyap dan tidak lagi lantang untuk menubuhkan sebuah negara Islam setelah Karpal Singh sergah dengan berkata,"over my dead body".  Mungkin kerana itu pemimpin PAS mulai mengambil pendekatan berbaik-baik dengan pemimpin DAP dan PKR sehinggalah pelbagai isu berkaitan dengan dasar perjuangan PAS mulai dipersoalkan oleh penyokong-penyokong PAS akar umbi. [Baca sini]

3 comments:

  1. Perjuangan PAS sudah tak tentu arah tujuan. Setiap tuduhan kpd umno kini jelas kembali kpd Pas. Jika umno kafir maka kini pas pula kafir kerana bersubahat dgn kafir harbi!

    ReplyDelete
  2. setuju dengan kata2 busu diatas..
    perjuangan pas sudah tidak relevan lagi... perjuangan mereka bukan lagi kearah pembangunan islam tepi kearah untuk menjatuhkan maruah sesama islam....
    perjuangan PAS lebih menagungkan LGE yang bertopengkan islam lebih baik daripada perjuangan seorang islam...

    ReplyDelete
  3. PAS bukan parti islam lagi tapi parti pelbagai agama. Jadi PAS kena tukar nama jadi PPA= Parti Pelbagai Agama!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.