"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, June 20, 2010

Peringatan TPM kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN setiap peringkat!


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kuasa dan kedudukan kerajaan tidak akan kekal sekiranya semua ahli parti tidak mengambil langkah berani untuk berubah. Timbalan Perdana Menteri berkata, ekosistem dan landskap politik kini boleh mengancam kedudukan BN sebagai parti pemerintah apatah lagi beberapa negeri telah dikuasai parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
“Tiada jaminan kedudukan yang ada hari ini terus kekal sekiranya kita tidak bersedia mengambil langkah lebih berani. Saya mengajak pimpinan muda untuk melihat ini sebagai satu ancam kepada keberkekalan kuasa politik kita.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Dewan Sri Pekembar, Pagoh, dekat sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, semua pemimpin di setiap peringkat dalam parti komponen BN tidak boleh mengambil sikap seolah-olah ‘tahu segala-galanya’ sehingga mengabaikan keperluan sebenar masyarakat. “Jangan ada lompang yang begitu ketara sehingga persepsi masyarakat tidak serupa tentang apa yang kita fikir tentang diri kita dan parti kita. Menurut Timbalan Perdana Menteri, persepsi negatif itu akan digunakan oleh parti pembangkang bagi memburukkan BN walaupun ia tidak mencerminkan realiti sebenar matlamat perjuangan BN.
TPM memberi ingatan atau pesanan kepada semua pemimpin di setiap peringkat dalam parti komponen BN terutama UMNO supaya melakukan transformasi politik. Berani melakukan perubahan politik mungkin dalam kepimpinan, pengurusan parti dan kerjasama dengan parti-parti komponen serta pendekatan dengan rakyat pelbagai kaum selari dengan transformasi politik yang sedang dilakukan oleh PM selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan tidak sekadar penumpang populariti dan kejayaan DS Najib dalam mentransformasi politik dan kerajaan yang sedang giat dilakukannya. Pengundi-pengundi dan rakyat hari ini sudah bijak membuat keputusan. Selain parti yang bertanding, pengundi-pengundi juga mahu melihat siapakah calon yang akan bertanding. Pengalaman lampau kekalahan calon-calon UMNO tertentu amat berguna untuk dijadikan ikhtibar atau pedoman. TPM mengingatkan pemimpin UMNO dan BN, jangan kita bersikap 'tahu segala-galanya' hingga kita terlupa apakah yang rakyat dan pengundi-pengundi kita sebenarnya mahu. Rakyat mahu perubahan dalam kita berpolitik. Jika tidak, UMNO/BN akan gagal mengembalikan kerusi yang kalah dan mungkin kerusi yang menang kemungkinan besar akan terlepas kepada pembangkang.

3 comments:

  1. Pemimpin umno kita ada yang terlalu penting diri sendiri. ada kronisma serta puak2. T.kasihlah jika ini tak berlaku lagi.

    ReplyDelete
  2. SEBAGAI SEMUA AHLI YANG MEMPERJUANGAN NASIB AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR TIDAK AKAN BERSONGKOL DENGAN MANA-MANA PEMIMPIN YANG YANG MENDERHAKAKAN WADAH PERJUANGAN UMNO....

    ReplyDelete
  3. Pemimpin selalunya tak mau berubah. Apa lagi jika nak berubah tempat duduk. Turun tak mahu nak naik lagi ada mau. Lagi tinggi lagi bagus. Dah lupa kawan2. Tak percaya tengoklah umno balik pulau apa nak jadi. Jika tersilap meletakkan calon, BN/umno akan kalah kerna kesilapan pemimpin umno sendiri.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.