"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, June 6, 2011

PAS kepimpinan bukan ulamak tarik balik fatwa UMNO itu kafir!

Jika ditanya kepada pemimpin tertinggi PAS termasuklah Presiden dan Timbalan Presidennya yang baru, sudah tentu mereka mati-matian akan menafikannya. Mereka akan tegas mengatakan PAS sebuah parti Islam, sebuah parti yang tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan. Tapi yang kita lihat sendiri, dengan mata kepala kita sendiri, dengan pengalaman dan pemerhatian yang kita lalui, melalui ceramah-ceramah PAS yang kita ikuti, melalui media Harakah PAS yang kita baca, melalui perbualan kawan-kawan kita yang masih dalam PAS ternyata jelas bahawa PAS sudah menggadaikan prinsip perjuangan asalnya. Kenapa tidak?  Sudah tidak kedengaran lagi dalam Muktamar PAS baru-baru ini pemimpin PAS bercakap pasal penubuhan sebuah negara Islam, hukum hudud dan sebagainya. Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tunjang kepada pemerintahan BN menjadi sasaran dengan cercaan dan maki hamun keranat bersekongkol dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Fatwa-fatwa sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh ulamak-ulamak PAS terutama TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz bertujuan untuk menghapuskan UMNO dan sebaliknya menunjukkan PAS benar-benar ikhlas menegakkan hukum Allah berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.  Pada masa itu PAS sangat tegas melalui kepimpinan ulamaknya mendepani usaha menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia.
Masih ingatkah kita dulu, TG Nik Aziz pernah menggelarkan UMNO sebagai parti kafir kerana UMNO menolak negara Islam. Ini petikan kata-kata TG Nik Aziz:
"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
"Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.
Sebusuk-busuk UMNO pun, masa Tun Mahathir jadi PM (digelar oleh blogger-blogger PAS sebagai Mahafiraun dan Mahazalim) beliau berani mengishtiharkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam malahan menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di dunia. Ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin-pemimpin negara Islam. Tapi PAS dengan sombong menafikannya. Malahan DAP pula melalui Karpal Singh mengatakan " Langkah mayatnya dulu jika mahu menubuhkan negara Islam". 
Tapi apakah PAS lakukan dan laksanakan di Kelantan dan di Kedah selepas memerintah lebih 20 tahun di Kelantan? Apakah PAS dapat jadikan negeri Kelantan sebuah negeri Islam contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia? Hanya sekadar gelaran 'negeri Serambi Mekah' tapi kegiatan maksiat, kes-kes rogol, sumbang mahram, zina tetap menunjukkan jumlah kes yang lebih kurang sama dengan negeri-negeri lain. Rakyat lebih miskin dan bertebaran mencari nafkah di negeri-negeri lain di Malaysia. Masalah pengangguran terus berlaku. Masalah air bersih tidak dapat diatasi. Rasuah dalam kerajaan PAS mahupun PKR juga berlaku malahan lebih dahsyat lagi. Kes kematian Toh Beng Hock dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan ada unsur salahguna kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin negeri. Kronism dalam kerajaan PAS di Kelantan juga berlaku. Macam mana wakil-wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin PAS berkereta besar-besar yang mewah jika sekadar elaun wakil rakyat sebenarnya tak mampu begitu.  Tapi jika wakil rakyat UMNO begitu maka didakwan makan rasuah. Jika pemimpin PAS yang kaya itu rezeki Allah jika ada rasuah itu bukan rasuah itu sedekah jariah. 
TG Haji Hadi pula dalam ucapan di Muktamar PAS baru-baru ini kata PAS tidak akan melaksanakan negara Islam kerana ianya tak disebut dalam al-Quran. Mengejutkan kita semua rakyat Malaysia terutama puak-puak yang menyokong dan taksub dengan perjuangan PAS selama ini. Puak-puak ini benar-benar percaya dan yakin bahawa PAS memperjuangkan Islam (menubuh sebuah negara Islam). Sehingga puak-puak ini sanggup dan berani mengatakan UMNO kafir laknatullah! Kerana pemimpin UMNO tolak Islam. Sapa kata Nik Ajis kata, dan Haji Hadi yang kata. Pandangan tokoh-tokoh Islam lain mereka tak mahu terima. Mungkin ilmu tokoh agama seperti Felo Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady tidak setinggi ilmunya dengan Nik Aziz. 
Suara ulamak dalam PAS sudah tidak ada lagi. Yang dipilih oleh para perwakilan PAS mereka yang vokal, kata Datuk Nasaruddin bekas Timbalan Presiden PAS seperti Mat Sabu. Tokoh PAS yang pernah didakwa di mahkamah terlibat dengan kes khalwat dengan isteri orang  di salah sebuah hotel di Kota Bharu. Tokoh PAS yang dikaitkan dengan penyelewengan tabung Memali. Bukan ulamak tapi pemimpin vokal yang lantang menyerang pemimpin UMNO sejak puluhan tahun dahulu. Eloklah dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS memecah tradisi kepimpinan PAS bukan ulamak. Rakyat dapat menilai PAS hari ini di bawah pemimpin Haji Hadi dan PAS semasa kepimpinan ulamak zaman Datuk Asri Muda dan Datuk Fadzil Noor menjadi Presiden PAS. Dan apakah PAS akan tarik balik fakwa UMNO itu kafir?

2 comments:

  1. Org Melayu tak percaya lagi dgn PAS. Pemimpin PAS sekarang ini memesong perjuangan PAs yang asal. selamat tinggal PAS.

    ReplyDelete
  2. PAS dgn membuat usul yg video seks Anwar Ibrahim adalah palsu, akan terjebak dlm masalah besar.
    Jika video itu sah dilakukan oleh Anwar, maka semua ahli2 PAS turut menanggung dosa Anwar berzina dgn amoi itu kerana bersubahat. Orang2 PAS pun dapat dosa yg sama berat yg dipikul oleh Anwar!
    Kenapalah PAS begitu bodoh sehingga meluluskan usul yg sebegitu rupa?
    Yang sedap2 berzina adalah Anwar, kenapa ahli2 PAS yg mungkin rasa sedap menonton video itu saja nak tanggung dosa bersama?
    Orang Islam melihat ini sebagai satu lagi kebodohan PAS.
    Macam mana nak menang PRU13 nanti?
    Kecuali jika Melayu yg rata2 bodoh mudah lupa ..........

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.