"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, November 13, 2011

BN semakin gelabah, ribuan hadir ceramah PAS di Gertak Sanggul Pulau Pinang semalam.

Tahniah kepada pasukan hoki negara yang berjaya mengalahkan pasukan Australia dalam final Hoki Sultan Johor semalam. Selepas itu aku dengan seorang kawan segera ke Gertak Sanggul, Pulau Pinang. Kira-kira jam 11.00 malam kami tiba di situ. Semasa melalui pekan Bayan Lepas, kereta sudah bertali arus, pelan-pelan melalui jalan pekan Bayan Lepas yang begitu sempit. Sekali lagi nak masuk simpang ke Gertak Sanggul di pekan Teluk Kumbar lagi sekali lagi kereta pelan-pelan memasuki simpang. Kereta cukup banyak di Bayan Lepas dan Teluk Kumbar, begitulah banyaknya kenderaan menuju ke Gertak Sanggul. Kawan saya kata, sudah pasti ribuan penonton yang hadir lihatlah hampir jam 11.00 malam kenderaan masih banyak melalui pekan Bayan Lepas dan Teluk Kumbar. Lagi pun ceramah malam ini katanya pula dijemput khas dari Kelantan, Setiausaha Akhbar kepada MB Kelantan.
Kira-kira 15 minit dari Pekan Teluk Kumbar kami pun sampai di Gertak Sanggul. Kami terkejut, macam tak percaya, tak sampai 100 orang yang hadir. Kebanyakannya berada di luar khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. Yang ada di bawah khemah hanya beberapa orang sahaja. Itu pun sudah tentu ahli Pas totok. Di luar sana bersandar di kenderaan, di bawah pokok, duduk atas motor, berdiri di tepi jalan sudah tentu sekadar datang nak dengar apa yang penceramah2 malam itu nak kelentong rakyat di situ. Memang kelentong pun.
Aku sempat dengar ceramah oleh SU Akhbar MB Kelantan kelentong rakyat di situ. Dia kata kerajaan Malaysia beli kapal selam tak boleh selam menggambarkan begitu bodoh kerajaan Malaysia. Dia puji kerajaan Kelantan diperintah PAS tidak kena teguran oleh Audit Negara. Tidak ada rasuah dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Ada pula dua tiga orang mungkin ahli Pas totok tepuk tangan suka rupanya bila SU Akhbar itu memuji kerajaan Kelantan. Tapi yang pelik kali ini, tak pula disambut dengan teriakan takbir pada malam itu. Mungkin sambutan terlalu dingin malam itu hilang semangat sebab tak seberapa orang pula yang akan sambut takbir. Tapi aku yakin puak2 ini menghormati kehadiran beberapa penonton Cina yang hadir tetapi berdiri di tepi jalan. Mungkin teriakan takbir itu 'diharamkan' sebab venue ceramah tersebut berhampiran penduduk padat Cina di Gertak Sanggul. Kira-kira 20 minit kami di situ, kami pun angkat kaki.

4 comments:

  1. tak de gambo ke????

    ReplyDelete
  2. kalau ada gambar leh saya bako cukup2 dekat juak2 kekeke.. mau sakit nenen diaorang kekeke

    ReplyDelete
  3. jgn lah cakap pembohong kata tak ramai org datang..hang kira satu satu ke atau main agak2 aje....hang tak kira sekali anjing kucing katak puru puntianak jumlah2 mahu 5000 penyokong......

    org cina tak mahu dgr sbb kerusi depa tak ada kesan walaupun pas kalah nanti....Pas4all lah katakan......keh keh keh...kesian musngka, anry bird.zat.....

    ReplyDelete
  4. Gambar tak dapat ambil sebab di bawah khemah agak gelap. Sy cuma ada camera h/p shj. Penganjur pun pandai tak pasang lampu.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.