"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, January 24, 2013

Dilema aku penyokong PAS!

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan mana-mana umat Islam yang menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan kitab mereka boleh membawa kepada kekufuran.

Penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya.

Masalahnya Karpal Singh, Azmin Ali dan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa kesepakatan dalam penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di kalangan pemimpin utama PAS, PKR dan DAP adalah kekal. Kata lain Pakatan Rakyat masih mengekalkan persetujuan bahawa kalimah Allah boleh dibenarkan digunapakai oleh agama lain. Dalam persetujuan itu, Presiden PAS, TG Haji Hadi turut bersetuju.

Selagi Presiden PAS tidak bawa penarikan balik persetujuan itu ke peringkat kepimpinan tertinggi PR, selagi itulah kata sepakat bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain akan kekal.

Sebagai ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS sudah tentu berada dalam keadaan dilema. Ditelan mati bapa diluar mati emak. Jika pilihanraya umum nanti, aku sokong calon PR, sudah pasti aku secara langsung menyokong kalimah Allah digunakan oleh Bible. Kata Dato Harun Din, yang sokong akan membawa kepada kufur. Jika aku pegang janji TG Nik Ajis bahawa yang sokong PAS gerenti masuk syurga. Ini bermakna aku boleh undi calon PKR mahupun DAP walaupun DAP menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Bodoh betul aku nih!


1 comment:

  1. ok lah jugak kalau dh tau diri tu bodoh. yg dok berangan dpt kuasa & putrajaya walhal sedang diperbodohkan tu apa cerita? bodoh tak kebah2....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.