"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 12, 2010

UmmiHafida Ali, adik Azmin Ali minta abangnya, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah pulang ke pangkal jalan dan bertaubat

Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.
Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.
'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.
- UMMI HAFILDA ALI
Adik Azmin Ali.

5 comments:

  1. tahniah kepada Hafilza Ali...teruskan perjuangan anda untuk menyedarkan manusia yg hipokrit dan berniat jahat terhadap bangsa sendiri dan menipu rakyat dengan bertopeng agama ....kita juga ingin menyeru kepada pengikut2 yg terlalu taksub...tiada manusia yg ingin mengfitnah abang sendiri sekiranya perkara yg didedahkan tidak benar......

    ReplyDelete
  2. perjuangan yang sebenar2nya tidak memerlukan publisiti......

    ReplyDelete
  3. Bukan untuk publisiti tapi menyatakan kebenaran! kebenaran! kebenaran! bukan publisiti murahan. Pembangkang begitulah modalnya...sikit2 publisiti murahan itu saja yang tahu!

    ReplyDelete
  4. bckp mgenai pjuangan...
    bckp mngenai kbenaran...
    lucu la korang niee....hahahah

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.