Ada penyokong kuat pembangkang mengamuk pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Dia mengamuk bukan pasal tak dapat bantuan atau tak dapat baucer. Dia mengamuk pasal tak tahan dengar YB ADUN berucap sebelum baucer diserahkan kepada penerima-penerima baucer.
Mungkin seumur hidup dia, dia belum pernah dengar orang UMNO berceramah. Bila kena pukul ke batang hidung sendiri, rupa-rupanya dia terasa. Dia pedih telinga. Apa yang ADUN Bayan Lepas, YB Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad sampaikan semalam berdasarkan fakta dan pengalaman beliau. Pengalaman beliau selaku exco semasa BN mentadbir Pulau Pinang dulu.
Puashati dan lega rasanya semalam setiap isu dikupas oleh YB ADUN semalam di hadapan kira-kira 400 penerima BR1M. Penyokong-penyokong PAS tidak boleh dengar cerita-cerita benar, sahih dan berfakta. Penyokong-penyokong PAS selama ini telinga mereka sentiasa disumbat dengan cerita-cerita rekaan dan fitnah oleh pemimpin-pemimpin mereka. Bila terdengar kupasan pemimpin UMNO semalam , mereka jadi tak tentu hala. Nak balik nanti tak dapat baucer. Ucapan tak sampai setengah jam pun, terasa lambat amat sangat. Barulah hampa tau!

Walau bagaimanapun kita ucapkan tahniah kepada rakan-rakan pembangkang yang lain masih sanggup mendengar ucapan ADUN Bayan Lepas sehingga tamat. Dia menyeru kepada semua penerima-penerima baucer semalam terutama orang-orang Melayu supaya bersatu. Jangan kira parti katanya. Dia minta orang PAS, orang UMNO, orang PKR dan orang Melayu DAP jika ada bersatulah. Selama ini kita bersembahyang dan berjemaah tak kira imam itu orang UMNO atau orang PAS. Orang-orang UMNO bersedia menerima imam dari PAS, kenapa pula orang-orang PAS dan PKR tidak boleh berimamkan orang UMNO?
Begitulah cara pemimpin UMNO berucap. Menyeru orang Islam bersatu dan menasihati semua hadirin terutama orang Islam supaya tidak bergaduh antara satu sama lain. Dia mengingatkan semua tidak mudah percaya berita-berita palsu atau fitnah. Fikir dan siasat dahulu supaya kita tidak terpengaruh atau tidak mudah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Tapi apa yang kita selalu dengar ceramah-ceramah pemimpin pembangkang kebanyakannya membawa kepada perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.
Wahai kawan-kawan kita yang pro pakatan pembangkang terutama orang Melayu/Islam marilah kita berfikir secara rasional, apakah PAS berada di landasan yang betul dan tepat sejak bersama dengan Pakatan Rakyat? Apakah perjuangan DAP dan PKR merupakan rakan seperjuangan dengan PAS boleh dipercayai dan boleh menjamin kepentingan Melayu, agama Islam dan sistem Raja Berperlembagaan terpelihara dengan baik?
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.