UPSI merupakan sebuah pusat pengajian tinggi khusus melahirkan guru-guru berijazah di Malaysia. Dulunya lebih dikenali sebagai SITC (Sultan Idris Training College) mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kami guru-guru lulusan SITC juga dikenali sebagai anak-anak kandung Suluh Budiman turut terasa malu dengan kejadian demontrasi itu.
Sikit sebanyak nama Suluh Budiman terjejas. Nama yang disanjung-sanjung suatu masa dulu sebagai tempat yang ramai melahirkan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air dari kalangan guru-guru Melayu. Tapi kejadian demontrasi semalam oleh mahasiswa pro Anwarisma di hadapan pintu masuk UPSI telah merosakkan imej UPSI. Rakyat mahu tahu apakah jenis guru seperti Adam Adli yang mahu UPSI lahirkan?
Kita yakin Adam Adli dan rakan-rakan mahasiswa yang ditahan semalam oleh polis Tanjung Malim tidak mewakili puluhan ribu mahasiswa lain. UPSI dan pihak berkuasa universiti-universiti yang terbabit perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tatatertib jika jelas golongan mahasiswa ini benar-benar bersalah.
Kita yakin Adam Adli dan rakan-rakan mahasiswa yang ditahan semalam oleh polis Tanjung Malim tidak mewakili puluhan ribu mahasiswa lain. UPSI dan pihak berkuasa universiti-universiti yang terbabit perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tatatertib jika jelas golongan mahasiswa ini benar-benar bersalah.
Kenapa hari ini mahasiswa mahu berdemontrasi? Sedangkan kerajaan melalui KPT telah memaklumkan kepada badan-badan yang mewakili mahasiswa bahawa AUKU sedang disemak dan dikaji. Kerajaan belum membuat keputusan menolak AUKU tapi mengapa pula Adam Adli dan SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) begitu tidak sabar mengadakan demontrasi haram?Apakah ada udang di sebalik mi.
Adm Adli nak jadi hero menjelang PRU yang hampir tiba. Jagalah pelajaran dulu, takut yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Jika Adam Adli bercita-cita sangat nak jadi ahli politik, berhentilah jadi guru pelatih di UPSI. Elaun belajar kerajaan Malaysia beri, entah-entah dapat sambung belajar separuh gaji tapi pada masa yang sama dia hentam kerajaan. Guru tidak tahu bersyukur. Dia lupa asal usul dia seorang guru. UPSI bukan tempat melahirkan ahli politik bodoh seperti Adam Adli. Malu anak-anak kami yang bakal diajar oleh guru macam Adam Adli.
Mahasiswa yang puluhan ribu lain jangan jadi bangang seperti Adam Adli. Badan-badan mahasiswa lain jangan jadi bodoh seperti SMM. Jika kita mahasiswa kita jangan sekali mudah diperalatkan oleh pihak lain. Kita diberi akal dan boleh berfikir secara rasional buatlah keputusan dan tindakan yang bijaksana. Jangan terlalu emosional, yang rugi diri sendiri, emak bapak serta juga negara. Kita yakin puluh ribuan mahasiswa di luar sana tidak menyokong tindakan Adam Adli dan SMM.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.