Banyak majlis dianjurkan oleh UMNO. Ada pemimpin pandai dapatkan publisiti media dan ada pula pemimpin Umno yang buat program tanpa kehadiran pihak media. Namun yang paling penting, kehadiran para jemputan dalam sesuatu program itu.
Setakat ini apa sahaja program anjuran UMNO akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada setiap lapisan rakyat. Cuma satu masalah yang masih tidak berubah. Mungkin pemimpin UMNO sedar tapi buat-buat tak tahu. Di kalangan orang ramai di bawah sudah merungut di mana perginya ketua cawangan UMNO/Pengerusi JKKKP? Banyak program yang dibuat belum sekali nampak muka.
Jika sibok bisnis, kita cadangkan ketua-ketua Umno seperti ini berilah peluang kepada orang lain pula jadi Ketua Cawangan/Pengerusi JKKKP. Ambil contoh kawan-kawan kita yang lain, sibuk juga dengan bisnis tapi dia pandai atur orang dia. Dia tak boleh datang, akan ada wakil yang akan datang. Macam ini tak apa. Pemimpin UMNO di atas terutama Ketua Bahagian kena tegas tentang perkara ini. Pemimpin UMNO di atas sana tak boleh berlembut sangat. Tak boleh juga terlalu banyak bertolak ansur takut suatu hari nanti ketua bahagian ditolak secara beransur-ansur.
Ketua Cawangan yang rekod serbisnya kurang baik semakin merosot perlu dinasihatkan letak jawatan ataupun kembali aktif semula jika terlalu sayangkan jawatan itu. Kasihan kepada anak buah yang bekerja kat bawah. Setiap program tak nampak muka dia. Tak boleh macam tu lagi. Ketua Cawangan yang sibuk elok letak jawatan secara sukarela dan serahkan kepada orang lain. Banyak lagi yang boleh jadi ketua. Mungkin lebih baik lagi daripada kita. Jangan tamak jawatan kerana jawatan itu tanggung jawab. Tanggungjawab itu amanah yang perlu kita tunaikan. Jawatan itu bukan diberi tapi kita sendiri yang mahu hingga sanggup merebut atau bertanding dan berkempen untuk dapatkan jawatan itu.
Eloklah ketua-ketua cawangan UMNO seperti ini bermuhasabah diri. Jika benar-benar serbis semakin merosot jangan tunggu lagi, serahkan kepada kawan-kawan yang lebih berwibawa. Kita mahu UMNO secara keseluruhannya sentiasa bersedia berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak mahu rakyat bercakap pasal pemimpin UMNO tak buat kerja, tak nampak muka, tamak kuasa, gila jawatan dan pelbagai lagi. Kita tak mahu orang ramai bercakap pasal kelemahan pemimpin UMNO di kedai-kedai kopi, bangsal nelayan, tepi padang permainan, rumah kenduri dan sebagainya.
Tahun 2012 sudah bermula, ketua Umno cawangan tak boleh lena lagi. Semakin hari pilihanraya umum semakin hampir. Jika ada pemimpin Umno masih ditakuk lama, elok sangat ketua bahagian panggil dan nasihat atau beri sahaja amaran ketua-ketua cawangan tersebut. Walaupun ketua-ketua cawangan seperti ini tidak banyak, hanya beberapa orang sahaja tapi bimbang kerana nila setitik rosak susu sebelanga!!!!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.