"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, January 14, 2012

Peringatan kepada mereka yang mahu jadi calon PRU13!

Semakin hampir dengan PRU nampak semakin teruk segelintir pemimpin dan juga bekas pemimpin UMNO kita. Bukan ramai tapi hanya segelintir sahaja! Yang tak sabar nak jadi calon. Dia cuba naik melalui dari atas. Maklumlah dia kenal rapat dengan menteri-menteri semasa dia jadi pemimpin dahulu. Lebih-lebih lagi dia ada banyak qulus. Hidupnya begitu mewah, rumah bunglow dan kereta-kereta mewah. Pasal duit dikira tak ada masalah! Kalau macam ini, rakyat akan senang jika dia jadi wakil rakyat. Dia tak harap peruntukan kerajaan, dia boleh bagi duit poketnya sendiri sebab dia banyak duit.

Sekarang mereka ini bukan pemimpin Umno lagi. Mungkin jadi pemimpin NGO. Tapi mereka ini begitu hendak nak jadi calon. Kita tak hairan pasal apa nak jadi calon. Itu dia punya pasallah!!! Cuma yang kita suluh-suluh dan dengar-dengar, cara mereka ini tak begitu seronoklah! Nak cite di sini pun kurang baiklah. Ludah ke langit akan timpa ke batang hidung sendiri! Cuma sikit-sikit tu bolehlah cakap kat sini. Nak kena jaga juga maruah orang-orang kita dan pemimpin kita.

Peluang nak jadi calon masih terbuka kepada semua. Tidak semestinya dia jadi ketua bahagian atau ajk bahagian. Orang tak duduk dalam bahagian pun boleh jadi calon jika dia calon berpotensi untuk menang. Oleh itu jagalah adab supaya jika jadi calon, pengundi-pengundi berkenan. Ingatlah politik hari ini tidak sama dengan suasana politik dahulu. 

Cite ni agak pelik tapi benar. Nak jadi calon jadilah. Tapi hati-hati dengan kawan-kawan rapat di sekeliling kita. Orang di tepi di kiri, kanan depan dan belakang. Orang ini kadang-kadang lebih bahaya.  Rosak pemimpin kerana orang kepercayaan kita tidak jujur. Mereka ini sentiasa di sekeliling dan hampir dengan kita. Macam lalang tapi jika hati jujur dan ikhlas tak kisah. Masalahnya ada yang jadi batu api amat merbahaya, boleh timbul huru hara, boleh memecah belahkan di kalangan pemimpin yang ada.

Selama ini kita tak percaya. Bila kita dekati dengan golongan ini, kita sendiri takut nak jadi 'orang politik'. Maklumlah orang yang rajin di surau, selalu menjadi imam pun  sanggup berbohong dan memfitnah pemimpin lain. Kita hilang hormat kepada orang seperti ini. Mereka tidak jujur kepada pemimpin mereka, malahan mereka boleh jadi pencetus kepada perpecahan di kalangan pemimpin. Malanglah kepada ahli-ahli Umno yang mempunyai ketua seperti ini. Berselindung di sebalik pakaian labuh dan serban di kepala.

Sepatutnya mereka ini jadi penasihat kepada amal makruf nahi mungkar. Mereka sepatutnya tunjuk contoh dan tauladan yang baik kepada ketua mereka. Sebaliknya mereka pula yang tidak berlaku jujur kepada ketua mereka. Katakanlah ya jika pemimpin itu baik. Kenapa sanggup menafikan peruntukan-peruntukan yang diterima daripada wakil rakyat sedia ada? 

Amat rugi dan merbahaya jika melobi (nak jadi calon) dengan cuba menjatuhkan kredibiliti atau memfitnah wakil rakyat yang ada. Kita pasti cara ini adalah salah dan amat tidak sesuai malahan tidak logik. Jika ditakdirkan jadi calon, apakah boleh menang tanpa sokongan bekas wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin yang lain? Dalam suasana politik hari ini, yang begitu mencabar dari dalam dan luar, depan dan belakang, atas dan bawah, sokongan padu semua amat-amat diperlukan! Apa guna jadi calon tapi tumbang dalam peti undi pilihanraya?

Yang salah perlu dibetulkan. Calon PRU13 mesti menang. Biarpun calon itu dari kumpulan mana cawangan mana sekalipun asalkan calon itu mewakili BN. Biarlah kita naik dengan cara yang betul supaya orang kita boleh sokong dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya. Kurangkan musuh-musuh di sekeliling kita sebaliknya perbanyakkan kawan rakan. Calon mesti mempunyai penasihat dan kawan rakan yang berkarisma dan dihormati. Musuh dalam selimut lebih bahaya daripada musuh yang sebenarnya. Ingatlah bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Tapi masalah banyak boleh diselesaikan dengan kejujuran dan keikhlasan.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.