"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, January 6, 2012

USM dikuasai Anwarisma , 10 ribu mahasiswa berdemontrasi..

Pihak pentadbiran USM tidak harus bimbang dengan kehadiran kira-kira 10 ribu mahasiswanya berdemo di atas gelanggang bola keranjang USM. Heboh seluruh negara, sms diterima seolah-olah satu lagi pintu pagar universiti terkenal di Pulau Pinang akan diceroboh oleh mahasiswa.
Masyarakat sekitar, pemilik-pemilik kedai dan peniaga-peniaga rasa bimbang takut satu lagi kejadian pintu kaca akan pecah semalam. Rupa-rupanya mahasiswa USM tidak sebodoh Adam Adli. Mahasiswa USM boleh memikirkan antara kebenaran dan kepalsuan, antara batu berlian dengan batu jalan. Yang berani tampil semalam kira-kira 10 orang mahasiswa jantan dan betina USM. 
Lega rasanya pihak pentadbiran USM. Nama baik USM terselamat. Majoriti mahasiswa USM memang golongan terpelajar dan cukup matang dengan hal ehwal politik pembangkang (DAP, PAS dan PKR). Jagalah nama baik USM sebagai sebuah universiti tempatan yang kedua tertua di negara ini selepas Universiti Malaya. Hayatilah Wawasan dan Misi USM supaya mahasiswa USM tidak terpengaruh dengan politik sempit anjuran PKR dan rakan-rakan sepakatan dari DAP dan PAS yang bermati-matian mahu membebaskan hanya seorang individu tidak bermoral dan takut kepada bayang-bayangnya sendiri.
Sekalung tahniah YDP MPP USM dan kumpulan mahasiswa Aspirasi USM kerana dapat menjaga nama baik USM kerana aku juga bekas penuntut sarjana dari USM.

1 comment:

  1. Itu bezanya orang berilmu dengan pelajar universiti kelas 3

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.