"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, January 21, 2012

PAS reda menerima ketentuan Allah SWT!

Apa yang tak kena pada PAS akhir-akhir ini? Macam kita tak percaya. PAS sebuah parti Islam. PAS lantang mempertahankan Islam. Hidup PAS kerana Islam. Ulamak-ulamak bersama PAS. Tanpa PAS, syiar Islam tidak berkembang di Malaysia ini. PAS hanya satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam. Dengan bangganya ahli-ahli PAS mengatakan hanya PAS memperjuangkan negara Islam. 
Kata mereka perkembangan syiar Islam yang kita lihat hari ini hasil perjuangan PAS. UMNO hanya sebuah parti mewarisi perlembagaan penjajah, mengamalkan asobbiyah, rasuah, kronisme dan tidak adil. UMNO jahat sebab meruntuhkan masjid dan surau. Parti mana yang meruntuhkan surau di Alor Star? Parti mana membina hanya sebuah masjid selama lebih 20 tahun memerintah? Pemimpin-pemimpin parti mana ada bapa mertua dan menantu dalam pentadiran negeri? Pemimpin-pemimpin parti mana ada suami isteri jadi wakil rakyat, jadi pemimpin utama dalam parti, anak-pinak jadi wakil rakyat di Pulau Pinang dan Kelantan. Apakah UMNO yang buat semua itu?
Bank Islam Malaysia Berhad wujud hasil perjuangan PAS? Kewujudan Mahkamah Syariah bermula di Kelantan? Sistem insurans Takaful menjadi alternatif kepada insurans konvensional juga hasil perjuangan bermula di negeri Kelantan? Sistem perbankan Islam yang dilaksanakan oleh di Malaysia adalah ilham dari Presiden PAS? Apakah kerana PAS lah Malaysia menjadi negara Islam contoh di dunia?
Sebenarnya banyak lagi perjuangan PAS yang UMNO kena ikut. PAS telah melaksanakan hukum hudud PAS di Kelantan sejak memerintah 20 tahun dahulu. Hukum hudud PAS akan diperkembangkan pelaksanaannya di negeri-negeri Pakatan Pembangkang seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Lim Guan Eng telah melantik wakil rakyat PAS tunggal di Pulau Pinang sebagai Exco Agama dan YDP MAIPP. Kerajaan Pakatan Pembangkang memberi tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam kepada wakil rakyat PAS. Lihatlah di Selangor, Dato Hassan Ali di singkir kerana mempertahankan Islam. Sebaliknya MB Selangor (wakil PKR) melantik diri sendiri. PAS tidak layak memegang portfolio agama?
Apa yang PAS perjuangkan dan pertahankan? Kalimah Allah dilacurkan oleh PAS kepada gereja. PAS sanggup tidur di atas jalan raya menghalang kenderaan anak Tuanku Sultan Perak. Penyokong-penyokong PAS berpusu-pusu menyertai Bersih 1.0 dan Bersih 2.0. Pemimpin PAS berdiam dalam isu murtad dan arak di Selangor. PAS mempertahankan individu yang rosak moral sebagai pemimpin mereka. Pemimpin Ulama semakin tersingkir secara perlahan-lahan. Sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang Islam. Sanggup berdiam dan tunduk kepada DAP dan PKR kerana memelihara kuasa politik yang ada. Sanggup menggadaikan perjuangan negara Islam dengan negara berkebajikan kerana mengejar keuntungan politik. Itulah PAS yang kita tahu hari ini. Dipijak-pijak oleh parti pakatan lain kata Dato' Hassan Ali. Di sana sini sudah ada ahli-ahli PAS yang berani bangun mencabar kepimpinan PAS. Di sana sini semakin ramai ahli-ahli PAS secara terbuka telah mengisytiharkan keluar meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO.
Mereka nampak PAS tidak mampu membela nasib orang Melayu dan memelihara Islam di Malaysia ini selagai PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP. Apa kata anda? Apakah ini yang disabda oleh Rasulullah SAW "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka". Apa itu 15 perkara carilah sendiri!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.