"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 8, 2012

Siapa yang betul, Azmin Ali atau Ketua Polis Kuala Lumpur?

Azmin Ali sudah berlakon, memulakan drama provokasi dengan pihak polis. Polis mengenakan 10 syarat tapi Azmin Ali mengatakan tiada syarat. Walaupun aku bukan pegawai polis tapi aku yakin bahawa pihak PDRM akan mengenakan syarat-syarat tertentu supaya perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam dan mengganggu perjalanan mahkamah.

Sepatutnya tiada perhimpunan dibenarkan berhampiran mahkamah. Jika Perhimpunan Sejuta Ummah boleh diadakan di Stadium Shah Alam, kenapa pula perhimpunan 901 yang ada kaitan langsung dengan keputusan perbicaraan Kes Liwat II  Anwar Ibrahim dibenarkan berhimpun berhampiran mahkamah?

Sebelum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan Azmin Ali yang membingungkan pihak polis sendiri. Sudah tentu kehadiran beribu-ribu penyokong PKR akan mendengar arahan Azmin Ali. Biasanya peserta perhimpunan enggan mendengar amaran dan nasihat pihak polis sehingga pihak PDRM terpaksa sembur air dari Water Canon atau gas pemedih mata.

Provokasi akan berlaku! Pasti berlaku! Apakah peserta-peserta perhimpunan itu semuanya mahu dengar arahan dan nasihat polis? Jika berlaku, pihak polis juga akan terperangkap. Pihak polis akan dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan. Suhakam akan mengeluarkan kenyataan menyebelahi pihak penganjur perhimpunan. Majlis Peguam sudah pasti akan menyalahkan pihak polis. Anwar Ibrahim akan sekali lagi menagih simpati rakyat  jika tidak dipenjarakan, mungkin dia didakwa dibelasah oleh pihak polis. Mungkin sekali lagi sakit tulang belakangnya berulang kembali. 

Semua kemungkinan boleh berlaku. Tujuan perhimpunan mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Kesempatan diambil hanya untuk menimbulkan suasana tegang dan simpati menjelang pilihanraya umum. Rakyat akan menjadi mangsa. Peniaga-peniaga akan rugi. Pemandu-pemnadu teksi di Kota Raya akan hadapi masalah kesesakan jalan dan ketiadaan penumpang. Suasana tegang di ibu negara akan merisaukan pelabur-pelabur asing. Wartawan-wartawan asing akan melaporkan kepada dunia, politik Malaysia semakin tidak stabil. 

Cuma majoriti rakyat Malaysia masih rasional dan tidak ikut emosi seperti rakyat Mesir dan Syria. Majoriti mahasiswa universiti tempatan golongan terpelajar dan berilmu. Mereka tidak mudah terpengaruhi dan dipengaruhi oleh puak-puak yang mahu menggulingkan kerajaan secara 'huru hara'. Ingatlah, apa yang berlaku di Mesir dan Syria tidak boleh dibenarkan berlaku di Malaysia.

Walau bagaimanapun perhimpunan 901 telah dibenarkan oleh PDRM. Rakyat menjadi saksi. Siapa yang akan memulakan provokasi? Tunggulah dan lihatlah apa sebenarnya yang akan berlaku esok pagi!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.