"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, January 5, 2012

Dr. Rani, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ditempelak oleh Dato' Hassan Ali!!!!!

Apa yang Anwar Ibrahim mahu? Sudah lebih 400 NGOs telah membuat laporan polis sebagai bantahan terhadap usaha Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR mengadakan perhimpunan haram pada 9 Januari 2012 ini. Dato' Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor turut menyatakan kekesalan beliau terhadap Dr. Rani, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang turut mengajak ahli-ahli PAS sama-sama turun pada hari tersebut. 

Dato' Hassan Ali menempelak Dr. Rani kerana melarang ahli-ahli PAS menyertai Himpun di Stadium Shah Alam sedangkan perhimpunan itu membincangkan tentang akidah umat Islam yang juga merupakan asas perjuangan kepada parti PAS sendiri. Mengapa pula Dr. Rani menyeru ahli-ahli PAS supaya turun pada 9 Januari 2012 ini menyokong PKR kerana memperjuangkan hanya seorang individu yang  menghadapi masalah moral. 

Dato' Hassan Ali berkata "Bukan sahaja ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS  malahan lebih-lebih lagi saya sendiri tidak akan menyokong perhimpunan itu". Beliau menyatakan rakyat sudah 'mual' dengan kes Anwar. Anwar Ibrahim sudah banyak ruang dan peluang diberikan oleh mahkamah. Tidak kurang 60 kali Anwar membuat penangguhan kes liwatnya dan terbanyak dalam sejarah kes penangguhan mahkamah di Malaysia.

Dato' Hassan Ali menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS tidak keluar menyertai perhimpunan itu. Dia juga menyeru golongan mahasiswa agar lebih menumpukan kepada peperiksaan di universiti bukan menyertai perhimpunan yang tidak memberi faedah apa-apa kepada mahasiswa.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.