"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, August 21, 2012

Betulkah dakwaan PAS, UMNO tolak hukum hudud?

Isu hukum hudud mula jadi hangat menjelang pilihanraya. Isu hukum hudud kembali senyap selepas pilihanraya. Hukum hudud dijadikan umpan untuk memancing pengundi-pengundi. Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz telah lama mewartakan "Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud)". Tapi atas alasan apa kita tidak ketahui sehingga ke hari ini ia tidak dapat dilaksanakan? Yang berdegar-degar, kerajaan pusat akan tolak atau UMNO akan saman jika dilaksanakan hukum hudud itu?
Tidak usahlah PAS beretorik dalam isu agama. Teruskan pelaksanaannya, biarlah rakyat melihat benarkah kerajaan pusat atau UMNO yang nak saman? Sama juga TG Haji Hadi semasa PAS memerintah Trengganu. Telah menggubal dan mewrtakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002. Tapi tidak dilaksanakan walaupun ada desakan rakyat Trengganu. TGHH secara mudah memberi alasan bahawa hukum hudud cuma 0.0001% daripada undang-undang syariah.
PAS tidak menunjukkan kesungguhan dan keseriusan mereka untuk melaksanakan hukum hudud. Bila isu hukum hudud dibangkitkan semula menjelang PRU13 ini, MB Kelantan telah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan (lebih kurang begitulah, tak ingat dah) yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (jika tak betul, sila betulkan). Tapi sehingga kini, Jawatankuasa tersebut difahamkan belum dapat berjumpa sekali pun (jika salah minta maaf). Begitulah yang sedang berlaku dalam pelaksanaan hukum hudud oleh kerajaan PAS.
Akhirnya UMNO yang jadi mangsa politik PAS. PAS sanggup menuduh UMNO tolak hukum hudud PAS kerana UMNO tidak melaksanakan hukum hudud peringkat kerajaan persekutuan. Memang benar pun Tun Mahathir ada mengulas tentang draf hukum hudud PAS semasa beliau memberi ucapan di Nilam Puri, 1994. Dari petikan ucapan beliau, Tun Mahathir hanya menolak hukum hudud mengikut tafsiran PAS, kata beliau "Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam." [Baca sini selanjutnya]
Wahai penyokong-penyokong PAS yang tegar dan taksub. Rasionalkan akal dan budi saudara sekelian.  Orang UMNO juga orang Islam. Mengucap dua kalimah syahadah. Berpaksikan  kepada rukun Iman dan rukun Islam. Percaya ada syurga dan neraka. Dalam UMNO juga ada ulama tapi digelar pula oleh PAS sebagai ulama upahan dan yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menggelarkan ulama UMNO dan mufti-mufti sebagai anjing UMNO. 
Terimalah dengan hati yang terbuka. TGNA dan TGHH juga manusia biasa seperti insan yang lain. Ada sifat kekurangan dan kelemahannya. Tidak maksum. Tidak semua perkara dan pandangan mereka itu semuanya betul dan benar belaka.
Kenapakah puak-puak PAS yang taksub dan tegar menyokong hukum hudud tidak menghala persoalannya isu ini kepada TG Nik Aziz. Kenapa MB Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan? Tahu atau tidak, kerana TGNA tidak mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebaik sahaja mengambil alih kerajaan Kelantan dari UMNO maka ustaz Omar Khalid mengisytiharkan meninggalkan perjuangan PAS setelah berjuang secara aktif lebih 35 tahun dalam PAS. 
Allahyarham Ustaz Omar Khalid pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang konon katanya selari dengan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Akhirnya beliau mengambil keputusan menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.[Baca sedikit kisahnya di sini]
Apalah dengan kita yang cuma setahun dua jadi ahli PAS atau sepuluh tahun dua jadi penyokong PAS jika nak dibandingkan dengan Allahyarham Ustaz Omar Khalid. Aktivis PAS selama lebih 35 tahun merupakan anak emas TG Nik Aziz. Akhirnya membuat keputusan meninggalkan PAS setelah beliau melihat 'banyak pembohongan' yang berlaku dalam kepimpinan PAS.
Marilah kita semua umat Islam mendoakan roh allahyarham Ustaz Omar Khalid akan sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

1 comment:

  1. Hukum hudud juga sebahagian dripada al quran...siapa yg tidak mahu percaya atau tidak mahu melaksanakannya(bgi pmimpin) berdosa dan ble jatuh syirik...waallahualam

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.