Bunglow Lim Guan Eng |
Cerita rumah bunglow tak habis-habis di Pulau Pinang. Mula LGE jadi KM Pulau Pinang dia sudah buat kejutan. Dia tolak kediaman rasmi 'Sri Teratai' katanya ada serangga perosak yang mungkin boleh menganggu tidur nyenyaknya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Dia menyewa sebuah bunglow mewah anggaran nilai pada tahun 2009 berharga RM2.5 juta. Mungkin sekarang sudah mencecah melebih RM3 juta. Jika sebanyak itu nilai rumah bunglow itu, boleh kita bayangkan berapakah sewa dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang setiap bulan? Dari mana duit itu sudah tentulah wang rakyat yang membayar cukai. Apakah pemimpin-pemimpin PR terutama PAS ambil kisah tentang perkara ini? Itu belum masuk lagi perbelanjaan pengubahsuai rumah bunglow itu. Sebagai rakyat kita berhak tahu berapakah perbelanjaan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyewa dan menyelenggara rumah bunglow itu setiap tahun daripada wang rakyat? Hingga sekarang difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang masih terus menjadikan rumah bunglow itu sebagai rumah rasminya. Apakah yang terjadi kepada Sri Teratai, kediaman rasmi kerajaan negeri? Sudah tentu, rumah kediaman rasmi itu juga perlu perbelanjaan penyelenggaraan pada setiap bulan/tahun oleh kerajaan negeri. Ini bermakna, kerajaan negeri melakukan pembaziran secara sengaja mungkin mencecah jutaan ringgit wang rakyat. Tapi apakah rakyat Pulau Pinang sedar tentang perkara ini. (Baca selanjutnya di sini)
Belum habis cerita rumah bunglow Ketua Menteri Pulau Pinang, muncul dengan tiba-tiba pula cerita benar sebuah rumah bekas kakitangan KM Pulau Pinang. Sesuai dengan pepatah Melayu, "Bapa borek, anak rintik". Dalam kes terbaru
Rumah bekas Staf CM |
ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta
menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan
memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.
Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah,
H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas
kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah
beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.
"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan
Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua
Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai
semasanya dianggarkan RM1.8 juta.
Kita semua rakyat Pulau Pinang mahu Guan Eng beri penjelasan khususnya berkaitan perbelanjaan menyewa/membeli rumah bunglow kediaman KM dan juga staf KM dan sumber kewangan untuk membeli/menyewa kedua-dua rumah bunglow itu?
Kita semua rakyat Pulau Pinang mahu Guan Eng beri penjelasan khususnya berkaitan perbelanjaan menyewa/membeli rumah bunglow kediaman KM dan juga staf KM dan sumber kewangan untuk membeli/menyewa kedua-dua rumah bunglow itu?
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.