"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, August 1, 2012

Negara Islam: Pemimpin DAP lebih faham Islam daripada pemimpin UMNO

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.
Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya. - BERNAMA

Komen:
Rakyat sudah sedar cuma mahu kepastian daripada pemimpin PAS. Apakah pendirian Karpal Singh masih boleh dianggap sebagai pendirian peribadi? Beberapa hari kebelakangan ini, Karpal Singh, Guan Eng dan Kit Siang serta beberapa pemimpin DAP telah menyatakan pendirian jelas mereka bahawa DAP menentang negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Antara sebab kukuh PAS menolak persahabatan dengan UMNO kerana PAS menuduh UMNO menolak hukum hudud dengan hanya kritikan Tun Mahathir terhadap draf hukum hudud PAS Kelantan suatu masa dahulu.
Kritikan Tun Mahathir itu dijadikan modal pemimpin PAS mengutuk dan menghina Tun Mahathir tanpa belas kasihan. Ada individu dalam PAS sanggup menjatuhkan hukum kafir kepada pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO secara umumnya.
Kenapakah pemimpin PAS tidak mengkaji ketidaksempurnaan draf hukum hudud PAS di Kelantan yang menjadi kritikan Tun Mahathir sendiri? Mengapa pula pemimpin PAS dan penyokong-penyokong tegar PAS berdiam diri bila TG Haji Hadi Awang (semasa menjadi MB Terengganu) menyatakan hukum hudud cuma 0.0001% dalam undang-undang Islam.
Apa yang berlaku, UMNO dijadikan sasaran puak pembangkang PAS dikatakan menolak hukum Allah. Penyatuan umat Islam di Malaysia melalui kerajaan perpaduan telah ditolak oleh PAS dengan tegas. Sebaliknya PAS lebih rela bersepakat dengan DAP dan PKR untuk memerintah negeri dan negara ini. PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO. Pemimpin PAS sendiri menghina pemimpin UMNO dengan mengatakan pemimpin DAP lebih faham Islam daripada pemimpin UMNO.
Nah! sekarang apa yang berlaku? DAP menolak negara Islam sedangkan UMNO sejak zaman Tun Mahathir jadi PM telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia. Malangnya bukan sahaja DAP menolak sebaliknya pemimpin PAS sendiri juga tidak mengakui dan mengikhtirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. PAS mahu bersekongkol dengan DAP untuk berkuasa hingga sanggup menolak segala kebaikan yang telah dibawa oleh kerajaan UMNO selama ini. Wahai penyokong-penyokong PAS dan pembangkang terutama umat Islam marilah kita bersatu dan berfikir sedalam-dalamnya agar bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia tidak kehilangan hak dan keistimewaan di negara ini akibat kita umat Islam berpecah-belah sesama sendiri!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.