Najib yang berada di Mekah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengadakan pertemuan dengan ulama-ulama tempatan di sebuah hotel di sini malam tadi (lihat gambar).
Lima ulama yang turut hadir ialah Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali dari Al Qassim Province, Arab Saudi; Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi; Ketua Hakim Mahkamah Mekah, Sheikh Saleh Al Duwaish; Pengerusi dan ahli lembaga pengarah 13 saluran tv Al Majd dan Al Huda dan Sheikh Dr. Abdul Rahim Mulazadah yang juga Penasihat Wessel Tv Channel London. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib menyifatkan pertemuan seperti ini dapat menterjemahkan prinsip beliau serta kerajaan bahawa ulama dan umarak perlu memupuk hubungan yang baik bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara supaya dapat memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.
Mereka juga berbesar hati dari segi lawatan peribadi ke Malaysia dengan melihat perkembangan yang amat positif dalam usaha Malaysia memerangi kemiskinan terutama kejayaan yang dicapai oleh Felda sebagai bentuk pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan," katanya.
Di samping itu, ulama-ulama berkenaan juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama tetapi telah dapat menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Daripada situ (Islam sebagai agama Persekutuan), kita dapat melaksanakan dasar-dasar untuk meninggikan syiar Islam dan tuntutan Islam tanpa menafi hak orang bukan Islam menganuti agama masing-masing," katanya.
Pada pertemuan itu juga beliau menjelaskan pegangan Malaysia kepada konsep wasatiyyah sejak dulu hingga sekarang selari dengan kehendak Islam di mana kesederhanaan inilah yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.
Mereka juga menghargai bahawa di peringkat enakmen negeri telah mentafsirkan Islam sebagai Sunnah Waljamaah yang dengan ini kita dapat mempertahankan kesucian Islam dan dengan itu tidak berlaku kemungkinan timbul apa-apa unsur yang boleh membawa konflik atau kerosakan akidah," katanya.
Dari gambar yang dipaparkan itu kelihatan bekas Presiden PAS, ustaz Nasaruddin Mat Isa di sebelah kanan DS Najib. Pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong-penyokong tegar PAS boleh lihat sendiri (tapi puak2 ini tak baca Utusan) gambar bekas Presiden PAS bersama PM. Jika Ustaz Nasaruddin tidak berkenan dengan dasar kerajaan BN/UMNO, kita pasti Ustaz Nasaruddin tak akan berada di situ.

Ini juga menunjukkan betapa lemahnya perjuangan PAS hari ini sejak PAS berada dalam Pakatan Pembangkang. Bekas Neib Presiden PAS, Dato Hassan Ali menyeru ahi-ahli PAS bangkit dan mendesak PAS keluar dari Pakatan Pembangknag. Begitu juga Ustaz Nasaruddin meminta PAS keluar dari Pakatan kerana keangkuhan Karpal menolak negara Islam dan hukum hudud.
Kata mereka ahli-ahli PAS akar umbi sudah tidak selesa lagi dengan DAP. PAS terlalu berlembut dan bertolak ansur hingga sanggup menggadai perjuangan asal PAS untuk menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. PAS sudah tak ada taringnya lagi. Dasar perjuangan PAS sudah tersasar. Politik didahulukan, agama dikemudiankan.

Oleh kerana itu, suara-suara pemimpin PAS terutama Presiden PAS, TG haji Hadi Awang kadang-kadang tidak konsisten dan lemah. Begitu juga pandangan TG Nik yang semakin tua semakin melalut hingga rakyat yang menyokong PAS jadi keliru dan bercelaru. Kita tunggu selepas ini, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri, Ustaz Nasaruddin (bekas Presiden PAS) akan mengisytihar dirinya meninggalkan PAS dan sebaliknya memperjuangankan syiar Islam melalui platform UMNO. Kita tunggu! InsyaAllah UMNO lebih kuat dengan penyertaan lebih ramai ulama muda dan ulama veteran. maka lebih mudah pelaksanaan hukum Islam secara perlahan dapat dilakukan tanpa berdolak dalih lagi.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.