Karpal Singh sudah pasti dengan yakin dia dan DAP tetap menentang penubuhan sebuah negara Islam. Manakala PAS pula sebelum ini pun tidak mahu mengiktirafkan Malaysia sebuah negara Islam contoh tatkala mana Tun Mahathir jadi PM dahulu. Sehingga ke hari ini pun, PAS masih mempertahankan pendirian mereka bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam contoh di dunia. Untuk tujuan politik memecah belah pengundi-pengundi Melayu/Islam, PAS didapati amat berjaya. Jika untuk kepentingan umat Islam dan maruah bangsa dan agama Islam selaku agama rasmi persekutuan, PAS menjadi punca kegagalan kerajaan UMNO/BN menyuburkan syiar Islam di Malaysia.
Oleh kerana ketaksuban puak-puak PAS di bawah-bawah ini, kepimpinan PAS masih boleh meneruskan impian menawan Putrajaya bersama DAP dan Karpal Singh. PAS terpaksa telan apa yang selama ini mereka luahkan. PAS terpaksa jilat lendir-lendir hijau yang mana mereka telah muntahkan dahulu. PAS tidak ada masa lagi untuk mengubah haluan untuk berada di atas laluan kegemilangan PAS suatu masa dulu. Ertinya PAS hari ini terpaksa mengharung laluan semak yang mereka ciptakan sendiri untuk bersama DAP asalkan dapat tawan Putrajaya.

PAS hari ini perlu halalkan apa yang haram asalkan matlamat Putrajaya bersama DAP berhasil. Tuntutan agama adalah perkara kedua, yang utama persahabat dengan DAP boleh menumbangkan kerajaan BN/UMNO sedia ada. Selaku orang Melayu dan beragama Islam, aku memang benci dan sangat-sangat meluat melihat muka Karpal Singh, Kit Siang dan anak-anak mereka seperti Govind Singh Deo dan Guan Eng. Bukan kerana mereka pembangkang dan aku sokong UMNO/BN tetapi kerana aku geram sangat dengan puak ini kerana kedegilan dan keangkuhan mereka menentang penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hudud. Puak ini juga yang tidak menghormati raja-raja Melayu serta tidak menghormati perlembagaan persekutuan berkaitan dengan kontrak sosial dan hak-hak keistimewaan kaum bumiputera dan Melayu.
Jika aku jadi penyokong PAS aku kena berfikir semasak-masaknya. Memilih antara hukum haram dan halal. Antara tuntutan agama atau Putrajaya. Jika undi aku boleh menyebabkan umat Islam semakin terpinggir matlamat penubuhan sebuah negara Islam hanya tinggal impian, aku sudah pasti dimurkai Allah SWT. Sedangkan aku sendiri tahu siapakah sebenarnya DAP dan Karpal Singh tapi kerana ketaksuban aku kepada PAS dan pemimpin PAS, aku tak fikir sedalam-dalamnya terus menyokong DAP
Jika aku menyokong DAP ertinya aku menyokong usaha DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam dan hukum hudud. Jika aku menyokong DAP ertinya aku juga menyokong sikap biadap DAP yang tidak menghormati raja-raja Melayu dan hak keistimewaan kaum bumiputra/Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Andaikata PR jadi kerajaan persekutuan, aku dan seluruh umat Islam yang penyokong PAS, PKR dan DAP akan menanggung dosa kerana menumbangkan kerajaan BN yang diterajui oleh orang Melayu sendiri. Sebusuk-busuk kerajaan BN, kata Ustaz Kazim Elias kerajaan sedia ada banyak jasanya terhadap perkembangan syiar Islam yang dapat kita saksikan hari ini. Kata beliau lagi, kerajaan yang bakal ganti (Kerajaan PR) yang banyak masalah belum tentu menjadi pengganti yang terbaik. Ertinya janganlah kita memperjudikan nasib bangsa, agama dan negara kita ini.

Lihatlah dengan jujur dan ikhlas, apakah hukum Islam dapat diangkat dan dilaksanakan dengan baik di negeri-negeri yang diperintah pembangkang? Tidak lebih pun malahan di Selangor dan Pulau Pinang, tempat-tempat hiburan dan maksiat semakin bertambah tanpa dapat dikawal lagi. Di Kedah dan Kelantan masih tidak berubah malahan kerajaan PAS masih meneruskan dasar kerajaan BN dahulu. Pusat-pusat hiburan masih wujud. Percampuran golongan lelaki dan perempuan di tempat-tempat awam belum dilaksanakan lagi. Kejadian sumbang mahram, kes khalwat, rogol dan buang anak tetap berlaku walaupun lebih 20 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan. Jangan perjudikan nasib anak bangsa, agama dan negara. Inilah satu-satunya negara orang Melayu. Jika orang Melayu dapat mentadbir negara ertinya umat Islam yang berjaya. Jangan terikut-ikut dengan rentak nafsu sesetengah orang politik baik dalam PAS mahupun UMNO. Paling penting apakah kerajaan yang dipilih adalah kerajaan yang boleh menjamin survival orang Melayu dan boleh memelihara serta menyuburkan syiar Islam di negara ini? Jika DAP yang menentang kuat sampai bila-bila penubuhan sebuah negara Islam sementara PKR berdiam membisu dengan masalah dalaman pemimpin-pemimpin mereka maka mengapa aku perlu menyokong pembangkang? Sedangkan aku tahu PAS belum mampu menjadi parti dominan dalam PR?
Ulama-ulama bukan politik, pendakwah-pendakwah bebas, para cendiakawan Islam, para ilmuan dan pemimpin-pemimpin NGOs Islam dan sebagainya telah pun menasihatkan PAS supaya mengutamakan perpaduan ummah bukan keghairahan untuk ke Putrajaya. Semua mengakui hari ini PAS tidak mampu. Semua sedar bahawa PAS lebih banyak bertolak ansur dengan DAP dan PKR sehingga sanggup mengorbankan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan. Jadilah bangsa Melayu dan umat Islam yang berakal dan bijaksana, bukan taksub membabi buta kerana sikap demikian akan merugikan agama, bangsa dan negara kita sendiri. Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.