"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, August 11, 2012

Dr. Asri mengambil jalan tengah yang lebih selamat!

Mohd Asri berkata, oleh kerana perkara tersebut merujuk kepada DAP, rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) juga ada parti komponen yang mempunyai pendirian seakan sama dengan DAP.

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.


"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.


Komen:
Mohd. Asri perlu memberi pendirian sebagai seorang intelektual yang jujur dan ikhlas kepada rakyat Malaysia. Pandangan Mohd. Asri jika dibaca dan diteliti seperti seorang ulama yang tidak ada pendirian yang jelas. Seolah-olah memberi gambaran bahawa Mohd. Asri mengambil jalan mudah yang tidak mahu menyentuh hati atau menyakitkan hati mana-mana pihak, pihak kerajaan mahupun pembangkang. Beliau menyerah bulat-bulat kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan. jika inilah caranya Majlis Fatwa Kebangsaan perlu lebih banyak bersidang kerana banyak pula pandangan2 yang mengelirukan umat Islam datang daripada pembangkang.
Inilah dilema yang berlaku di kalangan ulama dan cendiakawan Islam pada hari ini. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Wahai Mohd Asri, bekas mufti Perlis yang saya hormati; Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah tiada keseorangan dalam memberi pandangan tertang isu sokong DAP haram dan berdosa. Pandangan yang sama telah diberikan oleh Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Begitu juga jika kita bertanya kepada mufti-mufti, pendakwah-pendakwah bebas dan sebahagian ulama-ulamak PAS sekalipun, kita yakin mereka akan memberi pandangan yang sama.
Ustaz Kazim Elias sendiri menegur penyokong-penyokong PAS dalam ceramah-ceramahnya. Beliau tidak bersetuju kerajaan PR mengganti kerajaan sedia ada (BN) kerana yang akan menggantikan itu dilihatnya begitu banyak masalah. DAP dengan pendirian tegasnya menolak negara Islam dan hukum hudud, menyokong LGBT dan pluralisme agama yang dipertahankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. 

Sebaliknya Dr. Fadlan Mohd. Othman tetap menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak memperjuangkan Islam seperti mana dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud. Beliau masih optimis agar Pas memikirkan kerjasama dengan UMNO kerana UMNO terbukti berjaya memartabatkan syiar Islam di muka bumi ini.
Kita berharap ulama seperti Mohd Asri dapat memberi pandangan yang jujur kerana ini membabitkan isu besar bersangkut paut dengan soal akidah dan survival umat Islam di Malaysia. Pandangan saya tidak sesekali mahu menegur Mohd Asri kerana beliau merupakan cendiakawan Islam tersohor. Saya memohon maaf jika teguran saya ini dilihat sesetengah pihak agak keterlaluan terhadap seorang bekas Mufti.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.