"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, August 23, 2012

Dr. Asri, bekas mufti Perlis tolak hukum hudud?

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.
“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.
Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.
“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.
Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Komen:
Jangan ada pula pengikut PAS yang fanatik ataupun taksub dengan PAS mendakwa Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis itu tolak hukum hudud. Bila menolak hukum hudud, tolak perintah Allah maka tempatnya di neraka. Begitulah dakwaan oleh pemimpin PAS kepada Tun Mahathir bila beliau mengkritik hukum hudud PAS suatu masa dahulu.
Tun Mahathir dan begitu jua Dr. Mohd Asri tidak menolak hukum hudud Allah sebaliknya mereka mengkritik hukum hudud PAS, kata Dr. Mohd Asri enakmen hukum hudud yang dibuat PAS adalah tidak lengkap. Tidak lengkap bererti tidak tepat atau tidak sempurna. Hukum Allah tidak boleh sewenang-wenangnya dilaksanakan tanpa kajian yang mendalam mengenainya. Seluruh umat Islam akan kecewa bila ada pihak mempermainkan pula hukum Allah akibat kelemahan pelaksanaan hukum itu. 
PAS tidak memikirkan tentang kesempurnaan pelaksanaan hukum hudud Allah. PAS mahukan hukum hudud dijadikan modal politik untuk memancing undi orang Melayu/Islam. Kesempurnaan atau tidak, bukan perkara penting bagi PAS. Yang penting bagi mereka ialah memenangi pilihanraya dengan apa cara sekalipun. Malahan PAS sanggup menggugurkan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan asalkan bukan Islam, Cina dan India menyokong calon-calon PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
PAS menggunakan taktik paling kotor. Mengikut pandangan Ustaz Kamal Saidin, katanya "PAS mungkin sengaja mengemukakan enakmen hukum hudud Kelantan yang tidak tepat untuk dikritik dan sekaligus ditolak oleh PM". Atas nasihat penasihat agama PM maka hukum hudud PAS ditegur dan ditolak oleh Tun Mahathir.
Selepas itu, penolakan Tun Mahathir dijadikan modal politik PAS sehinggalah hari ini bahawa PAS mendakwa UMNO merupakan parti sekular yang menolak hukum Allah dan menolak Islam. Inilah yang diheboh-hebohkan oleh penceramah-penceramah PAS sehingga seluruh pelusuk negara, dari Perlis hingga ke Sabah mencanangkan bahawa UMNO tolak hukum Islam sehingga ada pengikut fanatik menghukumkan orang UMNO adalah kafir.
Hari ini, bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin telah menyokong teguran Tun Mahathir terhadap hukum hudud PAS. Pengikut-pengikut PAS perlu faham Dr. Asri bukan ahli UMNO, beliau merupakan pendakwah bebas yang tegas dan berani mengkritik demi untuk memelihara akidah umat Islam. Janganlah tuduh menuduh antara satu sama lain. Sepatutnya PAS tidak memperalatkan hal agama untuk tujuan politik sempit mereka. Eloklah mereka yang masih menyebarkan fitnah bahawa UMNO tolak hukum hudud bertaubat. Tuduhan itu amat berat hingga boleh tergelincir akidah umat Islam itu sendiri. Nauzubillahi min zalik!

5 comments:

  1. slm..Mohon di linkkan blog sy mahamissa.blogspot.com tk.

    ReplyDelete
  2. Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

    Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993.

    "Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

    "Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.

    Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

    Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.

    "Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

    "Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

    Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataamn Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya

    ReplyDelete
  3. Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

    Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993.

    "Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

    "Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.

    Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

    Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.

    "Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

    "Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

    Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataamn Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya

    ReplyDelete
  4. Hukum hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  5. bismillahhirrahmanirrahim....
    dengan nama allah yang maha pengasih lagi penyayang..

    barangsiapa yang beriman dengan allah dan hari akhirat dengan benar-benar, maka hendaklah dia patuh dan taat kepada perintah allah dan rasulnya...

    bertakwalah kepada allah dengan sungguh-sungguh dengan sebenar benar takwa sesungguhnya kamu akan diperincikan keatas hisabmu diakhirat.

    semoga allah memberi hidayah kepada tuan dan saya, dan termasuk dikalangan orang-orang yang diselamatkan..

    insyaallah...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.