SAYA amat tertarik hati dengan berita Haram Sokong DAP seperti yang pihak Utusan Malaysia siarkan.
Pandangan ulama dari Kelantan telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Saya berpendapat, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan ulama terhadap DAP adalah berikutan kerjasama Pas dengan parti tersebut adalah amat wajar.
Saya berpendapat, sebagai akhbar utama kaum Melayu, pandangan ulama terhadap kerjasama Pas dengan DAP memang wajar sekali.
Syabas terhadap ulama yang memberikan pandangan tersebut. Memang
kerjasama tersebut amat janggal sekali dalam konteks menubuhkan negara
Islam!
Saya berpendapat ulama yang memberikan pandangan haram sokong DAP
tentulah dibuat bertitik tolak daripada kerjasama Pas dengan DAP. DAP
adalah parti yang rasis kaum Cina.
Mereka tidak menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara jika
berdasarkan sokongan mereka terhadap kumpulan Dong Zhong pelampau Cina
dalam pendidikan Cina. Saya berpendapat, DAP tidak berjuang dengan
ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam konteks negara ini.
Kenapa mereka mengabaikan Bahasa Melayu dalam sosio ekonomi mereka? Saya
berasa amat sedih dengan hala tuju DAP terhadap masa hadapan Bahasa
Melayu di negara ini. Mereka memandang rendah Bahasa Melayu.
Sehingga saya difahamkan, untuk mendapat kerja di kilang atau
syarikat kaum mereka, ada puak mereka mengutamakan bahasa Cina? Kenapa
mereka tidak tegur tindakan tersebut?
DAP juga amat lantang menyokong golongan murtad. Begitu juga mereka
amat lantang berjuang untuk golongan LGBT yang amat ditegah oleh Islam.
Apabila umat Islam cuba membetulkan kembali golongan tersebut, DAP masuk
campur tanpa segan silu.
Begitu juga ketika di atas pentas Pas. Pemimpin DAP menghina seorang
Menteri Besar Perak dari UMNO sebagai Hitam Metalik. Bahkan disambut
laungan takbir oleh puak Pas.
Justeru, tidak salah ulama dari Kelantan menyatakan adalah haram
menyokong DAP kerana Pas sendiri telah terpesong daripada ajaran politik
Islam yang sebenar.
Pas terpaksa melutut kepada DAP untuk mendapatkan perkenan
melaksanakan hudud. Sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. DAP
sepatutnya membiarkan sahaja hudud dilaksanakan. Apa salahnya mereka
sokong hudud? Bukankah hudud boleh membantu rakyat hidup lebih aman?
Tetapi tindakan DAP menentang hudud amat bercanggah dengan agama
rasmi negara. Justeru, DAP memang wajar haram disokong oleh umat Islam.
Ertinya Pas juga termasuk dalam hukuman tersebut kerana melutut kepada
DAP untuk hudud.
Ini amat memalukan umat Islam.
CHEREDZA
Sik, Kedah 13/8/2012
Sik, Kedah 13/8/2012
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.