"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, August 28, 2012

Rahsia Pas dan DAP masih satu selimut, tapi igau lain-lain

PAS masih degil untuk bertahan dengan DAP walaupun DAP khususnya Karpal Singh menghina Pas mengenai negara Islam dan hukuman hudud. Kalau isunya adalah prinsip dan kebenaran sudah lama sepatutnya Pas keluar dari pakatan pembangkang.
Tetapi Pas lebih mementingkan kerusi dan kuasa menyebabkan penghinaan itu boleh diserap dalam strategi tahhaluf siasinya.
DAP tidak ada pilihan lain. Dari segi strategi politik ia perlukan sokongan pengundi Cina. Menyokong negara Islam dan hudud Pas adalah bencana bagi DAP.
Dengan ghairahnya Pas bersama DAP walaupun dihina dan ditempelak kerana tanpa undi Cina, Pas tidak boleh memenangi banyak kerusi.
Bagi DAP dengan Pas bersama pakatan, undi orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh pecah. Dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mereka harap mengambil alih kuasa.
Kalaulah mereka menang, hatta dengan majoriti mudah (minta dijauhkan Tuhan) akan timbul isu-isu dasar dalam pemerintahan. Pemimpin Pas terutamanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata perjuangan negara Islam dan hudud akan diteruskan.
Bagaimana ia hendak diteruskan sekiranya meneruskan hasrat itu terpaksa melangkah mayat Karpal Singh dulu.
Dalam bahasa mudah selagi Karpal Singh hidup tidak mungkin usaha Pas boleh berjaya. Pas hanya berangan-angan.
Buku Jingga sebagai manifesto pakatan pembangkang tidak langsung menyatakan negara Islam atau pun hudud. Kalau begitu manifesto apa yang ingin dicanangkan oleh Pas untuk memenangi kerusi majoriti?
Negara Berkebajikan belum tentu mendukung negara Islam. Lagi pun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memaklumkan dalam Muktamar Pas, negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Kalau begitu setelah sekian lama Pas memperjuangkan negara Islam dari sumber mana?
Pas dan PKR menginginkan Putrajaya. DAP nampaknya tidak seghairah itu. DAP punya strategi sendiri. Kekalkan Pulau Pinang, dapatkan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan memadai untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti kuasai Sabah dan Sarawak. Lengkaplah strategi untuk menguasai Malaysia. DAP dengan sokongan pihak-pihak lain tentu mampu untuk mentadbir.
Negeri-negeri yang disebutkan tadi adalah negeri yang mempunyai sumber ekonomi yang tinggi. Dengan upaya penglibatan pendukung-pendukung DAP dalam bisnes, binaan rumah kediaman, peluasan industri, memajukan pelancongan ekuiti atau pegangan mereka akan terus meningkat. Ia bakal meninggalkan Pas dan PKR terkulat-kulat memerhati.
Hendak keluar dari Pakatan, Pas malu. Dengan krisis imej dalam PKR antara kem Wan Azizah dengan kem Azmin Ali dan kes Anwar Ibrahim mengenai liwat belum selesai lagi, ia meletakkan DAP lebih dominan.
Pemimpin Pas sekian lama tahu integriti Anwar. Tak mungkin lujnah penyelidikan Pas tidak melakukan apa-apa kajian. Tetapi mengapa harapkan dia jadi Perdana Menteri Malaysia. Karpal Singh juga dalam Parlimen pernah menyebut Anwar ialah 'peliwat' tetapi mengapa DAP juga mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Inilah kong-kalikung politik yang penuh muslihat, mementingkan kerusi dan kuasa lebih daripada kebenaran dan integriti.
Bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bergantung kepada kes Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Untuk Pas mencadangkan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri kalau terjadi apa-apa pada Anwar tentu DAP tidak akan membiarkan.
Apakah ini petanda impian Karpal Singh untuk menjadikan pemimpin DAP sebagai Perdana Menteri akan terkabul.
Maka, pilihan yang ada bagi Pas adalah bekerjasama dengan UMNO untuk menguatkan kembali barisan umat Melayu. Pas semacam berkerat rotan berpatah arang dengan UMNO. Mahukah ludah dijilat kembali.
Kalau begitu bagaimana mencari kecerdikan bagi umat Melayu lantaran kemungkinannya nanti adalah menang sorak kampung tergadai.
Penulis yakin dengan analisis yang diberi BN boleh memenangi pilihan raya umum nanti. Malah, kalau strategi memenangi kerusi dibuat dengan bijak dan bersungguh-sungguh dengan menampilkan calon boleh menang yang berwibawa dan calon yang telah menang dan berjasa, penulis amat yakin bahawa pembangkang bakal tersungkur.
Kecuali Pas mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan umat Melayu. Ia tidak mustahil sekiranya orang Pas berjiwa besar kembali dan mampu membaca senario politik yang ada.
Jangan jadikan rasa dendam kesumat dan kebencian sebagai penghalang terhadap kerjasama ini. Isu-isu UMNO memperjuangkan Melayu dikatakan asabiah kaumiyyah, isu faham kebangsaan sebagai rasis, isu UMNO tolak Islam adalah retorik politik emosional tanpa asas ilmiah dan kontang pemahaman tentang sejarah dan budaya bangsa Melayu.
Sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Masanya masih belum terlewat.

Sumber: Utusan Malaysia 28/8/2012

Sunday, August 26, 2012

UMNO ada kuasa kenapa tak laksanakan hudud?

UMNO ADA KUASA TAPI TAK MAU BUAT HUDUD LEPAS TU NAK SALAHKAN PAS PULAK.
Komen:
Harap sdr lebih rasional dgn geopolitik Msia pada hari ini. UMNO dlm perlembagaannya jelas memperjuangkan agama (Islam), bangsa (Melayu) dan negara (Malaysia).
Pemimpin UMNO adalah berbangsa Melayu. Ikut perlembagaan persekutuan, Melayu itu beragama Islam. Suatu kekuatan dan kelebihan yg istimewa dlm perlembagaan Msia yg tidak ada di mana2 perlembagaan negara lain yg menyatakan dgn tegas dan jelas, Melayu itu beragama Islam. Dari sudut agama dan akidah, perlembagaan persekutuan secara tidak langsung dapat menyelamatkan umat Melayu dari menjadi penganut kristian, buddha dll.
Walau bagaimanapun perlembagaan Msia juga membenarkan penganut agama2 lain bebas mengamalkan amalan agama masing2.
Dalam konteks Msia sebuah negara majmuk, setiap pelaksanaan perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum dan bangsa di Msia ini. UMNO/BN telah melaksanakan dasar2 Islam dalam pentadbiran kerajaan secara perlahan iaitu memahamkan rakyat pelbagai kaum tentang Islam lebih penting daripada memaksa secara kekerasan tetapi gagal.
Dasar penerapan nilai2 Islam yg diperkenalkan oleh Tun Mahathir akhirnya banyak perubahan telah berlaku tanpa disedari parti2 komponen MCA, MIC, Gerakan dll menerima Msia sebuah negara Islam. Malangnya PAS dan DAP tidak mengikhtiraf Msia sebuah negara Islam. DAP ada agenda menskularkan negara Msia dan PAS ada agenda politiknya tetapi kedua2nya mempunyai agenda tersendiri yg tidak sealiran. Ini adalah halangan2 kerajaan pimpinan UMNO/BN hadapi dari parti pro komunisme dan parti Islam yg tidak konsisten dlm perjuangan. Islam hadhari diperkenalkan oleh Pak Lah dimomokkan sbg agama baru yg diperkenalkan oleh UMNO/BN.
Sdr perlu lihat secara rasional. Islam di Msia berkembang pesat baik dari sudut pendidikan rendah hingga kolej dan universiti, ekonomi, sistem perbankan Islam, insurans takaful, sistem pajakan islam, undang2 syariah, pengurusan zakat dan haji dan pelbagai lagi. Suatu perkembangan yg perlu disokong dan dilihat secara positif. Tanpa disedari kaum lain sudah menerima sistem kewangan, insurans secara Islam di Msia dan untuk maklumat sdr kaum bukan Islam pula yang lebih ramai enggunakan siste kewangan Islam di Msia.
Oleh itu kenapa UMNO dipersalahkan dlm pelaksanaan hudud di Msia. UMNO tidak menolak hudud. Cuba sdr ikuti penjelasan oleh pemimpin UMNO. Jgn dengar penceramah2 PAS yang ahu mencari keuntungan poltik sempit mereka. PAS pun faham tapi sengaja buat2 tak faham bahawa hudud belum dapat dilaksanakn di negar ini sehingga rakyat pelbagai kaum faham hudud dan bersedia utk menerimanya. Selaku umat Islam kita harus matang berpolitik. Dalam perjuangan kita tidak mahu bangsa Melayu terkebelakang dan Islam pula ke hadapan selari kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu dalam perlembagaan. Kenapa TG Haji Hadi semasa mnjadi MB terengganu menyatakan hukum hudud cuma 0.0001% dalam syariaat Islam setelah didesak oleh penyokong2 PAS. Kenapa itu tidak dijadikan isu oleh PAS.
Itu sebabnya PAS semakin matang dlm politik Msia yg berbilang kaum. Dulu mengkafirkan UMNO kerana bersubahat dgn MCA dan MIC sebaliknya apa dah jadi bila PAS pula bersama DAP yg jelas menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Jelas PAS terpaksa ikut rentak DAP sanggup menidakkan perjuangan negara Islam dn hukum hudud dalm Buku Jingga.
Masalahnya, bila PAS berhadapan dgn penyokong2 umat Islam berdegar2 atas pentas menyakinkan umat Islam bhw PAS tetap memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud ketika menjelangnya PRU13. Cuba ingat, selepas PRU12 dulu, PAS pun diam bercakap pasal hukum hudud. UMNO juga tidak berbuat apa2 kerana perubahan perlembagaan persekutuan utk melaksankan hukum hudud perlu sokongan 2/3 ahli parlimen. Drp sdr hentam UMNO lebih baik sdr tanya PAS kenapa PAS gugurkan negara Islam. Walupun UMNO/BN belum dpt melksanakan hukum hudud tapi sudah berjaya mendapt pengiktirafan dunia sbg sebuah negera Islam contoh.
InsyaAllah, sya juga orag Islam cinta dan sayangkan negara memang berhasrat mahu melihat negara Msia secara total mengamalkan perlembagaan Islam. cuma perpecahan UMNO dan PAS dan kedegila PAS bergabung dgn UMNO mnjadi penghalang ke arah itu. PAS dalm PR pun tak dpt berbruat apa2. PAS bukan parti dominan dlm PR. Ahli2 PAS yg menyokong DAP/PR seolah-olah membantu memperkuatkan kuasa DAP yg menyokong polisi kesamarataan, LGBT dan anti Islam dan hukum hudud. Semakin ramai golongan ulama dlm PAS bersikap membisu akhir-akhir ini krn melihat perjuangan PAS sudah tersasar. Sy merayu dan mengajak umat Islam bersatu, tak kiralah PAS mahunpun PKR dan UMNO. Jika umat Islam kuat, insyaAllah apa yang dirancang akan mudah dilaksanakan tanpa banyak bantahan. Sy bukan pemimpin UMNO sekadar rakyat biasa mahu melihat umat Islam di Msia bersatu. Elakkan tuduh menududh antara satu sama lain. Melayu akan lemah kerana perpevahan sesama sendiri. Kaum lain bersatu dan kuat walaupun bukan rakyat majoriti. Wassalam.

Petikan: Dari FB.

Thursday, August 23, 2012

Dr. Asri, bekas mufti Perlis tolak hukum hudud?

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.
“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.
Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.
“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.
Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Komen:
Jangan ada pula pengikut PAS yang fanatik ataupun taksub dengan PAS mendakwa Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis itu tolak hukum hudud. Bila menolak hukum hudud, tolak perintah Allah maka tempatnya di neraka. Begitulah dakwaan oleh pemimpin PAS kepada Tun Mahathir bila beliau mengkritik hukum hudud PAS suatu masa dahulu.
Tun Mahathir dan begitu jua Dr. Mohd Asri tidak menolak hukum hudud Allah sebaliknya mereka mengkritik hukum hudud PAS, kata Dr. Mohd Asri enakmen hukum hudud yang dibuat PAS adalah tidak lengkap. Tidak lengkap bererti tidak tepat atau tidak sempurna. Hukum Allah tidak boleh sewenang-wenangnya dilaksanakan tanpa kajian yang mendalam mengenainya. Seluruh umat Islam akan kecewa bila ada pihak mempermainkan pula hukum Allah akibat kelemahan pelaksanaan hukum itu. 
PAS tidak memikirkan tentang kesempurnaan pelaksanaan hukum hudud Allah. PAS mahukan hukum hudud dijadikan modal politik untuk memancing undi orang Melayu/Islam. Kesempurnaan atau tidak, bukan perkara penting bagi PAS. Yang penting bagi mereka ialah memenangi pilihanraya dengan apa cara sekalipun. Malahan PAS sanggup menggugurkan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan asalkan bukan Islam, Cina dan India menyokong calon-calon PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
PAS menggunakan taktik paling kotor. Mengikut pandangan Ustaz Kamal Saidin, katanya "PAS mungkin sengaja mengemukakan enakmen hukum hudud Kelantan yang tidak tepat untuk dikritik dan sekaligus ditolak oleh PM". Atas nasihat penasihat agama PM maka hukum hudud PAS ditegur dan ditolak oleh Tun Mahathir.
Selepas itu, penolakan Tun Mahathir dijadikan modal politik PAS sehinggalah hari ini bahawa PAS mendakwa UMNO merupakan parti sekular yang menolak hukum Allah dan menolak Islam. Inilah yang diheboh-hebohkan oleh penceramah-penceramah PAS sehingga seluruh pelusuk negara, dari Perlis hingga ke Sabah mencanangkan bahawa UMNO tolak hukum Islam sehingga ada pengikut fanatik menghukumkan orang UMNO adalah kafir.
Hari ini, bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin telah menyokong teguran Tun Mahathir terhadap hukum hudud PAS. Pengikut-pengikut PAS perlu faham Dr. Asri bukan ahli UMNO, beliau merupakan pendakwah bebas yang tegas dan berani mengkritik demi untuk memelihara akidah umat Islam. Janganlah tuduh menuduh antara satu sama lain. Sepatutnya PAS tidak memperalatkan hal agama untuk tujuan politik sempit mereka. Eloklah mereka yang masih menyebarkan fitnah bahawa UMNO tolak hukum hudud bertaubat. Tuduhan itu amat berat hingga boleh tergelincir akidah umat Islam itu sendiri. Nauzubillahi min zalik!

Tuesday, August 21, 2012

Betulkah dakwaan PAS, UMNO tolak hukum hudud?

Isu hukum hudud mula jadi hangat menjelang pilihanraya. Isu hukum hudud kembali senyap selepas pilihanraya. Hukum hudud dijadikan umpan untuk memancing pengundi-pengundi. Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz telah lama mewartakan "Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud)". Tapi atas alasan apa kita tidak ketahui sehingga ke hari ini ia tidak dapat dilaksanakan? Yang berdegar-degar, kerajaan pusat akan tolak atau UMNO akan saman jika dilaksanakan hukum hudud itu?
Tidak usahlah PAS beretorik dalam isu agama. Teruskan pelaksanaannya, biarlah rakyat melihat benarkah kerajaan pusat atau UMNO yang nak saman? Sama juga TG Haji Hadi semasa PAS memerintah Trengganu. Telah menggubal dan mewrtakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002. Tapi tidak dilaksanakan walaupun ada desakan rakyat Trengganu. TGHH secara mudah memberi alasan bahawa hukum hudud cuma 0.0001% daripada undang-undang syariah.
PAS tidak menunjukkan kesungguhan dan keseriusan mereka untuk melaksanakan hukum hudud. Bila isu hukum hudud dibangkitkan semula menjelang PRU13 ini, MB Kelantan telah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan (lebih kurang begitulah, tak ingat dah) yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (jika tak betul, sila betulkan). Tapi sehingga kini, Jawatankuasa tersebut difahamkan belum dapat berjumpa sekali pun (jika salah minta maaf). Begitulah yang sedang berlaku dalam pelaksanaan hukum hudud oleh kerajaan PAS.
Akhirnya UMNO yang jadi mangsa politik PAS. PAS sanggup menuduh UMNO tolak hukum hudud PAS kerana UMNO tidak melaksanakan hukum hudud peringkat kerajaan persekutuan. Memang benar pun Tun Mahathir ada mengulas tentang draf hukum hudud PAS semasa beliau memberi ucapan di Nilam Puri, 1994. Dari petikan ucapan beliau, Tun Mahathir hanya menolak hukum hudud mengikut tafsiran PAS, kata beliau "Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam." [Baca sini selanjutnya]
Wahai penyokong-penyokong PAS yang tegar dan taksub. Rasionalkan akal dan budi saudara sekelian.  Orang UMNO juga orang Islam. Mengucap dua kalimah syahadah. Berpaksikan  kepada rukun Iman dan rukun Islam. Percaya ada syurga dan neraka. Dalam UMNO juga ada ulama tapi digelar pula oleh PAS sebagai ulama upahan dan yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menggelarkan ulama UMNO dan mufti-mufti sebagai anjing UMNO. 
Terimalah dengan hati yang terbuka. TGNA dan TGHH juga manusia biasa seperti insan yang lain. Ada sifat kekurangan dan kelemahannya. Tidak maksum. Tidak semua perkara dan pandangan mereka itu semuanya betul dan benar belaka.
Kenapakah puak-puak PAS yang taksub dan tegar menyokong hukum hudud tidak menghala persoalannya isu ini kepada TG Nik Aziz. Kenapa MB Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan? Tahu atau tidak, kerana TGNA tidak mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebaik sahaja mengambil alih kerajaan Kelantan dari UMNO maka ustaz Omar Khalid mengisytiharkan meninggalkan perjuangan PAS setelah berjuang secara aktif lebih 35 tahun dalam PAS. 
Allahyarham Ustaz Omar Khalid pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang konon katanya selari dengan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Akhirnya beliau mengambil keputusan menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.[Baca sedikit kisahnya di sini]
Apalah dengan kita yang cuma setahun dua jadi ahli PAS atau sepuluh tahun dua jadi penyokong PAS jika nak dibandingkan dengan Allahyarham Ustaz Omar Khalid. Aktivis PAS selama lebih 35 tahun merupakan anak emas TG Nik Aziz. Akhirnya membuat keputusan meninggalkan PAS setelah beliau melihat 'banyak pembohongan' yang berlaku dalam kepimpinan PAS.
Marilah kita semua umat Islam mendoakan roh allahyarham Ustaz Omar Khalid akan sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Monday, August 20, 2012

Anwar Ibrahim pejuang Islam yang tulin!


Tulis sajalah buku bantai kerajaan, hentam DS Najib, puja Nik Aziz, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional (BN) pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular. [Baca selanjutnya di sini]

Sunday, August 19, 2012

Haram Sokong DAP!

SAYA amat tertarik hati dengan berita Haram Sokong DAP seperti yang pihak Utusan Malaysia siarkan.
Pandangan ulama dari Kelantan telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Saya berpendapat, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan ulama terhadap DAP adalah berikutan kerjasama Pas dengan parti tersebut adalah amat wajar.
Saya berpendapat, sebagai akhbar utama kaum Melayu, pandangan ulama terhadap kerjasama Pas dengan DAP memang wajar sekali.
Syabas terhadap ulama yang memberikan pandangan tersebut. Memang kerjasama tersebut amat janggal sekali dalam konteks menubuhkan negara Islam!
Saya berpendapat ulama yang memberikan pandangan haram sokong DAP tentulah dibuat bertitik tolak daripada kerjasama Pas dengan DAP. DAP adalah parti yang rasis kaum Cina.
Mereka tidak menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara jika berdasarkan sokongan mereka terhadap kumpulan Dong Zhong pelampau Cina dalam pendidikan Cina. Saya berpendapat, DAP tidak berjuang dengan ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam konteks negara ini. Kenapa mereka mengabaikan Bahasa Melayu dalam sosio ekonomi mereka? Saya berasa amat sedih dengan hala tuju DAP terhadap masa hadapan Bahasa Melayu di negara ini. Mereka memandang rendah Bahasa Melayu.
Sehingga saya difahamkan, untuk mendapat kerja di kilang atau syarikat kaum mereka, ada puak mereka mengutamakan bahasa Cina? Kenapa mereka tidak tegur tindakan tersebut?
DAP juga amat lantang menyokong golongan murtad. Begitu juga mereka amat lantang berjuang untuk golongan LGBT yang amat ditegah oleh Islam. Apabila umat Islam cuba membetulkan kembali golongan tersebut, DAP masuk campur tanpa segan silu.
Begitu juga ketika di atas pentas Pas. Pemimpin DAP menghina seorang Menteri Besar Perak dari UMNO sebagai Hitam Metalik. Bahkan disambut laungan takbir oleh puak Pas.
Justeru, tidak salah ulama dari Kelantan menyatakan adalah haram menyokong DAP kerana Pas sendiri telah terpesong daripada ajaran politik Islam yang sebenar.
Pas terpaksa melutut kepada DAP untuk mendapatkan perkenan melaksanakan hudud. Sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. DAP sepatutnya membiarkan sahaja hudud dilaksanakan. Apa salahnya mereka sokong hudud? Bukankah hudud boleh membantu rakyat hidup lebih aman?
Tetapi tindakan DAP menentang hudud amat bercanggah dengan agama rasmi negara. Justeru, DAP memang wajar haram disokong oleh umat Islam. Ertinya Pas juga termasuk dalam hukuman tersebut kerana melutut kepada DAP untuk hudud.
Ini amat memalukan umat Islam.

CHEREDZA
Sik, Kedah 13/8/2012

Friday, August 17, 2012

Ustaz Nasaruddin pemimpin Islam yang wajar dicontohi

Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mempunyai pendirian yang begitu berlainan sekali sejak PAS di bawah pengaruh edrogan dan Anwarisme. Beliau juga merupakan pelopor kepada kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang dicadangkan suatu ketika dulu. Selepas Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS dipecat ekoran isu kristianisasi di sebuah gereja Shah Alam, sikap beliau memencilkan diri dengan arus perjuangan PAS semakin tampak jelas. Kata Dato' Hassan Ali "Kepimpinan PAS hari ini telah dikuasai oleh kumpulan parasit". Beliau tidak akan kembali kepada PAS selagi kumpulan parasit masih menguasai PAS. Sebenarnya lebih ramai lagi golongan ulama dalam PAS menyepikan diri mereka. Mereka masih ahli PAS cuma sikap mereka terhadap PAS semakin dingin, tidak seperti zaman PAS di bawah pentadbiran Dato' Fadzil Noor.
Allahyarham Ustaz Khalid Omar (bekas aktivis PAS) berucap
PAS hari ini jauh berubah. Jika dulu PAS juara bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud tapi PAS hari ini juara bercakap pasal negara berkebajikan. Pemimpin PAS masa itu memng cukup hebat hingga berjaya meniup api kebencian terhadap sesama sebangsa dan seagama. Wujudlah isu kafir mengkafir dimana puak-puak PAS mengkafir puak-puak UMNO. Tidak pernah kita dengar masa itu puak UMNO mengkafirkan puak PAS.
Ustaz Nakhaie dan Ustaz Asri (bekas pemimpin utama PAS)
Oleh kerana puak UMNO dianggap kafir lantaran itu berlaku solat waktu dua imam di kalangan umat Islam satu kariah satu masjid. Sembelihan orang UMNO haram dimakan, jurunikah orang UMNO tidak sah dan kematian serta kenduri rumah orang UMNO diboikot. Tidak dinafikan umat Islam pada masa itu berpecah sesama sendiri di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. PAS memang berjaya menanamkan rasa benci orang PAS terhadap orang UMNO melalui pendekatan yang amat berbahaya dari sudut akidah.
Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS Pusat

Pendakwah Bebas (bekas ahli PAS)
Ustaz Nasaruddin, bekas Timb. Presiden PAS
Hari ini pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan UMNO secara terbuka. Di kalangan penyokong PAS yang taksub masih berlaku melalui tulisan dalam FB dan blog-blog pembangkang. Tidak dinafikan ajaran tok guru PAS (mengkafirkan orang UMNO) sudah tertanam kuat dalam fikiran puak-puak PAS yang taksub. Sehingga ke hari ini belum kita dengar Tok Guru haji Hadi Awang atau mana-mana pemimpin PAS menarik balik tuduhan UMNO itu kafir. Jika ditanya kepada Tok Guru PAS, mereka akan kata bahawa mereka tak tuduh orang UMNO itu kafir.  Ustaz Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ada mengulas bahawa pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan orang UMNO dan beliau mengkritik orang UMNO yang masih membangkitkan isu tersebut. Ustaz Asri mengambil jalan yang terlalu mudah untuk perkara yang berat. Mudahnya kerana diminta berdiam begitu sahaja. Beratnya kerana tuduhan kafir mempunyai implikasi akidah umat Islam itu sendiri, baik yang menuduh dan yang kena tuduh. 
Walau bagaimanapun sebahagian pimpinan PAS dan bekas pemimpin serta ulama PAS bukan edrogan dan Anwarisme telah pun mengakui bahawa orang UMNO juga mereka sebangsa dan seagama. Terkini, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam sidang akhbar di KLIA sekembalinya dari menunaikan umrah, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
Itulah satu-satunya pandangan yang ikhlas, jujur dan berani oleh seorang pemimpin PAS hari ini. Walaupun pandangan itu agak lewat setelah Ustaz Nasaruddin bukan lagi pemimpin no. 2 dalam PAS tapi sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS yang masih taksub itu perlu sedar bahawa orang UMNO yang dikafirkan itu sebenarnya juga umat Islam. 
Tapi bagaimana dengan Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Amanat TG Haji Hadi, Presiden PAS yang disampaikan melalui ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.   
Musibah Peristiwa Memali pada 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Beginilah yang berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga. Setakat hari ini, TG Haji Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanat tersebut dan  apakah Haji Hadi masih mahu orang UMNO terus dikafirkan untuk kepentingan politik sempitnya.
Selaku umat Islam, kita rasa terpanggil mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ustaz Nazaruddin, bekas Naib Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hj. Omar Khalid (bekas aktivis PAS yang meninggalkan PAS), Dato Hj. Nakhaei Hj. Ahmad (bekas naib Presiden PAS yang menyertai UMNO), Tan Sri Mohd Asri Hj Muda (bekas Presiden PAS dan MB Kelantan akhirnya menyertai UMNO), Ustaz Kazim Elias (bekas ahli PAS), Dato' Hassan Ali (bekas Naib Presiden PAS dipecat oleh PAS memimpin Jati) dan banyak lagi. Mudahan-mudah umat Islam dapat bersatu kukuh setelah terhapusnya golongan edrogan, Anwarisme dan parasit dalam kepimpinan PAS hari ini.


Thursday, August 16, 2012

Hukum Hudud: UMNO tolak atau tidak?

Aku pun dah lupa apa yang pemimpin-pemimpin UMNO dok kata dulu, tapi terima kasihlah kerana mengingatkan aku semula apa yang mereka kata kerana apa yang mereka kata itu sama dengan apa yang hendak aku kata sekarang, malah kata-kata mereka itu buat aku jadi semankin yakin tentang apa yang percaya mengenai tanggap aku terhadap PAS itu memang TEPAT dan BENAR.

Pertama, aku hairan kenapa PAS pecat pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang cuma mempertahankan hudud daripada dihina oleh DAP. Ini bermakna PAS sendiri yakin bahawa DAP berada di pihak yang benar sebab PAS sanggup tendang pemimpin mereka yang lawan DAP.

Kedua, jika benar PAS percaya pendirian DAP tentang hudud itu salah, sudah tentu dari awal lagi PAS tidak boleh terima DAP sebagai rakan seperjuangan. Oleh kerana PAS tahu DAP memang bercakap benarlah maka PAS bersedia berkerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan yang tidak boleh melaksanakan hudud.

Jadi kenapa PAS masih bercakap tentang hudud?? Jawapannya, PAS tahu kelamahan dan sensitiviti orang Melayu tentang agama. Sebab itu PAS guna hudud dalam setiap PRU hanya untuk buat orang Melayu rasa berdosa dan bersalah jika mereka tolak PAS. PAS cuba beri gambaran jika ada mana-mana orang Melayu yang sangup tolak hudud yang diperjuangakan oleh PAS itu, maka orang itu akan di cop sebagai orang yang jahil tentang agama, atas sebab itu wajib bagi pengundi Melayu tolak orang yang jahil ini daripada memjadi pemimpin negara. Itu sebab PAS masih guna hudud sebagai senjata politik mereka supaya orang Melayu mudah termakan hasutan mereka untuk menolak UMNO.

DAP bagaimana pun tidak seperti PAS yang suka bercakap bohong tentang pendirian mereka mengenai hudud, sebab DAP tahu siapa saja, samada PAS atau UMNO yang menang, mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanakan hudud walau pun mereka menang 2/3 majoriti Parlimen, sebab 2/3 majoriti itu bukannya kuasa UMNO atau PAS yang punya saja tetapi kuasa yang terpaksa dikongsi dengan rakan-rakan mekera yang menolak hudud. Sebab itu orang Melayu kena akur bahawa Malaysia bukannya seperti Arab Saudi dimana pemimpin (Raja) disana mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan undang-undang negara mereka.

Cuma PAS saja yang sering bercakap bohong kononnya UMNO dah dapat kuasa 2/3 majoriti Parlimen tapi masih tak mahu buat hudud. Memang benar kata Dr Mahathir hudud memang nampak kejam dalam pandangan orang sekarang, lebih-lebih lagi mereka yang tak faham tentang Islam. Jadi kenapa kita hendak mendahulukan perkara yang nampak kejam sedangkan Nabi sendiri suruh kita bercakap perkara yang indah-indah belaka tentang Islam supaya orang kafir pun boleh sokong Islam?? Kata Nabi lagi, janganlah paksa mereka memilih Islam kerana tiada paksaan dalam agama.

Sebab itu Perlembangaan kita juga beri jaminan kepada setiap individu untuk memilih agama dan kepercayaan mereka sendiri termasuklah orang Melayu. Jadi kenapa PAS mengkafirkan pemimpin UMNO hanya kerana pemimpin UMNO mempunyai perbezaan pendekatan dan interprestasi tentang hudud?? Pemimpin UMNO tidak pernah kata hudud bukan hukum Allah sama seperti kita tidak pernah menafikan yang daging babi itu HARAM, tetapi Allah tidak sekejam pemimpin PAS kerana dalam keadaan dahrurat, daging babi yang HARAM itu pun diharuskan makan jika ia dapat menyelamatkan nyawa manusia pada saat itu.

Begitu juga dengan hukum hudud, hukum ini memang wajib dilaksanakan jika keadaan di Malaysia sama seperti keadaan di Arab Saudi. Tetapi jika perlaksanaan hudud itu dilihat sebagai ancaman kepada penganut agama lain seperti di Malaysia, maka Allah mahu kita lebih mengutamakan KEADILAN yang dapat di terima oleh semua kaum walau pun hudud bukan lagi menjadi pilihan semua. Sebab itu sebagai orang Islam, Allah masih mahu kita menjaga setiap tingkah laku kita walau pun tidak ada hukum hudud untuk menghukum kita kerana Allah MELIHAT apa saja yang kita buat, dan jika manusia gagal menghukum mereka yang melakukan kesalahan atau maksiat di atas dunia, atas apa sebab sekali pun, mereka tetap akan dihukum di akhirat kerana hukuman Allah itu lebih ADL daripada hukum hudud PAS di dunia.

Masa tu orang PAS tak boleh lagi bertakbir atau kata, “jangan hukum si polan tu, dia Ketua Umum kami, mana boleh hukum dia sebab tak ada emapat orang saksi, lagi pun gambar dalam video tu UMNO yang punya”. Masa tu, yang jadi saksi bukan lagi video UMNO atau empat orang ustaz PAS, tapi kaki dan tangan si polan itu sendiri yang bercakap sebagai saksi diatas segala dosa-dosa yang dilakukannya diatas dunia. Nak pakai Karpal Singh jadi loyer pun tak guna lagi, sebab Karpal sendiri pun tak percaya hudud PAS masa dia hidup di dunia.

Jadi, tak payahlah kamu hendak memperbudak-budakkan kami, kononnya tak sokong PAS boleh masuk neraka pulak, kalau kamu rasa undi kamu boleh masuk syurga, maka gunalah undi kamu sebagi tiket untuk masuk ke syurga. Mudah-mudahan kamu dapat juga jumpa Karpal Singh di Syurga nanti sebab dia pun undi PAS jugak. 

Sumber: Shaikh Mohamed Noordin

Wednesday, August 15, 2012

Bekas Presiden PAS bersama PM di Mekah

Najib yang berada di Mekah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengadakan pertemuan dengan ulama-ulama tempatan di sebuah hotel di sini malam tadi (lihat gambar).
Lima ulama yang turut hadir ialah Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali dari Al Qassim Province, Arab Saudi; Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi; Ketua Hakim Mahkamah Mekah, Sheikh Saleh Al Duwaish; Pengerusi dan ahli lembaga pengarah 13 saluran tv Al Majd dan Al Huda dan Sheikh Dr. Abdul Rahim Mulazadah yang juga Penasihat Wessel Tv Channel London. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib menyifatkan pertemuan seperti ini dapat menterjemahkan prinsip beliau serta kerajaan bahawa ulama dan umarak perlu memupuk hubungan yang baik bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara supaya dapat memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.
‘‘Mereka juga berbesar hati dari segi lawatan peribadi ke Malaysia dengan melihat perkembangan yang amat positif dalam usaha Malaysia memerangi kemiskinan terutama kejayaan yang dicapai oleh Felda sebagai bentuk pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan," katanya.
Di samping itu, ulama-ulama berkenaan juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama tetapi telah dapat menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
‘‘Daripada situ (Islam sebagai agama Persekutuan), kita dapat melaksanakan dasar-dasar untuk meninggikan syiar Islam dan tuntutan Islam tanpa menafi hak orang bukan Islam menganuti agama masing-masing," katanya.
Pada pertemuan itu juga beliau menjelaskan pegangan Malaysia kepada konsep wasatiyyah sejak dulu hingga sekarang selari dengan kehendak Islam di mana kesederhanaan inilah yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.
‘‘Mereka juga menghargai bahawa di peringkat enakmen negeri telah mentafsirkan Islam sebagai Sunnah Waljamaah yang dengan ini kita dapat mempertahankan kesucian Islam dan dengan itu tidak berlaku kemungkinan timbul apa-apa unsur yang boleh membawa konflik atau kerosakan akidah," katanya.
Dari gambar yang dipaparkan itu kelihatan bekas Presiden PAS, ustaz Nasaruddin Mat Isa di sebelah kanan DS Najib. Pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong-penyokong tegar PAS boleh lihat sendiri (tapi puak2 ini tak baca Utusan) gambar bekas Presiden PAS bersama PM. Jika Ustaz Nasaruddin tidak berkenan dengan dasar kerajaan BN/UMNO, kita pasti Ustaz Nasaruddin tak akan berada di situ.
Ini juga menunjukkan betapa lemahnya perjuangan PAS hari ini sejak PAS berada dalam Pakatan Pembangkang. Bekas Neib Presiden PAS, Dato Hassan Ali menyeru ahi-ahli PAS bangkit dan mendesak PAS keluar dari Pakatan Pembangknag. Begitu juga Ustaz Nasaruddin meminta PAS keluar dari Pakatan kerana keangkuhan Karpal menolak negara Islam dan hukum hudud.
Kata mereka ahli-ahli PAS akar umbi sudah tidak selesa lagi dengan DAP. PAS terlalu berlembut dan bertolak ansur hingga sanggup menggadai perjuangan asal PAS untuk menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. PAS sudah tak ada taringnya lagi. Dasar perjuangan PAS sudah tersasar. Politik didahulukan, agama dikemudiankan.
Oleh kerana itu, suara-suara pemimpin PAS terutama Presiden PAS, TG haji Hadi Awang kadang-kadang tidak konsisten dan lemah. Begitu juga pandangan TG Nik yang semakin tua semakin melalut hingga rakyat yang menyokong PAS jadi keliru dan bercelaru. Kita tunggu selepas ini, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri, Ustaz Nasaruddin (bekas Presiden PAS) akan mengisytihar dirinya meninggalkan PAS dan sebaliknya memperjuangankan syiar Islam melalui platform UMNO. Kita tunggu! InsyaAllah UMNO lebih kuat dengan penyertaan lebih ramai ulama muda dan ulama veteran. maka lebih mudah pelaksanaan hukum Islam secara perlahan dapat dilakukan tanpa berdolak dalih lagi.

Monday, August 13, 2012

PAS dayus kata bekas pemimpin PAS sendiri!

Menurut Kamus Dewan, perkataan 'dayus' itu membawa makna tidak bersifat kelelakian seperti pengecut ataupun penakut. Dalam kamus dewan edisi keempat memperjelaskan lagi 'dayus' itu suatu yang hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki dayus sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal; mendayus menghinakan, mengejikan, me­rendahkan, mencerca; kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki.

Itulah perkataan yang paling cocok diberikan oleh bekas Ketua Penerangan PAS Selangor,  Hasan Basri Mohamad kepada Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kenapa begitu sekali gelaran sebaik itu diberikan kepada seorang ketua sebuah parti berlabelkan Islam. Yang beri gelaran itu pula bukan sebarangan orang, bukan ahli tegar UMNO dan bukan orang upahan UMNO sebaliknya seorang bekas pemimpin utama PAS di Selangor. Masih ahli PAS tapi sanggup berceramah atas platform NGO, Jati bersama Dato' Hassan Ali kerana kecelaruan dan haru biru perjuangan yang melanda PAS pada hari ini.

Kedayusan sikap pemimpin Pas hari ini terserlah lagi apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh terhadap penubuhan negara Islam dan hudud. Ibarat kata pepatah Melayu kata Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad, umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' sedangkan Karpal kekal dan tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.

Sambil melahirkan kekecewaan, beliau berkata, kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin Pas dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti PAS itu sendiri.

"Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin Pas ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin Pas kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?

PAS hari ini terlalu 'berlembut' dengan golongan kafir harbi, DAP sebaliknya terlalu keras, sombong dan angkuh serta sanggup berkerat rotan dengan golongan sebangsa dan seagama, UMNO.

Penyokong-penyokong PAS di bawah yang berada di akar umbi perlu sedar dan faham. Malaysia bukan siapa yang punya masih diperintah oleh orang Melayu dan beragama Islam. Keseluruhan umat Islam perlu bersyukur kerana masih dapat menikmati kehidupan yang aman damai, makmur dan paling penting syiar Islam terus subur di bumi bertuah ini melalui pentadbiran kerajaan Melayu-Islam yang diketuai oleh UMNO. Jika pemimpin UMNO  didakwa menolak hukum Allah, siapa yang kata? Tidak bolehkah kita menganggap kata itu bersifat peribadi sepertimana alasan yang kerap diberikan oleh TGNA dan TGHH jika ada percanggahan pandangan di kalangan kepimpinan PAS sendiri.

Jika pemimpin UMNO menolak hukum Allah, tapi apakah pemerintahan PAS semasa TGHH menjadi MB Terengganu boleh pula memberi alasan hukum hudud cuma 0.0001% daripada Islam. TGNA pula setelah menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun sehinggalah ke hari dan saat ini tidak menampakkan keseriusannya ke arah itu. Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Hukum Hudud yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, ditubuhkan ketika riuh rendah hampir PRU13 baru-baru ini tetapi hingga sekarang Jawatankuasa berkenaan belum lagi dapat bersidang dan jauh daripada hasilnya.

UMNO sudah banyak berubah sejak DS Najib mengambil alih sebagai PM dan Presiden UMNO. Sifat keterbukaan beliau telah memberi ruang yang seluas-luasnya untuk pemimpin dan rakyat mengkritik kepimpinan beliau. Walaupun beliau diasak dengan pelbagai fitnah yang dirancang secara halus oleh pihak pembangkang tapi alhamdulillah sifat 'cool' dan keyakinan diri yang tinggi beliau, DS Najib masih sihat dan menjadi pemimpin yang terbaik setakat ini di kalangan majoriti rakyat Malaysia.  

PAS masih tidak berubah dari segi memerangi musuh politik seolah-olah seperti menyerang musuh Islam. Jenayah akidah yang sering digunakan oleh penceramah PAS secara terbuka atau berselindung ibarat kata pepatah Melayu 'senjata makan tuan'. Kesan pemimpin PAS mengkafir UMNO masih terasa dan tidak mudah padam di kalangan pengikut-pengikut tegas PAS. Walaupun hari ini pemimpin PAS menafikan sendiri, tidak lagi mengkafirkan UMNO sejak PAS  berkahwin dengan DAP tapi jenayah akidah yang mereka lakukan itu menjadi punca perpecahan yang besar di kalangan umat Islam sendiri.  

Sebaliknya PAS terlalu menjaga hubungan persaudaraan dengan DAP dan bukan Islam hingga sanggup menukar perjuangan dari sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Perlu ingat sebaliknya PAS pernah menuduh UMNO tidak Islam kerana mewarisi perlembagaan penjajah (perlembagaan persekutuan) dalam mentadbir negara. 

Itulah sebenarnya PAS yang kita kenali hari ini. Kemungkinan itulah kewajaran bekas Ketua Penerangan PAS Selangor menggunakan perkatan 'dayus' kepada pemimpin PAS terutama kepada Presiden PAS yang cuba 'membela' dan 'memelihara hubungan baik' dengan Karpal Singh yang jelas dan keras sekali tidak berganjak akan terus menentang penubuhan sebuah negara Islam dan hudud. Jika kebanyakan ulama bukan politik pun kata haram sokong DAP. Siapakah kita umat Islam yang kebanyakan? Melainkan pemimpin PAS yang berada di tampuk kuasa (selaku MB dan Exco2) dan menikmati kemewahan dunia yang mahu mempertahankan Karpal Singh dan DAP sebagai kawan/rakan seperjuangan menumbangkan kerajaan kepimpinan Melayu/Islam pada hari ini.

Kebanyakan ulama, para ilmuan, cendiakawan Melayu dan Islam melahirkan kebimbangan keadaan politik Melayu dan Islam hari ini. Perjuangan PAS untuk menggantikan UMNO secara realiti dan faktanya tidak boleh berlaku. Andaikata PR memerintah, pendekata suara Islam akan tenggelam begitu sahaja kerana wakil PAS dalam kerajaan baru tidak banyak. Jika sekarang ini pun PAS masih banyak bertolak ansur menjaga hati DAP, apakah DAP sebaliknya akan lebih berlembut setelah berkuasa dan mempunyai suara majoriti dalam kerajaan baru. Fikirlah wahai penyokong-penyokong PAS yang masih taksub dengan perjuangan PAS yang 'dayus' kata bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz hassan Bas Mohamad.

Sunday, August 12, 2012

Matlamat Putrajaya: DAP tetap halal mengikut pandangan ulama PAS?

 
Karpal Singh sudah pasti dengan yakin dia dan DAP tetap menentang penubuhan sebuah negara Islam. Manakala PAS pula sebelum ini pun tidak mahu mengiktirafkan Malaysia sebuah negara Islam contoh tatkala mana Tun Mahathir jadi PM dahulu. Sehingga ke hari ini pun, PAS masih mempertahankan pendirian mereka bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam contoh di dunia. Untuk tujuan politik memecah belah pengundi-pengundi Melayu/Islam, PAS didapati amat berjaya. Jika untuk kepentingan umat Islam dan maruah bangsa dan agama Islam selaku agama rasmi persekutuan, PAS menjadi punca kegagalan kerajaan UMNO/BN menyuburkan syiar Islam di Malaysia.
Oleh kerana ketaksuban puak-puak PAS di bawah-bawah ini, kepimpinan PAS masih boleh meneruskan impian menawan Putrajaya bersama DAP dan Karpal Singh. PAS terpaksa telan apa yang selama ini mereka luahkan. PAS terpaksa jilat lendir-lendir hijau yang mana mereka telah muntahkan dahulu. PAS tidak ada masa lagi untuk mengubah haluan untuk berada di atas laluan kegemilangan PAS suatu masa dulu. Ertinya PAS hari ini terpaksa mengharung laluan semak yang mereka ciptakan sendiri untuk bersama DAP asalkan dapat tawan Putrajaya.
PAS hari ini perlu halalkan apa yang haram asalkan matlamat Putrajaya bersama DAP berhasil. Tuntutan agama adalah perkara kedua, yang utama persahabat dengan DAP boleh menumbangkan kerajaan BN/UMNO sedia ada. Selaku orang Melayu dan beragama Islam, aku memang benci dan sangat-sangat meluat melihat muka Karpal Singh, Kit Siang dan anak-anak mereka seperti Govind Singh Deo dan Guan Eng. Bukan kerana mereka pembangkang dan aku sokong UMNO/BN tetapi kerana aku geram sangat dengan puak ini kerana kedegilan dan keangkuhan mereka menentang penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hudud. Puak ini juga yang tidak menghormati raja-raja Melayu serta tidak menghormati perlembagaan persekutuan berkaitan dengan kontrak sosial dan hak-hak keistimewaan kaum bumiputera dan Melayu.
Jika aku jadi penyokong PAS aku kena berfikir semasak-masaknya. Memilih antara hukum haram dan halal. Antara tuntutan agama atau Putrajaya. Jika undi aku boleh menyebabkan umat Islam semakin terpinggir matlamat penubuhan sebuah negara Islam hanya tinggal impian, aku sudah pasti dimurkai Allah SWT. Sedangkan aku sendiri tahu siapakah sebenarnya DAP dan Karpal Singh tapi kerana ketaksuban aku kepada PAS dan pemimpin PAS, aku tak fikir sedalam-dalamnya terus menyokong DAP
Jika aku menyokong DAP ertinya aku menyokong usaha DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam dan hukum hudud. Jika aku menyokong DAP ertinya aku juga menyokong sikap biadap DAP yang tidak menghormati raja-raja Melayu dan hak keistimewaan kaum bumiputra/Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Andaikata PR jadi kerajaan persekutuan, aku dan seluruh umat Islam yang penyokong PAS, PKR dan DAP akan menanggung dosa kerana menumbangkan kerajaan BN yang diterajui oleh orang Melayu sendiri. Sebusuk-busuk kerajaan BN, kata Ustaz Kazim Elias kerajaan sedia ada banyak jasanya terhadap perkembangan syiar Islam yang dapat kita saksikan hari ini. Kata beliau lagi, kerajaan yang bakal ganti (Kerajaan PR) yang banyak masalah belum tentu menjadi pengganti yang terbaik. Ertinya janganlah kita memperjudikan nasib bangsa, agama dan negara kita ini. 
Lihatlah dengan jujur dan ikhlas, apakah hukum Islam dapat diangkat dan dilaksanakan dengan baik di negeri-negeri yang diperintah pembangkang? Tidak lebih pun malahan di Selangor dan Pulau Pinang, tempat-tempat hiburan dan maksiat semakin bertambah tanpa dapat dikawal lagi. Di Kedah dan Kelantan masih tidak berubah malahan kerajaan PAS masih meneruskan dasar kerajaan BN dahulu. Pusat-pusat hiburan masih wujud. Percampuran golongan lelaki dan perempuan di tempat-tempat awam belum dilaksanakan lagi. Kejadian sumbang mahram, kes khalwat, rogol dan buang anak tetap berlaku walaupun lebih 20 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan. Jangan perjudikan nasib anak bangsa, agama dan negara. Inilah satu-satunya negara orang Melayu. Jika orang Melayu dapat mentadbir negara ertinya umat Islam yang berjaya. Jangan terikut-ikut dengan rentak nafsu sesetengah orang politik baik dalam PAS mahupun UMNO. Paling penting apakah kerajaan yang dipilih adalah kerajaan yang boleh menjamin survival orang Melayu dan boleh memelihara serta menyuburkan syiar Islam di negara ini?  Jika DAP yang menentang kuat sampai bila-bila penubuhan sebuah negara Islam sementara PKR berdiam membisu dengan masalah dalaman pemimpin-pemimpin mereka maka mengapa aku perlu menyokong pembangkang? Sedangkan aku tahu PAS belum mampu menjadi parti dominan dalam PR? 
Ulama-ulama bukan politik, pendakwah-pendakwah bebas, para cendiakawan Islam, para ilmuan dan pemimpin-pemimpin NGOs Islam dan sebagainya telah pun menasihatkan PAS supaya mengutamakan perpaduan ummah bukan keghairahan untuk ke Putrajaya. Semua mengakui hari ini PAS tidak mampu. Semua sedar bahawa PAS lebih banyak bertolak ansur dengan DAP dan PKR sehingga sanggup mengorbankan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan. Jadilah bangsa Melayu dan umat Islam yang berakal dan bijaksana, bukan taksub membabi buta kerana sikap demikian akan merugikan agama, bangsa dan negara kita sendiri. Wallahu alam.

Saturday, August 11, 2012

Dr. Asri mengambil jalan tengah yang lebih selamat!

Mohd Asri berkata, oleh kerana perkara tersebut merujuk kepada DAP, rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) juga ada parti komponen yang mempunyai pendirian seakan sama dengan DAP.

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.


"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.


Komen:
Mohd. Asri perlu memberi pendirian sebagai seorang intelektual yang jujur dan ikhlas kepada rakyat Malaysia. Pandangan Mohd. Asri jika dibaca dan diteliti seperti seorang ulama yang tidak ada pendirian yang jelas. Seolah-olah memberi gambaran bahawa Mohd. Asri mengambil jalan mudah yang tidak mahu menyentuh hati atau menyakitkan hati mana-mana pihak, pihak kerajaan mahupun pembangkang. Beliau menyerah bulat-bulat kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan. jika inilah caranya Majlis Fatwa Kebangsaan perlu lebih banyak bersidang kerana banyak pula pandangan2 yang mengelirukan umat Islam datang daripada pembangkang.
Inilah dilema yang berlaku di kalangan ulama dan cendiakawan Islam pada hari ini. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Wahai Mohd Asri, bekas mufti Perlis yang saya hormati; Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah tiada keseorangan dalam memberi pandangan tertang isu sokong DAP haram dan berdosa. Pandangan yang sama telah diberikan oleh Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Begitu juga jika kita bertanya kepada mufti-mufti, pendakwah-pendakwah bebas dan sebahagian ulama-ulamak PAS sekalipun, kita yakin mereka akan memberi pandangan yang sama.
Ustaz Kazim Elias sendiri menegur penyokong-penyokong PAS dalam ceramah-ceramahnya. Beliau tidak bersetuju kerajaan PR mengganti kerajaan sedia ada (BN) kerana yang akan menggantikan itu dilihatnya begitu banyak masalah. DAP dengan pendirian tegasnya menolak negara Islam dan hukum hudud, menyokong LGBT dan pluralisme agama yang dipertahankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. 

Sebaliknya Dr. Fadlan Mohd. Othman tetap menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak memperjuangkan Islam seperti mana dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud. Beliau masih optimis agar Pas memikirkan kerjasama dengan UMNO kerana UMNO terbukti berjaya memartabatkan syiar Islam di muka bumi ini.
Kita berharap ulama seperti Mohd Asri dapat memberi pandangan yang jujur kerana ini membabitkan isu besar bersangkut paut dengan soal akidah dan survival umat Islam di Malaysia. Pandangan saya tidak sesekali mahu menegur Mohd Asri kerana beliau merupakan cendiakawan Islam tersohor. Saya memohon maaf jika teguran saya ini dilihat sesetengah pihak agak keterlaluan terhadap seorang bekas Mufti.

Friday, August 10, 2012

Presiden PAS mengulas tentang hukum haram sokong DAP?


Selepas Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama telah mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Kali ini pula Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, ini kerana DAP menentang hebat dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
''Mengundi DAP yang menentang perjuangan Islam adalah tidak wajar menurut Islam. Di dalam surah al-Maidah ayat kedua telah memerintahkan kita tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan dan bukannya tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.
''Justeru, mengundi DAP menyalahi ayat suci ini. Harapan kita masih optimis agar Pas memikirkan kerjasama dengan UMNO yang terbukti berjaya memartabatkan syiar Islam di muka bumi ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak memperjuangkan Islam seperti mana dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud.
Komen:

Jika PAS berpegang kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW mustahil sekali TGNA, TGHH dan Dewan Ulama PAS dan sebagainya bercanggah dengan pendapat ulama dan tokoh-tokoh agama tersebut yang jelas mereka ini bukan ahli dan pemimpin UMNO.
Tapi PAS hari ini memang pelik sejak berkahwin dengan DAP dan PKR. Yang kita kata tak boleh, dia kata boleh. Kita dengar apa komen MB Kelantan, TG Nik Aziz dan Presiden PAS tentang isu ini.
Ulama-ulama PAS tersohor yang berdiam diri tak perlu diganggu seperti Dato' Harun Din, Dato' Taib Azamuddin, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan bekas Naib Presiden PAS, Dato Hassan Ali sudah pasti mereka juga menentang pendirian PAS yang semakin 'sasau' sejak kepimpinan PAS dikuasai oleh kumpulan parasit dan Anwarisme.

Kenyataan yang mengejutkan mungkin akan kita dengar dari TGNA dan TGHH tidak lama lagi tentang isu, umat Islam yang sokong DAP adalah hukumnya haram dan berdosa.
Setakat ini, belum ada apa-apa komen lagi daripada pucuk pimpinan PAS tentang isu ini. Ada beberapa sebab, iaitu:
  1. Sokong DAP ertinya umat Islam menyokong perjuangan DAP iaitu menentang negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
  2. PAS amat memerlukan sokongan DAP untuk ke Putrajaya (PAS bukan parti dominan - jumlah kerusi ditandingi oleh PAS pun tak banyak)
  3. PAS sudah banyak bertolak ansur dengan DAP dan PKR supaya perjuangan PAS boleh diterima PR (lahirlah negara berkebajikan)
  4. PAS bimbang DAP bertindak keluar pakatan pembangkang (Pernah berlaku suatu ketika dahulu).
  5. PAS tidak mampu memutuskan tali silaturahim dengan DAP kerana PAS menganggap DAP lebih Islam daripada UMNO (TGNA pernah berkata sedemikian).
Kita berharap seluruh umat Islam, baik menyokong PAS dan PR atau berada di atas pagar perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Kesilapan membuat keputusan akan membawa kecelakaan dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub hingga tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana salah dan yang mana benar. Berfikiran terbukalah untuk mencari kebenaran yang hakiki.  

Thursday, August 9, 2012

Hukum haram dan berdosa umat Islam sokong DAP!

Datuk Abdul Rahman Othman, Mufti Pahang

 Selepas Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama hari ini mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Sebaliknya kata beliau, adalah menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga kebajikan orang bukan Islam yang menyatakan taat setia mereka.
"Kalau bukan Islam menyatakan dia menentang, tidak setuju, tidak taat setia, maka tidak wajib bantu mereka.

Sumber: Utusan Malaysia 9/8/12

Wednesday, August 8, 2012

Berdosa jika umat Islam sokong DAP, siapa kata?

Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Tok Guru Lah
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
...

Monday, August 6, 2012

PAS tetap terima DAP walau pun Karpal Singh menghina Islam?

Sempena hari bersejarah, Quran diturunkan Allah, betapa baiknya jika kita mengetahui tentang tingginya syafaat Al-Quran dengan mendekati , menghayati dan mengamalkan dengan kandungan al-Quran itu dengan yakin.
Karpal Singh, Pengerusi DAP Pusat
Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Umat Islam di seluruh dunia tidak akan berpecah sebaliknya bersatu jika berpegang teguh dengan ajaran al-Quran. Orang UMNO dan orang PAS boleh bersatu jika masing-masing berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Namun demikian, hati-hati manusia hari ini mudah ditakluki nafsu dunia. Nafsu untuk menang dalam persaingan merebut kerusi dan jawatan serta pangkat. Ajaran Islam yang sebenar dikesampingkan begitu sahaja.
Keratan Akhbar
Musuh Islam yang jelas  dari segi rupa dan bentuknya, batin dan zahirnya telah dijadikan sahabat dalam perjuangan untuk menjatuhkan sahabat sebangsa dan seagama. Sedangkan dalam surah Ali Imran, ayat 103, Allah SWT berfirman yang bermaksud " Berpeganglah kamu kepada tali Allah (Agama Islam) dan janganlah bercerai berai...."

Wahai rakan-rakan dalam perjuangan Islam terutama ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS, kembalilah kita kepada ajaran al-Quran. Buang yang keruh ambil yang jernih. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Islam akan kuat jika umatnya bersatu.

Cuba saudara-saudara lihat pula bagaimana puak-puak kafir harbi DAP laknatullah, baru ada sedikit kuasa memerintah negeri Pulau Pinang dengan angkuh dan sombongnya, tanpa rasa takut dan hormat telah menghina dan mengguris hati umat Islam di Malaysia. Ahli-ahli PAS perlu sedar dan insaf tentang isu ini. Bukan baru tapi sudah sekian lama dan masih tidak berubah, mereka tetap angkuh dan sombong mengatakan bahawa DAP tidak akan berganjak menentang penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.
Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.

Apakah PAS masih mahu bersekongkol dengan DAP. Mahu bergelumang dengan dosa dan mungkin bala yang diturunkan Allah SWT kepada umat Islam di Malaysia ini yang sanggup berpecah belas sesama sendiri?

Saturday, August 4, 2012

Cerita Rumah Bunglow bekas kakitangan Guan Eng!



Bunglow Lim Guan Eng
Cerita rumah bunglow tak habis-habis di Pulau Pinang. Mula LGE jadi KM Pulau Pinang dia sudah buat kejutan. Dia tolak kediaman rasmi 'Sri Teratai' katanya ada serangga perosak yang mungkin boleh menganggu tidur nyenyaknya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Dia menyewa sebuah bunglow mewah anggaran nilai pada tahun 2009 berharga RM2.5 juta. Mungkin sekarang sudah mencecah melebih RM3 juta. Jika sebanyak itu nilai rumah bunglow itu, boleh kita bayangkan berapakah sewa dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang setiap bulan? Dari mana duit itu sudah tentulah wang rakyat yang membayar cukai. Apakah pemimpin-pemimpin PR terutama PAS ambil kisah tentang perkara ini? Itu belum masuk lagi perbelanjaan pengubahsuai rumah bunglow itu. Sebagai rakyat kita berhak tahu berapakah perbelanjaan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyewa dan menyelenggara rumah bunglow itu setiap tahun daripada wang rakyat? Hingga sekarang difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang masih terus menjadikan rumah bunglow itu sebagai rumah rasminya. Apakah yang terjadi kepada Sri Teratai, kediaman rasmi kerajaan negeri? Sudah tentu, rumah kediaman rasmi itu juga perlu perbelanjaan penyelenggaraan pada setiap bulan/tahun oleh kerajaan negeri. Ini bermakna, kerajaan negeri melakukan pembaziran secara sengaja mungkin mencecah jutaan ringgit wang rakyat. Tapi apakah rakyat Pulau Pinang sedar tentang perkara ini. (Baca selanjutnya di sini)
Belum habis cerita rumah bunglow Ketua Menteri Pulau Pinang, muncul dengan tiba-tiba pula cerita benar sebuah rumah bekas kakitangan KM Pulau Pinang. Sesuai dengan pepatah Melayu, "Bapa borek, anak rintik". Dalam kes terbaru
Rumah bekas Staf CM
ini,  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.
Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.
"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.
Kita semua rakyat Pulau Pinang mahu Guan Eng beri penjelasan khususnya berkaitan perbelanjaan menyewa/membeli rumah bunglow kediaman KM dan juga staf KM dan sumber kewangan untuk membeli/menyewa kedua-dua rumah bunglow itu?


Wednesday, August 1, 2012

Negara Islam: Pemimpin DAP lebih faham Islam daripada pemimpin UMNO

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.
Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya. - BERNAMA

Komen:
Rakyat sudah sedar cuma mahu kepastian daripada pemimpin PAS. Apakah pendirian Karpal Singh masih boleh dianggap sebagai pendirian peribadi? Beberapa hari kebelakangan ini, Karpal Singh, Guan Eng dan Kit Siang serta beberapa pemimpin DAP telah menyatakan pendirian jelas mereka bahawa DAP menentang negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Antara sebab kukuh PAS menolak persahabatan dengan UMNO kerana PAS menuduh UMNO menolak hukum hudud dengan hanya kritikan Tun Mahathir terhadap draf hukum hudud PAS Kelantan suatu masa dahulu.
Kritikan Tun Mahathir itu dijadikan modal pemimpin PAS mengutuk dan menghina Tun Mahathir tanpa belas kasihan. Ada individu dalam PAS sanggup menjatuhkan hukum kafir kepada pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO secara umumnya.
Kenapakah pemimpin PAS tidak mengkaji ketidaksempurnaan draf hukum hudud PAS di Kelantan yang menjadi kritikan Tun Mahathir sendiri? Mengapa pula pemimpin PAS dan penyokong-penyokong tegar PAS berdiam diri bila TG Haji Hadi Awang (semasa menjadi MB Terengganu) menyatakan hukum hudud cuma 0.0001% dalam undang-undang Islam.
Apa yang berlaku, UMNO dijadikan sasaran puak pembangkang PAS dikatakan menolak hukum Allah. Penyatuan umat Islam di Malaysia melalui kerajaan perpaduan telah ditolak oleh PAS dengan tegas. Sebaliknya PAS lebih rela bersepakat dengan DAP dan PKR untuk memerintah negeri dan negara ini. PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO. Pemimpin PAS sendiri menghina pemimpin UMNO dengan mengatakan pemimpin DAP lebih faham Islam daripada pemimpin UMNO.
Nah! sekarang apa yang berlaku? DAP menolak negara Islam sedangkan UMNO sejak zaman Tun Mahathir jadi PM telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia. Malangnya bukan sahaja DAP menolak sebaliknya pemimpin PAS sendiri juga tidak mengakui dan mengikhtirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. PAS mahu bersekongkol dengan DAP untuk berkuasa hingga sanggup menolak segala kebaikan yang telah dibawa oleh kerajaan UMNO selama ini. Wahai penyokong-penyokong PAS dan pembangkang terutama umat Islam marilah kita bersatu dan berfikir sedalam-dalamnya agar bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia tidak kehilangan hak dan keistimewaan di negara ini akibat kita umat Islam berpecah-belah sesama sendiri!