"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, January 4, 2012

Azmin Ali degil mahu mengadakan perhimpunan bebas Anwar 901?

Melalui Buletin Awani jam 12.00 tengah malam semalam, Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR telah menyatakan pendirian akan meneruskan perhimpunan-perhimpunan sehingga pilihanraya. Dia menegaskan sama ada Anwar Ibrahim didapati bersalah atau sebaliknya perhimpunan akan tetap diteruskan oleh PKR. Azmin memberitahu akan menggerakkan beribu-ribu penyokong PKR dan dilaporkan perhimpunan itu juga mendapat sokongan daripada PAS melalui Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Ketua AMK sedang berusaha mendapat sokongan daripada DAP.
Nampaknya pembangkang sangat degil dan gagal mematuhi undang-undang negara. Rakyat sudah nampak pembangkang semakin hilang taring menjelang PRU yang akan datang. Beberapa keputusan pilihanraya kecil kebelakangan ini telah memihak kepada BN. Kubu-kubu kuat pembangkang PAS telah dirobek. Rakyat sudah muak dengan masalah-masalah dalam kerajaan pembangkang seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. 
Pakatan Rakyat akan lemah dan lumpuh jika Anwar didapati bersalah. Ketiadaan Anwar dijangka akan membuat pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS menangis teresak-esak. Pakatan Rakyat seolah-olah tidak bernyawa jika tanpa Anwar di sebelah. Pakatan Rakyat seperti hilang pedoman jika Anwar berada dalam penjara. Pakatan Rakyat mengharapkan pemimpin yang menghadapi masalah moral menjadi PM selepas Najib. DAP tak boleh terima Haji Hadi, Presiden PAS sebagai PM. PAS dan DAP juga tidak boleh menerima Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai PM. Sudah pasti Lim Kit Siang  atau Karpal Singh akan ditolak oleh kepimpinan PAS dan PKR untuk menjadi PM selepas DS Najib.
Oleh itu PKR akan meneruskan perhimpunan dan menggerakkan kira-kira 100,000 penyokongnya pada 9 Januari ini. Jika PDRM tidak tegas atau gagal menghalang perhimpunan tersebut, perhimpunan itu dijangka akan menimbulkan 1000 kemungkinan. Rakyat semua perlu faham apakah maksud tersurat dan tersirat disebalik perhimpunan Bebas Anwar 901?
Pakatan Rakyat terutama pemimpin PKR seperti sudah tidak siuman kerana menggerakkan rakyat untuk bangkit membebaskan Anwar Ibrahim. Apakah pakatan rakyat tidak menghormati undang-undang negara? Mengapakah tidak berlaku perhimpunan-perhimpunan seumpama itu ketika beberapa pemimpin UMNO juga dijatuhkan hukuman penjara suatu masa dulu? Dato' Harun Idris dan Datuk Mokhtar Hashim antara pemimpin UMNO yang dijatuhkan hukuman penjara. Tidak ada pun pihak yang mengadakan perhimpunan di hadapan mahkamah. Menghormati keputusan kerana mahkamah telah memberi seluas-luasnya peluang pihak yang dituduh untuk membela diri. Apakah Anwar Ibrahim tidak diberi peluang secukupnya untuk membela diri? 
Sebenarnya PKR mahu rakyat bangkit menentang kerajaan secara revolusi. Mengadakan perhimpunan di seluruh negara seperti yang berlaku di Mesir dan Syria hingga kerajaan memerintah tumbang di tangan rakyatnya sendiri. PKR dan pakatan pembangkang nampak tidak yakin dengan pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi. Rakyat majoriti pula kelihatan semakin selesa dengan pentadbiran DS Najib dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".
Pakatan Rakyat sedang mencari isu dan rentak yang sesuai untuk membakar semangat rakyat untuk bangun menentang kerajaan. Pemimpin PR cuba memperalatkan mahasiswa, nampaknya masih tidak berjaya. Banyak badan mahasiswa yang masih rasional menolak keras tindakan Adam Adli dan SMM. Pelbagai fitnah dari blog-blog pro pembangkang terhadap pihak polis semasa meleraikan perhimpunan mahasiswa kira-kira 70 orang di UPSI baru-bari ini.
Azmin Ali mesti ditahan kerana dia mencetus huru hara dalam negara. Pihak polis tidak boleh biarkan perhimpunan lebih 100,000 penyokong-penyokong PKR di jalanan kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku. Apakah tindakan bebas Anwar 901 itu disokong oleh Majlis Peguam dan Ambiga serta Karpal Singh? Kenapa pengamal-pengamal undang-undang yang terkenal seperti mereka ini masih 'membisu seribu bahasa' terhadap perhimpunan sokong Bebas Anwar 901?
Perhimpunan sejuimlah itu sama ada terkawal atau tidak terkawal yang pasti akan menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa. Politik negara kelihatan tidak stabil dan ekonomi negara akan terjejas. Pelabur dalam negara dan luar negara akan berhati-hati. Perniagaan akan terganggu, rakyat akan menderita. Harga barang akan naik. Penganguran akan meningkat. Masalah sosial bertambah serius. Apakah rakyat Malaysia pelbagai kaum, Melayu, Cina , India, Kadazan, Murut dan lain-lain yang hidup aman damai selama ini mahu cuba menghadapi suasana seperti itu? Lihatlah negara-negara lain di dunia seperyi Syria, Mesir, Iran, Iraq dan lain-lain, apakah negara-negara itu menjadi aman dan lebih maju selepas berdemontrasi dan kerajaan digulingkan secara revolusi? Fikirlah sebelum terlambat!

3 comments:

  1. Ini semua kucing kurap!!!!!!!!!!!!!! Go IGP go. Majority Rakyat will support the police. Kami doakan dan dahagakan kedamaian dan keamanan bukan politik sampah di jalanraya.

    ReplyDelete
  2. mana menteri KDN??menikus ke

    ReplyDelete
  3. Agak2 lu apa motif sebenar Azmin mengundang beribu2 pengikutnya ke Mahkamah...satu je membalas dendam untuk memalukan Annuar yang selama nie disimpannya...pada hari tersebut Azmin lah akan menjadi orang pertama bergelak ketawa kerana dapat menjerat Annuar .. as far asa Nurul is concern...dia kena berhati2....jangan sampai menjadi mangsa balas dendam nya atas apa yang berlaku pada istri mamat tu..yang ditenggek bapanya,sapa nama nya gua dah lupa lak.

    wake up ds wan jijah

    WAH KAH KAH ,...GUA KETAWA DULU sebelum sibebal tu

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.