"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, August 13, 2012

PAS dayus kata bekas pemimpin PAS sendiri!

Menurut Kamus Dewan, perkataan 'dayus' itu membawa makna tidak bersifat kelelakian seperti pengecut ataupun penakut. Dalam kamus dewan edisi keempat memperjelaskan lagi 'dayus' itu suatu yang hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki dayus sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal; mendayus menghinakan, mengejikan, me­rendahkan, mencerca; kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki.

Itulah perkataan yang paling cocok diberikan oleh bekas Ketua Penerangan PAS Selangor,  Hasan Basri Mohamad kepada Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kenapa begitu sekali gelaran sebaik itu diberikan kepada seorang ketua sebuah parti berlabelkan Islam. Yang beri gelaran itu pula bukan sebarangan orang, bukan ahli tegar UMNO dan bukan orang upahan UMNO sebaliknya seorang bekas pemimpin utama PAS di Selangor. Masih ahli PAS tapi sanggup berceramah atas platform NGO, Jati bersama Dato' Hassan Ali kerana kecelaruan dan haru biru perjuangan yang melanda PAS pada hari ini.

Kedayusan sikap pemimpin Pas hari ini terserlah lagi apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh terhadap penubuhan negara Islam dan hudud. Ibarat kata pepatah Melayu kata Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad, umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' sedangkan Karpal kekal dan tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.

Sambil melahirkan kekecewaan, beliau berkata, kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin Pas dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti PAS itu sendiri.

"Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin Pas ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin Pas kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?

PAS hari ini terlalu 'berlembut' dengan golongan kafir harbi, DAP sebaliknya terlalu keras, sombong dan angkuh serta sanggup berkerat rotan dengan golongan sebangsa dan seagama, UMNO.

Penyokong-penyokong PAS di bawah yang berada di akar umbi perlu sedar dan faham. Malaysia bukan siapa yang punya masih diperintah oleh orang Melayu dan beragama Islam. Keseluruhan umat Islam perlu bersyukur kerana masih dapat menikmati kehidupan yang aman damai, makmur dan paling penting syiar Islam terus subur di bumi bertuah ini melalui pentadbiran kerajaan Melayu-Islam yang diketuai oleh UMNO. Jika pemimpin UMNO  didakwa menolak hukum Allah, siapa yang kata? Tidak bolehkah kita menganggap kata itu bersifat peribadi sepertimana alasan yang kerap diberikan oleh TGNA dan TGHH jika ada percanggahan pandangan di kalangan kepimpinan PAS sendiri.

Jika pemimpin UMNO menolak hukum Allah, tapi apakah pemerintahan PAS semasa TGHH menjadi MB Terengganu boleh pula memberi alasan hukum hudud cuma 0.0001% daripada Islam. TGNA pula setelah menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun sehinggalah ke hari dan saat ini tidak menampakkan keseriusannya ke arah itu. Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Hukum Hudud yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, ditubuhkan ketika riuh rendah hampir PRU13 baru-baru ini tetapi hingga sekarang Jawatankuasa berkenaan belum lagi dapat bersidang dan jauh daripada hasilnya.

UMNO sudah banyak berubah sejak DS Najib mengambil alih sebagai PM dan Presiden UMNO. Sifat keterbukaan beliau telah memberi ruang yang seluas-luasnya untuk pemimpin dan rakyat mengkritik kepimpinan beliau. Walaupun beliau diasak dengan pelbagai fitnah yang dirancang secara halus oleh pihak pembangkang tapi alhamdulillah sifat 'cool' dan keyakinan diri yang tinggi beliau, DS Najib masih sihat dan menjadi pemimpin yang terbaik setakat ini di kalangan majoriti rakyat Malaysia.  

PAS masih tidak berubah dari segi memerangi musuh politik seolah-olah seperti menyerang musuh Islam. Jenayah akidah yang sering digunakan oleh penceramah PAS secara terbuka atau berselindung ibarat kata pepatah Melayu 'senjata makan tuan'. Kesan pemimpin PAS mengkafir UMNO masih terasa dan tidak mudah padam di kalangan pengikut-pengikut tegas PAS. Walaupun hari ini pemimpin PAS menafikan sendiri, tidak lagi mengkafirkan UMNO sejak PAS  berkahwin dengan DAP tapi jenayah akidah yang mereka lakukan itu menjadi punca perpecahan yang besar di kalangan umat Islam sendiri.  

Sebaliknya PAS terlalu menjaga hubungan persaudaraan dengan DAP dan bukan Islam hingga sanggup menukar perjuangan dari sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Perlu ingat sebaliknya PAS pernah menuduh UMNO tidak Islam kerana mewarisi perlembagaan penjajah (perlembagaan persekutuan) dalam mentadbir negara. 

Itulah sebenarnya PAS yang kita kenali hari ini. Kemungkinan itulah kewajaran bekas Ketua Penerangan PAS Selangor menggunakan perkatan 'dayus' kepada pemimpin PAS terutama kepada Presiden PAS yang cuba 'membela' dan 'memelihara hubungan baik' dengan Karpal Singh yang jelas dan keras sekali tidak berganjak akan terus menentang penubuhan sebuah negara Islam dan hudud. Jika kebanyakan ulama bukan politik pun kata haram sokong DAP. Siapakah kita umat Islam yang kebanyakan? Melainkan pemimpin PAS yang berada di tampuk kuasa (selaku MB dan Exco2) dan menikmati kemewahan dunia yang mahu mempertahankan Karpal Singh dan DAP sebagai kawan/rakan seperjuangan menumbangkan kerajaan kepimpinan Melayu/Islam pada hari ini.

Kebanyakan ulama, para ilmuan, cendiakawan Melayu dan Islam melahirkan kebimbangan keadaan politik Melayu dan Islam hari ini. Perjuangan PAS untuk menggantikan UMNO secara realiti dan faktanya tidak boleh berlaku. Andaikata PR memerintah, pendekata suara Islam akan tenggelam begitu sahaja kerana wakil PAS dalam kerajaan baru tidak banyak. Jika sekarang ini pun PAS masih banyak bertolak ansur menjaga hati DAP, apakah DAP sebaliknya akan lebih berlembut setelah berkuasa dan mempunyai suara majoriti dalam kerajaan baru. Fikirlah wahai penyokong-penyokong PAS yang masih taksub dengan perjuangan PAS yang 'dayus' kata bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz hassan Bas Mohamad.

3 comments:

  1. Salam Bro,Kalau tak silap saya Dato` Harun Din ada komen mengenai Islam Harbi yang mana seolah-olah menentang kenyataan TG Abdullah Samaah Pondok Geting,betul ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7.36;
      Tidak mungkin dato' haronsh din menyokong kafir harbi. Boleh beri sumbernya..

      Delete
  2. SAYA SETUJU DENGAN ULAMA YANG MENGATAKAN BAHAWA UNDI DPA ADALAH HARAM. FATWA INI JELAS MENERANGKAN ORANG KAFIR YANG MENOLAK DAN MENGHINA ISLAM TIDAK WAJAR DIBERI TEMPAT. JADI HADI AWANG KITA NAK TANYA BERJIHAD APA YEA SEBENARNYA??? KEPALA LUTUT?????

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.